Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Februari 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Mana doktornya?
Seorang pesakit wanita.
Jarang datang ke klinik.
Tak berapa suka datang ke klinik.
Pesakit ramai.
Kena tunggu lama.
Nak parking susah.
Beberapa hari ni beliau sakit demam batuk dan selsema.
Lalu bercadang datang ke klinik malam tadi.
Sebelum datang dia berdoa dulu.
Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Pukul 9 malam tadi.
Dia tiba depan klinik.
Syukur Alhamdulilah.
Senangnya dapat parking.
Syukur Alhamdulilah.
Klinik lengang.
Tiada pesakit lain.
Tapi...

" Maaflah kakak. "
" Doktor tak masuk kerja malam ni. "
" Doktor kata dia ambil MC."
Patutlah lengang.
Patutlah takda orang.
Doktor pun takda rupanya.

Bagi pihak klinik.
Saya minta maaf kepada pesakit2 saya.
Saya penyokong tegar JDT.
Saya tengok JDT vs Kedah di Astro Arena malam tadi.
Saya hanya manusia biasa.
Saya takda mood nak kerja malam tadi.
Saya pun demam batuk dan selsema.




20 ulasan:

  1. hahahaha..... doktor juga manusia biasa
    moga cepat sembuh doc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor manusia biasa.
      Tak suka makan ubat.
      Terutama ubat batuk.
      Mengantuk.

      Padam
  2. hahaha..tak sempat cari locum cover ke?

    BalasPadam
  3. kalau doc sakit, sapa bagi mc ye?
    maaf soklan kurang cerdik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja sendiri.
      Tak payah tulis MC.
      Tutup aje pintu depan klinik.

      Padam
  4. owhh... ok...

    semoga kembali sihat seperti sedia kala .... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CPL.

      Kenapa blog dah bersawang?
      Mogok ke?

      Padam
  5. Hahahaha nasib baik JDT layak masuk Semi Final. Kalu tak 2 hari tak de mood

    BalasPadam
  6. Semalam dah datang nengok, tapi entry nie di tarik semula ekk...

    Oh Doc, dah makan ubat ke belum? Cubalah ubat MLM yang satu sudu makan boleh ubat seribu penyakit tu. Hehehehehe...gurau2 jer Doc. Saya stress ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tarik balik.
      Tengah update gambar bateri habis lak.

      Kalau Aziela stress,
      Erra Fazira lagi stress.
      Laki dah takda.
      Anak pun dibawa sekali.

      Jangan stress sangat.

      Padam
  7. Juara Dalam Terowong? hahhahaa

    Get well soon Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila bola, politik dan raja bersatu,
      Inilah jadinya...

      Padam
  8. Mungkin sekarang ni doktor dah sihat...Tentu doc lebih cepat sihat kerana mental yg lebih ceria lepas JDT kalahkan Kedah tempohari. Saya orang Kedah, nasib baik tak sakit bila akhir2 ini Kedah asyik tersungkur saja....huhuhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca sangat panas dan kering.
      Jadi batuk selsema berpanjangan.
      JDT menang ke kalah ke,
      takda maknanya.

      Salam ziarah Jay Ar.

      Padam
  9. Salam

    Harap dapat tulis pengalaman merawat pesakit fibromyalgia.
    Susah nak cari maklumat kat M'sia ni.

    BalasPadam