Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Februari 2014

Blog Aku Dah Jadi Viral


Cuti hari raya Cina.
Seharian aku tak pegang gajet.
Menyibukkan diri dengan aktiviti.
Sempat juga aku masuk panggung.
Tengok Jack Ryan di LFS IOI Mall.
Satu panggung cuma ada 4 orang penonton sahaja.
Aircond punyalah sejuk.
Menggigil jugak aku dengan anakku.


Malam tahun baru.
Aku balik kampung.
Abang ipar aku open table.
Belanja makan ayam goreng.
Anaknya dah lulus MD.
Anaknya dah bergelar doktor.
Alhamdulilah.
Sedang aku sibuk mengunyah,
Sahabat baik aku Whatsapp aku.
Dia kata ada orang dah share blog aku kat FB.
Aku macam tak percaya.
Cerita yang mana?


Terkejut beruk aku.
Entri aku pasal nak buka ladang kangkung dah jadi viral.
Ada 5-6 orang dah share kat FB aku.
Setakat pukul 9 malam,
Dah 10 ribu orang singgah diblog ini.
Tak pernah terjadi dalam sejarah blog aku.
Biasanya sehari 1-2 ribu views sahaja.
Tiba2 boleh jadi 10 ribu,
Hilang akal ke apa?


Sepanjang 5 tahun memblog,
Entri Tudung Fareeda dan Cicak Tokek paling top.
Kebelakangan ini entri pasal Cikgu Arbainah juga top.
Entri Tudung Fareeda mencapai 20 ribu hits selepas 4 tahun.
Entri Cicak Tokek mencapai 20 ribu hits selepas 5 tahun.
Tapi entri ini memang pecah panggung.
30 ribu hits dalam masa 24 jam.
Inilah kuasa FB.
Inilah kuasa internet.


Sepanjang malam aku tak boleh tidur.
Pening memikirkan.
Apa istimewanya entri kali ini?
Ramai yang memberi komen positif.
Yang skeptik pun ada.
Tapi aku tak kisah.
Itu hak masing2 untuk bersuara.
Sebagaimana aku bebas memberi pendapat,
mereka juga bebas memberi pendapat.

Entri semalam bukan anti MLM.
Entri semalam bukan menghasut membenci MLM.
Fenomena ini bukan di negara kita sahaja.
Di Amerika pun sama.
Di Singapura pun sama.
Tapi berfikirlah secara rasional.
Jangan kerana wang ringgit dan kekayaan,
kesihatan orang lain kita taruhkan.

Kepada yang sudi singgah,
Kepada yang sudi baca,
Kepada yang sudi share,
Kepada yang sudi berfikir sejenak,
Aku ucapkan jutaan terima kasih.
Kepada yang suruh aku memperkenalkan diri,
Terima kasih sahajalah.
Biarlah aku terus begini.
Siapalah aku,
Hanya doktor cabuk sahaja.
Yang kurang percaya pada rawatan alternatif.
Yang kurang percaya pada vitamin dan supplemen.
Yang tak percaya langsung pada ubat2 super.
Tapi aku percaya,
pada kekuasaan Allah.
Juga pada kesan2 plasebo.

21 ulasan:

  1. Salam, dah berapa tahun jadi doktor ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Dr Melinda,

      Terima kasih singgah.
      Saya grad tahun 1996.
      Bermakna dah 17 tahun jadi doktor.

      Padam
  2. Wah, Prof Jafri Malin pun share kat fb?? Dasat nih...Prof tu my lecturer kat USM dulu, the best Neurosurgeon kat Malaysia, dah invent macam2 benda utk bidang neuro dan dapat mcm2 anugerah....tak sangka dia pun baca ..hihi...Tahniah la DrZoul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tak caya.
      Ramai kawan2 lama tiba2 contact saya.
      Glamour sekejap.

      Padam
  3. Salam doktor..saya pembaca blog doktor hampir setiap hari..mmg best..teruskan berblog..berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  4. Salam doktor..saya pembaca blog doktor hampir setiap hari..mmg best..teruskan berblog..berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  5. Salam doktor..even saya x berapa setuju dengan statement doktor kat post tu but well said..TAHNIAH..dapat jgak tengok orang medical berblog n famous..^_^

    Saya pun orang medical..lepas ni nak buat blog utk membalas isu tersebut.

    Salam persahabatan dan TAHNIAH!

    -PANJI HITAM-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panji Hitam,

      Salam persahabatan.
      Tak salah berbeza pendapat.
      Tak salah menerima pendapat orang.

      Padam
  6. dah boleh buat movie - doktor mu tunggu aku datang he he heh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok.
      nanti saya drafkan skripnya.
      Ha ha ha.

      Padam
  7. Ramai member2 saya yg dr pun share. Bagus ada sedikit sentapan utk dunia perubatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun heran gak.
      Rasanya takda yg istimewa pun sajak tu.
      Semuanya spontan.
      Tengah geram dengan pesakit2 yg degil2.

      Padam
  8. Bila di " sentuh" sikit pasal perubatan alternatif..
    Bila dipersoalkan sikit tentang clinical trials..tentang pharcodynamic..
    Memang la " geng geng itu" akan panas punggung..:)

    BalasPadam
  9. wahh..
    :)

    femes dah zoul!
    teruskan...
    [ saya jarang ber-fb.. tak tau cerita ..]

    BalasPadam
  10. kena letak copyright..
    ramai penciplak dan perompak sekarang ni..
    nanti claim sendiri punya..

    BalasPadam
  11. assalammualaikum Dr..
    saya mmg tak pernah miss baca blog Dr...tiap kali entry baru mmg saya akan baca..
    teruskan menulis blog ye Dr..:)

    BalasPadam
  12. Ramainyaaaaa follower Doc sekarang kan...hehehehehhe. Saya bangga...saya bangga...!

    BalasPadam
  13. Doktor,
    Ada yang mengaku itu puisi prof nero la,
    hasil tulisan org lain la..

    http://www.beritasemasa.com.my/isu-doktor-perubatan-malaysia-dr-jafri-malin-abdullah#comment-217500

    BalasPadam
  14. Assalam doc, rezeki dari Allah, sebab doc banyak memberi dan berkongsi ilmu. Terimakasih sekali lagi sebab saya pun ada share info pasal demam denggi yang doc tulis, memang memberi manafaat pada orang yang memerlukan.

    http://bit.ly/MwfWqT

    BalasPadam
  15. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer at Bandar Sungai Long Clinic as required below:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    BalasPadam