Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Februari 2014

Aku dan Robocop IMAX 2D


Pagi hari ahad.
Cuti berganti Gong Xi Fa Chai.
Nak buat apa ya cuti2 begini?
Lebuhraya sure jammed.
Lalu aku teringat.
Ada panggung IMAX di TGV Tebrau City.
Khabarnya skrinnya sangat besar.
Khabarnya sistem bunyinya maha hebat.
Apa kata kita try?

Memandangkan aku tak suka beratur panjang,
Aku beli tiket atas talian.
Cepat, selamat dan mudah.
Wayang start pukul 1:45 petang.
Aku sampai pukul 1:15 petang.
Barisan beli tiket hampir 50 meter panjangnya.
Tapi aku tunjuk tiket yang aku dah print,
aku terus masuk ke panggung.
Tak payah beratur2 lagi.
Tapi terkilan juga aku.
Sebab barisan nak beli pop corn pun panjang jugak.
Kalaulah pop corn pun boleh beli online kan senang.
Duduk kat kerusi pop corn dah sedia menunggu.


Ini pertama kali aku masuk ke panggung IMAX ( Image Maximum ).
Panggungnya luas.
Tempat duduknya selesa.
Ruang letak kaki pun lebih luas.
Aircond tak sesejuk di LFS IOI Mall.
Tapi yang penting,
Skrinnya saaangat besar.
Agak melengkung sedikit.
Jadi aku rasa seolah2 aku berada didalam cerita tersebut.
Gambarnya lebih terang dan jelas.
Tanpa guna cermin mata 3D pun dah rasa kepuasannya.
Kesan bunyinya jangan ceritalah.
Sebijik- sebijik bunyi boleh dengar.


Robocop adalah cerita lama.
Tapi cerita ini tiada kaitan dengan cerita yang lama.
Ini penceritaan baru.
Lebih terperinci jalan ceritanya.
Lebih kemanusiaan daripada kerobotan.
Aku suka gaya jalannya  yang masih klasik.
Masih menghentak2 kaki. 
Helmetnya juga lawa beb!
Begitu juga dengan motosikalnya.


Kesimpulannya,
Aku beri Robocop 4 bintang.
Juga aku beri 4 bintang untuk pengalaman IMAX.
Cuma satu aku nak komplen.
Kenapa takda sarikata bahasa Malaysia?
Anak aku tak berapa nak faham ceritanya.
Tapi aku lebih suka takda sarikata.
Aku boleh lebih consentrate.
Tunggu kemunculan Captain America IMAX 3D 4.4.14 ini.

Happy Monday kawan2!


2 ulasan:

  1. Insya Allah nak gi tgk robocop ni..

    ps: Mmg jem teruk..saya nak balik ke Shah Alam, dari Jasin dah start slow moving

    BalasPadam