Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Februari 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki sebaya.
Kawan sekelas masa sekolah menengah dulu.
Bekerja sebagai mekanik.
Selalu juga datang ke klinik.
Sakit2 badan sebab kerja berat.

Dua bulan lepas.
Dia hampir dimasukkan ke wad.
Doktor kata dia dah kena Diabetes.
Dapat ubat berkotak2.
Stok untuk dua bulan.
Tapi dia langsung tak makan ubat itu.
Dia takut nak makan.
Dengar cerita kawan2 dia.
Nanti telinga jadi pekak.
Nanti buah pinggang jadi rosak.
Jadi dia makan ubat2 lain.
Herba2 dan jamu yang pahit2.
Ada kawan kata gula boleh turun.

Sepanjang dua bulan ini.
Berat badannya mulai susut.
Dia fikir "mujarab juga loysen yang aku sapu diperut."
"Dah susut berat badan aku."
Selain itu dia mudah mengantuk dan cepat penat.
Senang aje nak tidur dan terlelap.
Tapi tengah malam asyik nak bangun aje.
Haus dan lepas tu ke bilik air.
Mungkin kesan sampingan loysen yang disapu diperutnya.
Itu firasatnya.

Pagi ini dia jumpa aku.
Matanya semakin tak awas.
Dah semakin susah nak memandu terutama waktu malam.
Kelakiannya pun dah makin kurang power.
Memandangkan dia ni kawan sekolah lama aku,
"Meh! Aku sekolahkan kau."

Tengok gula kau.
15.5 mmol/L.
Confirmed Diabetes.
Diabetes adalah penyakit keturunan.
Bukan sebab suka makan benda2 manis sahaja.
Kerana ada orang tak suka makan manis pun,
boleh kena kencing manis.
Kencing manis disebabkan kekurangan insulin
ataupun sebab badan kau dah kurang sensitif dengan insulin.

Begini.
Kalau kau makan nasi ataupun makan benda2 manis,
automatik insulin akan dihasilkan.
Tujuannya untuk proses apa yang kau makan tadi,
ditukar kepada tenaga atau disimpan jadi lemak.
Tapi sebabkan badan kau kurang insulin
ataupun sebab badan kau kurang sensitif dengan insulin,
gula tadi tak dapat diproses sepenuhnya.
Gula tadi langsung pusing2 dalam badan dan keluar ikut buah pinggang.
Bila gula keluar ikut buah pinggang,
dia menarik air dalam badan sekali.
Sebab itu kau asyik nak kencing dan sentiasa kehausan.
Aku tak suruh kau rasa kencing kau manis ke tidak,
tapi cuba kau tadah kencing kau.
Esok pagi ada semut datang ke tidak.

Disebabkan gula tak boleh ditukar kepada tenaga,
badan kau akan kekurangan tenaga.
Sebab itu kau rasa cepat letih dan mengantuk.
Dan bila badan kau tak dapat tenaga,
dia akan bakar lemak2 dalam badan kau untuk jadi tenaga.
Sebab tu kau makin kurus.
Kau kurus bukan sebab loysen mustajab kurus badan.
Kau kurus sebab kencing manis.

Ubat yang doktor beri itu ubat lama.
Dah berpuluh tahun dalam pasaran.
Ubat itu menolong badan kau menghasilkan insulin.
Juga menambah kesensitifan badan kau terhadap insulin.
Ubat2 ini tak boleh menyembuhkan kencing manis.
Ubat2 ini bukan ubat ajaib.
Kau kena makan ubat ini selama2nya.
Selain itu kau kena monitor paras gula kau.
Walaupun kau makan ubat,
paras gula kena monitor juga.
Mungkin ubat kena tambah dos.
Mungkin ubat boleh kurangkan dos.
Mungkin ubat kena tukar jenis.
Kerana dalam perubatan moden,
badan manusia punya tidakbalas yang berlainan.
Tiada ubat ajaib.
Tiada ubat super.
Tiada ubat boleh menyembuhkan.

Ubat kencing manis tidak menyebabkan kau pekak.
Ubat kencing manis tidak merosakkan buah pinggang.
Paras gula yang tidak terkawal puncanya.
Mata jadi buta.
Buah pinggang hilang fungsi.
Tekanan darah tinggi.
Kudis tak boleh sembuh.
Kaki kena potong.
Dan yang paling sadis.
Kawan karib kau dah tak naik.

