Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Mac 2014

Aku dan MH1057 Kuala Lumpur-Senai Airport

Petang Sabtu 8 Mac.
Aku dah kena balik ke Johor.
Tiket pesawat aku dah beli.
Kalau boleh tukar ke tiket bas aku sanggup tukar.
Gayat jugak aku nak naik pesawat.
Tragedi kehilangan pesawat MH370 menakutkan.
Macam2 aku baca di FB.
Macam2 kawan share di Whatsapp.
Masing2 dengan teori dan spekulasi masing2.


Pukul 2.30 petang.
Aku dah menaiki KLIA Ekspres.
Menuju ke KLIA.
Terima kasih Dr Jemie.
Kerana sanggup jadi pemandu pelancong.
Kerana sanggup jadi driver.
Sepanjang 2 hari aku di Kuala Lumpur.


Proses daftar masuk agak membingungkan.
Maklumlah KLIA sangat luas.
Walaupun MAS kehilangan pesawat MH370,
suasana di KLIA masih seperti biasa.
Pemeriksaan kastam masih seperti biasa.
Tiada yang ekstra.
Belum lagi kelihatan para wartawan.
Bomoh temberang pun belum kelihatan.


Suasana diluar airport agak suram.
Jerebu agak teruk.
Khabarnya API melebihi 100.
Paras tidak sihat.
Pukul 5.15 petang.
Aku dibenarkan menaiki pesawat.
Pesawat agak kecil banding masa aku datang.
Semua kerusi penuh dengan penumpang.
Itu yang aku hairan tu.
Macamana MAS masih tak boleh buat untung?
Padahal ramai juga yang memilih MAS banding AirAsia.


Pukul 5.25 petang.
Aku terbang meninggalkan KLIA.
Dan selamat tiba di Senai 1/2 jam kemudian.
Ada juga perasaan takut.
Takut tak sempat sampai.
Takut jatuh dalam laut.
Takut meletup diudara.
Takut kehilangan segala2nya.
Tapi alhamdulilah.
Umur aku masih panjang.

Pukul 6.30 petang.
Aku keluar daripada Airport Senai.
Wife dah sedia menunggu.
Terima kasih kawan2.
Terima kasih wife.
Percutian kali ini sangat bermakna bagiku.
Aku dah temu kembali dengan semangatku.
Semangat untuk bekerja.
Semangat untuk merawat pesakit.
Semangat untuk hidup.

Pada masa dan ketika yang lain.
Boleh aku ulangi percutian ini.



1 ulasan: