Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Mac 2014

Aku dan Ayam Penyet Tiga Abdul


Aku memang suka Ayam Penyet.
Kat mana2 aku pergi,
aku mesti nak try Ayam Penyet.
Kat Kulaijaya aku belum jumpa,
masakan Ayam Penyet yang memenuhi selera.
Sehingga pada suatu hari.
Kakitangan ofis atas klinik aku buat jamuan.
Dan aku dibungkuskan dengan hidangan Ayam Penyet.
MasyaAllah.
Sedapnya.
Lalu pada minggu berikutnya.
Aku ajak manager aku mencari restorannya.


Ayam Penyet Tiga Abdul.
Lokasinya di kawasan Senai.
Betul2 dibelakang Econsave Senai.
Kedai paling hujung sekali.
Kali pertama aku datang waktu lunch hour.
Restoran penuh dengan pekerja2 kilang.
Jadi kena tunggu agak lama.
Tapi kira2 15 minit kemudian.
Nasi Ayam Penyet dihidangkan.


Nasinya masih panas.
Supnya masih panas.
Begitu juga dengan ayam gorengnya.
Ayamnya 1/4 bahagian.
Digoreng garing dengan rempah.
Ada timun, kacang panjang dan kobis sebagai ulam.
Ada juga tempe goreng.
Dicicah dengan sambalnya yang sederhana pedas.
Makan pulak dengan tangan.
Pergh.
Aku berani beri markah penuh.


Minggu ni dah 3 kali aku lunch di sini.
Kali kedua aku bawa anak2ku.
Kali ketiga aku bawa wife aku.
Masing2 setuju denganku.
Markah penuh.


Perhatian.
Di atas setiap meja ada disediakan sebotol kicap.
Tiada logo apa2.
Tapi kicapnya pekat dan lemak manis.
Sangat sedap bila digaul dengan nasi.

Restoran ini dibuka setiap hari.
Tutup pada jam 11 malam.
Selain Ayam Penyet,
Ada juga Ikan Keli Goreng.
Nasi Goreng pun ada.
Tapi kebanyakan orang datang makan Ayam Penyet.
Harga makanannya berpatutan.
Hanya 6 ringgit untuk sepinggan Nasi Ayam Penyet.
Layanan agak bagus.
Hampir kesemua pekerjanya warga Indonesia.
Dekorasi restorannya sederhana.
Tapi aku tak berapa suka minuman disini.
Tehnya cair.
Air lain semuanya terlebih ais.
Jadi order air masak sahaja lain kali.

Khabarnya restoran ini ada cawangan di Saleng.
Dibelakang TJ Mart katanya.
Tapi aku belum jumpa restorannya.




4 ulasan:

  1. Hubby dan anak saya tak suka ayam penyet, tapi saya suka. Lain kali ke Senai, saya tapau untuk diri sendiri jer lah....

    BalasPadam
  2. oh, ye ke?? Sy suka juga ayam penyet tapi jarang nak order sbb susah nak jumpa ayam penyet yg betul2 menepati selera.. bolehlah sy cari nasi ayam penyet ni nanti..

    BalasPadam
  3. Kalau dah dtg 3 kali, semuanya dapat markah penuh,maka saya nak try jugak!! haha

    BalasPadam
  4. selalu jugak makan kat cnie time lunch.. memang tiptop.. sambal die sedap.. sup cukup rasa.. senang cerita memang thorbaek...

    BalasPadam