Langkau ke kandungan utama

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Aku menulis kerana hobi.
Aku menulis kerana aku suka menulis.
Daripada sekolah menengah lagi,
aku memang rajin menulis.
Otakku lebih cekap menulis daripada bercakap.
Sepatah perkataan keluar daripada mulutku,
Dua tiga perkataan aku dah siap tulis.

Aku ada buku diari kehidupanku.
Daripada sekolah menengah,
masuk kolej sampai lepas dapat ijazah.
Kerana kesibukan,
aku berhenti menulis lepas berkahwin.
Aku berhenti menulis lepas dapat kerja kerajaan.
Tapi bila aku duduk diklinik sendiri,
Aku mula menulis semula.
Menulis untuk hilangkan kebosanan.
Menulis untuk mencatat kehidupan diri sendiri.

Tahun 2008.
Aku mula serius menulis blog ini.
Aku cerita tentang apa sahaja.
Aku menulis tentang apa yang terlintas dikepala.
Aku menulis tentang apa yang aku lihat.
Aku menulis tentang apa yang aku alami.
Mula-mula aku tulis syok sendiri.
Lama-kelamaan,
bila ramai yang membacanya,
aku mula menulis tentang orang lain.
Aku tak memaksa orang membaca tulisanku.
Aku tak memaksa orang menyukai tulisanku.
Beberapa kali aku cuba berhenti menulis.
Terutama bila mendapat komen2 negatif.
Tapi tak boleh.
Menulis dah menjadi sebahagian daripada diriku.

Adat manusia dijadikan Tuhan.
Sentiasa berbeza pendapat.
Itulah keistimewaan ciptaanNya.
Untuk menjadi manusia yang berjaya,
kita perlu sedia menerima pendapat orang.
Tak semestinya kita betul sentiasa.

Aku suka membaca tulisan Tun Mahathir.
Idea2nya bernas.
Pengolahan ceritanya dalam.
Pengamatannya sangat teliti. 
Dan paling aku suka,
ayat2 sarkastiknya.
Tepat sebiji2 kena kat muka sendiri.
Jadi aku cuba menulis sepertinya.


Cerita tentang entri viral aku ingat dah habis.
Setakat ini dah 80 ribu hits untuk entri tersebut.
Tulisan spontan aku tiba2 menjadi ribut.
Bila dah menjadi ribut,
ada pula yang mensensasikannya.
Ada pula orang lain yang menciplaknya.
Ada pula orang lain yang mendapat nama.
Suka2 share dan copy paste di FB.
Ramai sungguh kawan2 yang perihatin.
Ramai kawan yang menolong menegakkan kebenaran.


Sebenarnya.
Tiada siapa yang nak baca kalau aku yang tulis.
Tak ramai yang mengendahkannya.
Tetapi bila Prof Jafri Malin yang copy paste di FBnya,
satu Malaysia membacanya.
Aku fikir daripada sudut yang positif.
Idea dan pendapat aku telah didengar diseluruh Malaysia.
Mungkin ramai yang sentap.
Mungkin ramai yang menyanggah.
Tapi ramai juga yang bersetuju.
Itu sudah bagus.
Alhamdulilah.

Kepada kawan2.
Terima kasih atas keperihatinan.
Tak payahlah naik angin.
Kebenaran pasti akan nyata.
Aku tak rugi apa2.
Aku tak untung apa2.






Ulasan

  1. dari hari tu kagi saya dah agak dah..
    mesti ada sapi yang dapat nama!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nak buat.
      Takkan saya nak bubuh watermark kat tulisan2 saya?

      Biarlah.

      Padam
  2. saya suka baca blog Dr Zoul .. :) ..

    BalasPadam
  3. Ha kaaaannnnn. Doc, sekarang Doc ialah celebrity. Celebrity ni hidupnya penuh dengan isu2 ciplak, yang betul di terbalikkan dan pendapat di sanggah. Yang bestnya, Doc dah glemer.

    Psst : Ada tak pertambahan patient yang luar biasa di klinik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klinik biasa2 sahaja.
      Tak lebih tak kurang.
      Mungkin lebih sikit.
      Sebab banyak klinik2 jiran yang tutup.

      p.s
      Saya tak suka glamour.
      Saya bukan artis.
      Saya juga bukan ahli politik.
      Glamour ni semua poyo!

      Padam
  4. i must say that this is one of the coolest response that i have ever read!
    the last 2 sentences really hit me :-
    "Aku tak rugi apa2.
    Aku tak untung apa2."
    like like like!

    BalasPadam
  5. I'm a doctor to be. Keep writting bro. memang ramai my colleagues as a medical student share ur writing bout this. We all agree nowadays ramai jual ubat2 direct selling even doctor kat malaysia nak untung lebih jual direct selling. Terpaksa makcik2 kampung tu percaya ckp doc tu. ur blog is awesome. Keep it up. Don't stop writing bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. All the best Afiq.
      Moga dapat sedikit ilmu bila baca2 cerita2 saya.

      Padam
  6. Tahniah Doc. Teruskan menulis. Saya suka baca blog doc.

    BalasPadam
  7. sy medical student.
    bile blajar,rase mcm dah byk, tp masih tak cukup.
    bile bed side teaching, kne marah dgn lecturer itu prkara biase.
    kalo short case, long case lagi teruk mrh nye.
    kdg2 hati redha je.tp lebih baik kne mrh time student.
    bile cuti blk kg, sume soalan ditnye mcm lah kite ni doktor betul
    padahal belajar pun tak habes.
    kwn lain cuti sem, kite duk study, pi hospital clerk pesakit.
    kwn lain dah pakai jubah graduation, kite msh pkai jubah putih.
    kalau tak de family yg supportive, habes kering air mata.
    bile blajar rase ssh, msti ade terpikir 'apasal laa ak amek medic'
    kite yg pilih, kite yg nak, so kne tempuh
    jd doktor tak kaya, jd doktor tak byk mase free
    tp jd doktor boleh rawat sakit 'ruhi' dan fizikal pesakit,
    dgn syarat niat yg betul. moga Allah redha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak perkara kena korban bila masuk bidang kedoktoran.
      Kadang2 yg dapat tak setimpal dgn yg diusahakan.
      Percayalah.
      Kalau tak dapat di dunia,
      diakhirat Allah balas.

      All the best!

      Padam
  8. Please keep writing. I like your style. Found your blog and that famous post through Lowyat Kopitiam forum.

    BalasPadam
  9. ....kita sama semuanya sama
    apa yang ada hanyalah kehidupan...

    BalasPadam
  10. I follow ur blog from last 2 yrs. Your blog is awesome doc! pls keep writing..

    BalasPadam
  11. Salam doc zul, Dimana saya bole dapatkan(beli) fiberglass cast untuk patah ni, di klinik doc zul ade jualke? Kalau ade maklumat bole emel saya di "xigot_man@yahoo.com" lokasi saya dirawang,selangor

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…