Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Aku ke Superheroes Art Gallery

Kalau aku ke Melaka, aku mesti ke Dataran Pahlawan. Window shopping. Tempat favorite aku, Kedai menjual pakaian Marvel Superheroes. Tiga kali aku masuk kedai, tiga kali aku berkenan dengan jaket Ironman. Sangat sesuai dipakai bila bermotosikal . Akhirnya, Selepas memecah tabung ayamku, aku berjaya memilikinya. Terkejut jugak mamat kedai tu bila aku kata, aku nak membelinya. Dah jadi rezeki aku dan anak2. Kami dapat pula pas percuma. Masuk ke Galeri Adiwira di Jonker Street. Pameran gambar2 3D.

Seperti semua orang sedia maklum. Aku memang fanatik dengan Superheroes. Peluang seperti ini takkan aku lepaskan. Walaupun jalan sekitar Jonker Street dah jem petang itu, aku redah juga. Aku parking di bangunan sebelah Hard Rock Cafe. Mak oii! Sepuluh ringgit.

Ini tempatnya. Betul2 ditengah kawasan Jonker Street. Disebelah bawah menjual barangan. Disebelah atas kedai itulah galerinya. Rasanya baru bukak kot. Sebab takda orang yang ada disitu masa aku sampai.

Kalau takda pas percuma, kena beli ti…

Aku dan Thistle Port Dickson

Pada suatu hari. Wife aku bercuti. Anak2pun bercuti jugak. Tapi aku kena kerja macam biasa. Lalu aku mendapat perkhabaran. Daripada akauntan bertauliah aku. Audit tahun lepas dah hampir siap. Income tax tahun lepas naik lagi. Bersedia untuk bayar lebih. Itu pesanannya.

Lalu aku jadi sangat malas. Nak duduk merawat pesakit diklinik. Jadi aku mengeluarkan arahan. Esok semua pekerja isi borang cuti. Aku suruh anak2 kemas beg. Doktor nak pergi bercuti. Doktor nak pergi release tension.

Tengahari hari Khamis. Aku dah sampai di Port Dickson. Last minute punya planning. Bila last minute, aku tak dapat hotel yang aku hajatkan. Grand Lexis dah fully booked. Avillion mahal sangat. Jadi aku ambil hotel yang ini. Thistle Port Dickson.

Khabarnya hotel ini 4 bintang. Suasananya lebih kurang macam Le Grandeur Senai. Pintu masuknya, ruang legarnya. Tapi lebih besar dan menarik. Aku suka registration counternya. Tak perlu berdiri lama2 untuk mendaftar. Ada kerusi disediakan.

Aku ambil bilik Superior. A…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Wordless Wednesday

Salam hari Rabu kawan2...


Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang gadis berusia 21 tahun.
Datang ke klinik ditemani tunangnya. " Saya nak inject Placenta. " Itu chief complaint nya. Terkejut beruk aku. " Tahu apa itu placenta? " " Tahu kenapa nak inject placenta? " " Tahu placenta itu datang dari mana? " " Tahu placenta itu halal ke haram? " Semua dia bantai entah untuk soalan2 aku. " Tunang saya yang suruh inject. " Lalu aku panggil tunangnya. Aku tanya soalan yang sama. " Ini kakak saya punya. " " Dia beli kat internet. " " Katanya untuk kecantikan. " " Halal ke haram saya tak pasti. " Lalu aku sekolahkan mereka sekejap. Kalau nak sangat inject untuk cantik, Ambillah Vitamin C dulu. Selamat walaupun kerajaan tak lulus. Placenta ni untuk mereka yang gila nak awet muda. Sesuai untuk orang yang dah berusia. Bukannya yang baru 21 tahun. Placenta ni datang daripada kambing biri2. Yang datang daripada manusia pun ada. Sebab itu aku rasa macam tak…

Aku dan Misteri Kehilangan MH370

Seminggu yang lalu.
Sebuah pesawat kepunyaan MAS.
Boeing 777-200ER.
Terbang daripada KLIA menuju Beijing.
Membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Sebaik sahaja keluar daripada wilayah Malaysia,
pesawat canggih ini tiba-tiba hilang daripada radar.
Satu kehilangan yang mengejutkan.
Satu kehilangan yang cukup pelik.
Satu kehilangan yang sukar dijawab dizaman ini.

Selepas seminggu berlalu.
Pesawat masih tidak dijumpai.
Persoalan lebih banyak banding jawapan.
Rakyat Malaysia tidak pernah mengalaminya.
Rakyat Malaysia tidak pernah menghadapinya.
Malapetaka sebesar ini.
Tragedi peringkat antarabangsa.

Setiap hari.
Aku disajikan dengan bermacam teori.
Aku disajikan dengan bermacam spekulasi.
Cerita-cerita sensasi.
Cerita-cerita separuh fakta dan separuh imaginasi.
Pandangan pakar2 penerbangan.
Juga pandangan 3/4 masak daripada pakar2 FB.

Aku bukan nak memperlekeh negara sendiri.
Aku bukan nak memalukan negara sendiri.
Tetapi sidang akhbar setiap hari langsungtidak memberi jawapan.
Kepad…

Aku dan Selamat Tinggal Kawan-Kawan

Setiap manusia perlu ada hobi.
Hobi untuk mengisi masa yang terluang.
Hobi untuk menyibukkan diri.
Hobi untuk menghilangkan kebosanan.
Hobi untuk merangsang minda berfikir.
Hobi untuk merangsang penghasilan hormon2.

Hobi aku menulis.
Tiada hobi lain.
Aku tak pandai bersukan.
Aku tak pandai bersosial.
Aku tak pandai berkawan.
Juga hidupku sepenuhnya di sini.
Didalam bilik diklinikku.
Semua orang datang berjumpa denganku membawa masalah.
Ada masalah yang mudah.
Ada masalah yang sukar.
Ada masalah yang boleh selesai.
Ada masalah yang tak boleh selesai.
Kalau sehari aku tengok 60 pesakit,
sekurang2nya 10 orang akan memberiku sakit kepala.
Justifikasi pemberian MC.
Justifikasi surat rujukan.
Justifikasi surat sokongan.
Semuanya bukan masalah yang mudah.
Tetapi tak siapa yang faham.
Dilemma menjadi seorang doktor.

Untuk menghilangkan ketensionan.
Untuk menghilangkan kebosanan.
Aku menulis diblog ini.
Aku menulis apa sahaja yang terlintas dikepala.
Aku menulis apa yang berlaku disekelilingku…

Aku dan MH1057 Kuala Lumpur-Senai Airport

Petang Sabtu 8 Mac. Aku dah kena balik ke Johor. Tiket pesawat aku dah beli. Kalau boleh tukar ke tiket bas aku sanggup tukar. Gayat jugak aku nak naik pesawat. Tragedi kehilangan pesawat MH370 menakutkan. Macam2 aku baca di FB. Macam2 kawan share di Whatsapp. Masing2 dengan teori dan spekulasi masing2.

Pukul 2.30 petang. Aku dah menaiki KLIA Ekspres. Menuju ke KLIA. Terima kasih Dr Jemie. Kerana sanggup jadi pemandu pelancong. Kerana sanggup jadi driver. Sepanjang 2 hari aku di Kuala Lumpur.

Proses daftar masuk agak membingungkan. Maklumlah KLIA sangat luas. Walaupun MAS kehilangan pesawat MH370, suasana di KLIA masih seperti biasa. Pemeriksaan kastam masih seperti biasa. Tiada yang ekstra. Belum lagi kelihatan para wartawan. Bomoh temberang pun belum kelihatan.

Suasana diluar airport agak suram. Jerebu agak teruk. Khabarnya API melebihi 100. Paras tidak sihat. Pukul 5.15 petang. Aku dibenarkan menaiki pesawat. Pesawat agak kecil banding masa aku datang. Semua kerusi penuh dengan pe…

Aku dan Ayam Penyet Tiga Abdul

Aku memang suka Ayam Penyet. Kat mana2 aku pergi, aku mesti nak try Ayam Penyet. Kat Kulaijaya aku belum jumpa, masakan Ayam Penyet yang memenuhi selera. Sehingga pada suatu hari. Kakitangan ofis atas klinik aku buat jamuan. Dan aku dibungkuskan dengan hidangan Ayam Penyet. MasyaAllah. Sedapnya. Lalu pada minggu berikutnya. Aku ajak manager aku mencari restorannya.

Ayam Penyet Tiga Abdul. Lokasinya di kawasan Senai. Betul2 dibelakang Econsave Senai. Kedai paling hujung sekali. Kali pertama aku datang waktu lunch hour. Restoran penuh dengan pekerja2 kilang. Jadi kena tunggu agak lama. Tapi kira2 15 minit kemudian. Nasi Ayam Penyet dihidangkan.

