Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mac 2014

Aku dan Misteri Kehilangan MH370

Seminggu yang lalu.
Sebuah pesawat kepunyaan MAS.
Boeing 777-200ER.
Terbang daripada KLIA menuju Beijing.
Membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Sebaik sahaja keluar daripada wilayah Malaysia,
pesawat canggih ini tiba-tiba hilang daripada radar.
Satu kehilangan yang mengejutkan.
Satu kehilangan yang cukup pelik.
Satu kehilangan yang sukar dijawab dizaman ini.

Selepas seminggu berlalu.
Pesawat masih tidak dijumpai.
Persoalan lebih banyak banding jawapan.
Rakyat Malaysia tidak pernah mengalaminya.
Rakyat Malaysia tidak pernah menghadapinya.
Malapetaka sebesar ini.
Tragedi peringkat antarabangsa.

Setiap hari.
Aku disajikan dengan bermacam teori.
Aku disajikan dengan bermacam spekulasi.
Cerita-cerita sensasi.
Cerita-cerita separuh fakta dan separuh imaginasi.
Pandangan pakar2 penerbangan.
Juga pandangan 3/4 masak daripada pakar2 FB.

Aku bukan nak memperlekeh negara sendiri.
Aku bukan nak memalukan negara sendiri.
Tetapi sidang akhbar setiap hari langsungtidak memberi jawapan.
Kepada persoalan yang semakin rumit dan kompleks.
Benar.
Ini pertama kali Malaysia terpaksa menghadapi.
Satu tragedi berskala dunia.
Satu dunia memerhati tindakan kita.
Kita kelihatan panik.
Kita kelihatan kurang bersedia.
Kita kelihatan tidak mampu.
Menangani masalah sebesar ini.

Macam2 spekulasi dikeluarkan.
Ada yang kata meletup diudara.
Ada yang kata tenggelam dalam lautan.
Ada yang kata ini kerja agen Israel.
Ada yang kata ini kerja pelampau China.
Ada yang kata ini kerja pelampau Iran.
Ada yang kata Malaysia terlalu berahsia.
Ada yang kata Malaysia menyembunyikan fakta.
Juga ada yang kata,
pesawat tersangkut di atas awan.
Pesawat tergantung antara tiga negara.

Seminggu yang lalu.
Agensi2 berita luar mula membuat cerita.
Kononnya pilot kedua seorang playboy.
Senang2 bawa perempuan ke cockpit.
Lepas tu ada penumpang menggunakan pasport palsu.
Yang boleh dibeli di Thailand.
Lepas itu kata ada penumpang yang tidak naik pesawat.
Lepas itu kata ada pramugari yang tidak hadir bertugas.
Pening kepala aku.


Selepas seminggu.
Ada pula cerita baru.
Pesawat sengaja mematikan sistem radar.
Pesawat sengaja menukar arah penerbangan.
Pesawat mungkin telah ditawan.
Pesawat telah mendarat dilokasi rahsia.
Pilot mungkin telah berpaling tadah.
Ini bukan lagi spekulasi.
Ini hasil sidang media terbaru Perdana Menteri.
Macam aku kata tadi.
Tidak guna membuat sidang media.
Jika hasilnya memberi lebih persoalan.
Jika hasilnya lebih memeningkan kepala.
Patutlah ahli keluarga di negara China marah2.
Mereka semakin keliru dan tertekan.


Dan ini yang terkini.
Ianya menjurus kepada permusuhan politik lama.
Anwar Ibrahim akhirnya dikaitkan dengan kemelut ini.
Aku macam dah agak dah.
Apa2 yang terjadi di Malaysia ini.
Anwar Ibrahimlah puncanya.

Bersambung.





3 ulasan:

  1. Saya suka baca speku, tapi saya akan baca sambil tersenyum kerana speku itu adalah kisah dongeng ciptaan penulisnya. Tapi saya tak sanggup baca berita di akhbar sebab pasti sakit dada menahan sebak.

    BalasPadam
  2. spekulasi yang terakhir inilah yang paling kelakar...apa2 pun anwar lah yang bersalah....haha

    BalasPadam
  3. biarlah saya mendoakan mereka dari kejauhan dan kesenyapan ini
    tak larat ngan mcm2 teori ni
    saya serahkan pada yang pakar
    saya doakan semoga dipermudahkan, insya Allah!

    BalasPadam