Aku tak halang kau makan jamu ke jus.
Peria katak,
garam bukit,
garam buluh,
Misai kucing.
Makanlah. Minumlah.
Tapi ubat2 kerajaan jangan tinggal.
Kalau dari segi kos,
ubat kerajaan memang murah.
Tapi itu lebih berkesan berbanding ubat2 MLM yang mahal2.
Sebab ada clinical trial.
Sebab ada kajian berpuluh tahun.
Sebab ada bukti2 saintifik.
Bukannya testimoni pak2 turut.

Lagi satu kau tak boleh gantung dengan ubat sahaja.
Diet kena jaga.
Exercise pun bagus untuk gula kau.
Kencing manis perlu rawatan berterusan.
Ia bukan penyakit ciptaan Yahudi.
Ubat2annya pun bukan Amerika yang buat.
Aku takda ubat nak sembuhkan penyakit kau.
Tapi kalau kau faham penyakit kau,
Kau faham masalah dalam badan kau,
Kau tak perlu cari dan beli ubat mahal2.
Ubat kerajaan sebulan 1 ringgit dah cukup untuk kau.

Bila gula kau dah control,
Baru aku cerita pasal ubat untuk kawan karib kau.

p.s Siapa kata aku dah bosan dengan pesakit2ku?


18 ulasan:

  1. Bonda saya juga diabetic, biasalah depa ni tak mahu dengar cakap...
    http://sifuscuba.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hahhahahaa!!
    kawan karib tidoq!!

    BalasPadam
  3. Soklan...dia paham tak lepas penerangan sejelas cahaya matahari tu? Kalau mental masih block lagi...memang payah nak tolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.
      Dia kata balik ni nak makan ubat.
      Lagi dua minggu datang follow up.

      Padam
  4. Terbaik ulasan Doc. Baru paham.

    BalasPadam
  5. http://agendasemasa.com/isu-doktor-perubatan-malaysia-doktor-zoul
    Dr da famous skrg ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan diminta.

      Terima kasih share link.

      Padam
    2. Ceh!
      Siap ada gambar lagi...
      Gambar bila lah tu...

      Padam
    3. Dr, teruskan menulis..saya follow blog Dr da lama..setiap entry saya akan baca betul2, fahamkan apa maksud yg nak disampaikan..kadang2 sampai saya kena baca ulang2 beberapa kali pada perenggan yg saya kurg pasti :)

      Padam
  6. Terima kasih Doc. Informasi yg sangat berguna.
    Keep it up.

    BalasPadam
  7. walaupun ramai yang dh komen positif utk entri ni, saya tetap nak kasi komen jgk, hehe. Ni 1st time saya komen dalam blog ni. Selama ni saya jadi pembaca setia je. Info ni sangat bagus, baru skrg saya faham kenapa ayah saya kene cucuk insulin sblm makan. So far dah lebih 10 tahun ayah saya makan ubat utk darah tinggi dan kencing manis (ubat klinik kerajaan), tapi alhamdulillah kesihatannya masih baik walupun umur skrg dh 69 tahun.
    Dia masih bole pergi ke ladang jaga lembu dia, berkebun sikit2, masih bole drive dr jengka, Pahang ke Kelantan. bagi saya tu dah kita terbaik utk org yang berumur mcm dia. Selera makan dia masih tinggi, masih bole makan nasi 2 pinggan kalau bersama anak2, ayam KFC Snack Plate pun bole habis. Tapi yang saya puji dia x pernah miss ambik ubat2 yang diberikan oleh doktor dan paras gula serta tekanan darah sentiasa diperiksa setiap bulan.
    Dia pernah kena luka yang agak besar, biase la kerja kampung kan, tapi alhamdulillah baik semula.
    Kalau sape2 nak amik utk testimoni, inilah yang paling betul saya rasa.
    Sape2 yang ada parents yang ade kencing manis atau darah tinggi tu saya nasihatkan supaya suruh parents diorg mkn ubat kerajaan, bukannya ubat MLM. Sekian terima kasih. Sorry komen panjang sangat (dah macam entri utk blog sendiri pulak) hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dan tahniah!
      terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.
      ayah seperti ini patut jadi contoh.
      bagus untuk testimoni utk makan ubat2 kerajaan.

      Dan tahniah!
      kerana menjadi pembaca setia saya.

      Padam
  8. hahaha kawan karib tak naik, boleh dapat stress pulak kot doc...

    pencerahan yang baik & jelas. TQ

    BalasPadam
  9. kenapa saya dah jatuh suka dgn blog ni ye?
    emm sbb tulisannya senang paham kot

    BalasPadam