Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Februari 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang budak lelaki darjah 5.
Anak sulung daripada 2 beradik.
Punya berat badan berlebihan.
Sekitar 60 kg.
Dia ada masalah ketika buang air kecil.
Kencingnya bersepah.
Seluarnya selalu basah selepas kencing.
Emak bapaknya tak berapa nak hirau.
Mungkin sebab berat badannya
Itu anggapan mereka.
Dia malu bila disekolah.
Seluarnya basah bila kencing.
Seluarnya bau hancing bila dikelas.
Jadi dia jarang kencing disekolah.
Dia cuba tahan sehingga habis waktu sekolah.
Tahun lepas dia disunatkan.
Ada Pembantu Perubatan datang ke rumah.
Bersunat di rumah.
Emak bapaknya ingat masalah akan selesai.
Tapi keadaannya lagi teruk.

Entah apa mimpinya.
Malam tadi.
Emaknya bawa dia berjumpa denganku.
Nak minta tolong aku tengok2kan.
'' Saya takda Angry Bird doktor! '' itu komplen dia.
Kesian aku dengar ceritanya.
" Dah tenggelam doktor. Lemak banyak sangat."
Itu kata emaknya.
Aku pernah kerja di unit Urologi dulu.
Jadi aku tak terkejut tengok Angry Bird dia.

Banyak persoalan bermain dikepalaku.
Kenapa emak bapaknya tak perihatin?
Dah 11 tahun umurnya.
Bermakna dah 11 tahun dia ada masalah ini.
Juga kenapa Tok Mudim sunatkan dia?
Kan Angry Birdnya jelas tak normal?
Masa aku di unit Urologi dulu,
budak2 umur 2-3 tahun dah dirujuk.
Ini dah 11 tahun.
Alahai...

Keadaan ini dinamakan Hypospadias.
Hypospadias ada banyak peringkat.
Yang nyata,
Dia tidak kencing melalui saluran yang betul.
Saluran kencingnya tidak keluar ditempat sepatutnya.
Hypospadias penyakit agak jarang dijumpai.
Ibarat proses pembentukan sistem urinari yang separuh siap.
Ianya hanya boleh diubati dengan pembedahan.
Pembedahan pembinaan semula salur kencing yang kompleks.
Tak ramai doktor yang boleh buat.
Pembedahannya rumit dan perlukan kesabaran.
Masa aku di unit Urologi,
Mr Saw yang paling rajin buat.
Ramai pesakitnya datang untuk pembedahan ini.
Urologist lain tak berapa nak minat.

Adik ini rasanya Hypospadias peringkat satu.
Salur kencingnya keluar dibawah sikit drp tempat asalnya.
Sebab itu kencingnya bersepah.
Sebab itu seluarnya basah.
Bukan sebab kegemukan ya ibu bapa sekelian.
Aku tak tahu siapa patut disalahkan.
Tapi Tok Mudim yang menyunatkan dia sepatutnya lebih faham.
Itupun kalau dia pernah belajar dulu.
Itupun kalau dia pernah tengok masa belajar dulu.

Aku terus rujuk dia ke Pakar Urologi.
" Emak, kita pergi esok ya? " kata budak itu.
Rasanya dia dah tak sabar.
Dah 11 tahun menanggung derita.
" Adik, Angry Bird adik ada. Cuma dia sembunyi. "
Aku cuba memberi semangat kepadanya.
Aku berharap ada doktor sanggup membedahnya.
Aku berharap dia dapat kembali.
Angry Birdnya yang dah hilang.



14 ulasan:

  1. sedih pulak baca ..sbb kesian budak tu yg sebaya anak kty firdaus
    kesian dia hadapi masalah hari2 .lagi2 kena menahan kencing disekolah ..
    betapa seksanya dia..jadi dia x boleh focus..
    semoga masalah adik ni dpt diselesaikan .amen

    BalasPadam
  2. MA yang sunatkan..?
    Tapi ramai jugak MA yang tau pasal hypospadia kalau dia ada belajar lah..
    dan dia takkan sunatkan kalau dia tau..

    kena guna prepuce tu for the correctional surgery kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.
      Kulit prepuce perlu utk reconstruction.

      Padam
  3. kalau tok mudim, saya boleh terima lagi...ni MA yg sunatkan...adoiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. MA muda.
      Belum berapa senior.
      Tak pernah jumpa hypospadias agaknya.

      Padam
  4. tetibe wak teringat.
    tetibe wak nak komen. ;-p

    dulu ade anak rakan sekerja wak.
    punye masalah serupe.
    dh buat pembedahan.
    melalui operation yg kompleks jugak.

    tapi masaelahnye problem.
    sebab rakan wak tu xleh nk claim kat company bekerja.
    sebab insuran x cover.
    sebab penyakit 'cogenital' ghituu. Uhhuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Wak.
      Wah! Dah pandai tiru gaya tulisan saya.

      Hi hi hi.

      Padam
  5. Kesiannya. Sedih saya baca. Mujurlah maknya terdetik nak bertindak. Kalau tidak..jenuh dia menahan kencing. Dapat batu karang pula nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor pakar yg saya rujuk.
      Pakar bedah kanak2 tersohor di selatan.
      Expert gila pasal bedah2 urologi.
      Tapi.
      Garang.
      Mulutnya laser.

      Padam
    2. Maafkan sy..sy da anak yg da hypospadias...sy area utara..bleh tuan cadangkan khidmat yg diperlukan...terima kasih

      Padam
  6. alahai kesiannya....sebagai ingatan utk anak lelaki saya nanti nih.

    BalasPadam
  7. oh kesiannya
    tak tahu pulak ada kes mcm ni
    sib baik tu hari sunatkan anak lelaki (8 tahun)
    xde apa2 mslh,hihi

    BalasPadam
  8. Mcm mana sy na dapatkan rawatan sedemikian...anak sy bwu lahir n disahkan ada hypospadias menurut reasearch sy di internet..

    BalasPadam