Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Mac 2014

Aku dan The Best Satay On Earth


Hujung minggu semalam.
Aku ke AEON Kulaijaya.
Jalan jalan bawa anak yang balik daripada asrama.
Window shopping.
Nak hilangkan tension 2 bulan duduk asrama.
Dalam perjalanan balik,
ternampak satu tempat makan baru.
Sangat cantik signboardnya.
Satay Place.
The best satay on earth.


Satay resepi Wak Mian.
Orang jawa daripada Felda Sungai Sibol.
Dikatakan dah berniaga satay semenjak 1962.
Khabarnya banyak dah cawangannya.
Tapi maaflah.
Aku tak pernah tahu pun.


Lokasinya di Taman Indahpura.
Kawasan kedai2 dibelakang AEON Kulaijaya.
Tetapi kedudukannya tersorok sedikit.
Walaupun mungkin tak ramai yang tahu,
kedainya penuh masa aku sampai.
Masing2 sedang menunggu makanan masing2.
Tak sampai 5 minit,
kakak waiter datang ambil order.
Jus buah.
Satay ayam dan satay daging.


10 minit kemudian.
Jus buah pun sampai.
Gelasnya macam botol.
Unik.
Tapi rasanya biasa2 sahaja.
WiFi ada disediakan tetapi tak boleh nak connect.
Jadi aku memerhati sekeliling.
Kedainya cantik dan bersih.
Kerusi dan mejanya daripada kayu getah.
Suasananya santai.
Bau semerbak satay yang dibakar menusuk hidung.
Selain satay ada juga hidangan2 ala-carte yang lain.
Makanan western nampaknya menjadi pilihan ramai.
Pekerja2nya semua warga tempatan.
Bukannya warga Indon seperti di Satay Hj Samsuri.
Tapi tukang bakar satay cuma dua orang.
Itupun budak baru lepas SPM agaknya.
Jadi kerja2 mereka nampak kekok dan lambat.


Kira-kira 45 minit kemudian.
Barulah satay yang dipesan sampai.
Gila punya lama menunggu.
Tetapi penantian 45 minit boleh dikatakan berbaloi.
Rempahnya cukup rasa.
Sataynya tak kering/garing.
Dagingnya lembut.
Kuah kacangnya pun sedap.
Harga 70 sen secucuk adalah berpatutan.

Aku beri 8/10 untuk makanan.
Aku beri 8/10 untuk suasana.
Tapi aku beri 5/10 untuk servis.
Kalaulah masa itu aku kelaparan,
memang aku dah lari ketempat lain.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Selasa.
Waktunya antara 3 petang hingga 12 tengahmalam.


9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. tempat nampak menarik..boleh cuba ni kalau balik malaysia nanti :)

    BalasPadam
  3. Doc, hujung minggu ni saya akan berada di Johor. Semoga saya berpeluang jalan2 di Kulai tu... hehehehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai.
      Hujung minggu ni saya ada di Kuala Lumpur.
      Ada reunion.
      Kalau tidak boleh belanja...

      Padam
  4. nanti dtg JB saya ajak dak GB pegi cari tempat ni... hehehee

    BalasPadam
  5. cam sedap je!
    saya ni dah la suka makan sate!

    BalasPadam
  6. bila tempat yang menarik pasti akan jadi perhatian.
    Moga perniagaan beliau makin maju hendakNYA.. dan perbaiki apa yang kurang.. ;)

    BalasPadam
  7. Insya Allah,balik Skudai, saya akan cuba...teringin nak rasa

    BalasPadam