Nasinya masih panas. Supnya masih panas. Begitu juga dengan ayam gorengnya. Ayamnya 1/4 bahagian. Digoreng garing dengan rempah. Ada timun, kacang panjang dan kobis sebagai ulam. Ada juga tempe goreng. Dicicah dengan sambalnya yang sederhana pedas. Makan pulak dengan tangan. Pergh. Aku berani beri markah penuh.

Minggu ni dah 3 kali aku lunch di …

Aku dan Throwback Kuala Lumpur

Sepanjang aku berada di Kuala Lumpur, aku hanya duduk dibilik sahaja. Tapi bila kawan aku datang jemput, barulah aku berani keluar berjalan-jalan.
Tengahari hari Jumaat. Aku bersembahyang Jumaat di Masjid Wilayah. Sebelum sembahyang, aku pergi lunch Nasi Briyani dulu. Makan bersila atas tikar. Disekitar Masjid Wilayah, ada bazar jualan setiap hari Jumaat. Macam2 barang orang berniaga. Dan Nasi Briyanilah antara tarikan utamanya.
Masjid Wilayah sangat luas. Suasana didalamnya senyap dan sejuk. Sungguh selesa untuk beribadat. Juga sungguh selesa untuk tidur ditengahari. Selepas sembahyang, kawan aku ajak cari cendol pulak. Untung duduk Kuala Lumpur. Semuanya ada.
Malam hari Jumaat. Selepas reunion di TGIF, aku ke Taman Desa Minang. Menziarah Dr Samril dirumah emak mertuanya. Aku sambung sembang lagi sampai tengah malam. Maklumlah dah beberapa tahun tak jumpa.  Mana boleh habis bercerita?
Selepas tengah malam hari Sabtu. kawan aku bawa aku ronda2 satu Kuala Lumpur. Aku ke KFC Jalan Raja…

Aku dan Reunion di TGIF Seri Hartamas

Jumaat Malam Sabtu. Agenda utama aku ke Kuala Lumpur. Menghadiri perjumpaan semula. Kawan2 lama masa di UM. Kawan2 lama masa duduk di Pantai Dalam. Kawan2 lama masa zaman jahiliyah.

Lokasinya Dr Jemie yang pilih. TGIF Seri Hartamas. Mungkin sebab kat Johor Bahru takda TGIF. Mungkin sebab kat Johor Bahru takda steak berharga 50 ringgit.

Cepat sungguh masa berlalu. Dr Jemie dah jadi Pakar ENT di Selayang. Dr Neil dah jadi Pakar Colorectal di Alor Setar. Dr Ezanee dah jadi Pakar Mata di Johor Bahru. Manakala Samsul dah jadi Pakar Kualiti Air. Tapi bila berjumpa dan bersembang. Semuanya jadi budak2 masa zaman belajar dulu.

Dunia seolah2 terhenti. Masa seolah2 kembali pada zaman belajar dulu. Hidup bebas tanpa banyak tanggungjawab. Hidup bebas tanpa banyak tanggungan. Hidup bebas tanpa banyak hutang. Walaupun masa itu duit takda, hidup memang senang dan mudah.

Ini kali pertama aku ke TGIF. Ada yang kata tiada sijil halal. Ada yang kata makanan di sini campur dengan alkohol. Ada yang kata …

Aku di Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur. Terletak disebelah KL Sentral. Tahap 5 Bintang. Aku tak jumpa orang pakai selipar di sini. Aku tak jumpa orang pakai t-shirt di sini. Kecuali aku. Di kawasan lobi penuh dengan orang2 korporat. Di kawasan lobi penuh dengan orang hebat2. Lelakinya sentiasa berkemeja dan berkot. Perempuannya berpakaian formal. Kecuali aku. Rasanya aku tak cukup layak berada di sini.

Aku suka suasana dibiliknya. Biliknya kemas dan sangat lengkap. Tilamnya tebal,  bantalnya lembut. Aircondnya senyap. Bilik airnya sangat luas. Tekanan airnya kuat. Nak berendam dalam bath tub pun boleh. Air panasnya boleh dikawal suhunya.

TVnya lekat didinding. Pilihan channel pelbagai. Ada kartun, ada berita, ada movie, ada bola sepak, ada rencana. Pilih sahaja.

Peralatan untuk buat kopi disediakan secukupnya. Air mineral ada yang disediakan percuma. Air mineral yang sebotol 30 ringgit pun ada. Dalam fridge penuh dengan air tin. Yang tak mabuk. Yang nak mabuk pun ada. Harga jangan tanyalah. Tak tercapa…