Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mac 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang gadis berusia 21 tahun.
Datang ke klinik ditemani tunangnya.
" Saya nak inject Placenta. "
Itu chief complaint nya.
Terkejut beruk aku.
" Tahu apa itu placenta? "
" Tahu kenapa nak inject placenta? "
" Tahu placenta itu datang dari mana? "
" Tahu placenta itu halal ke haram? "
Semua dia bantai entah untuk soalan2 aku.
" Tunang saya yang suruh inject. "
Lalu aku panggil tunangnya.
Aku tanya soalan yang sama.
" Ini kakak saya punya. "
" Dia beli kat internet. "
" Katanya untuk kecantikan. "
" Halal ke haram saya tak pasti. "
Lalu aku sekolahkan mereka sekejap.
Kalau nak sangat inject untuk cantik,
Ambillah Vitamin C dulu.
Selamat walaupun kerajaan tak lulus.
Placenta ni untuk mereka yang gila nak awet muda.
Sesuai untuk orang yang dah berusia.
Bukannya yang baru 21 tahun.
Placenta ni datang daripada kambing biri2.
Yang datang daripada manusia pun ada.
Sebab itu aku rasa macam tak sesuai untuk orang Islam.
Halalnya diragukan.
Lagipun kerajaan tak pernah luluskan.
" Kakak saya kata ini Vitamin C jenama placenta. "
" Mahal ni saya beli."
Aku tak kira kau beli mahal ke murah.
Tapi aku tak nak bersubahat.
Kau pergi cari klinik lain.
Cari doktor lain untuk tolong inject.
Takpun suruh kakak kau inject kan.

Zaman sekarang.
Budaya ikut-ikutan.
Terlalu percaya semua yang ada di internet.

Salam hari Isnin kawan2.
Di area sini patutnya ada catuan air bermula hari ini.
Tetapi semalam hujan turun seharian.
Alhamdulilah.
Doa warga Johor dimakbulkan.
Allah itu Maha Adil lagi Mengasihani.
Takbir!


10 ulasan:

  1. ok.. ingat placenta untuk minum2 jaa... untuk injet2 pon ade eyhh... tapi klu di jual kat internet kenapa nak suruh dr yang injet kan..?!... hehhehe...

    -- bersyukur lah dengan anugerah yang Allah beri --

    BalasPadam
  2. La hai...kesiannya budak perempuan tu. Jahil dan dikemudikan oleh yang jahil juga. Semoga mereka terbangkit bila bertemu dengan Doc tu...

    BalasPadam
  3. 21 tahun?
    muda lagi kan!
    lain la saya yg dah tua
    itupun tak terfikir nak buat camtu

    BalasPadam
  4. Salam doct,

    Masa saya bersalin di salah sebuah hospital di pretoria east rsa,husband and sy dah tandatangan satu surat megatakan yg lepas i bersalin kami nak palcenta tu bawa balik ke rumah.sbb kita orang2 islam kena ambil benda tu dan tanam..lepas habis procuder,mereka ambil placenta tu and diorng kata nak tlg simpankan...masa hari ke 3,sebab kami ada kes dgn baby so hsband mmg bz focus 100percent pada baby,hari ke 3 baru ktorng nak ambil placenta and bawa balik,mereka ckp placenta dah xda..diorng dah buang..sebab oversea punya style mmg mcmtu.diorng tak simpan rasanya..tapi ada desas desus mengatakan yg merek ni ambil placenta utk buat ubat.macam injection awet muda ni la..so,kami terpaksa pasrah..balik dengan hati yg hampa..:(

    BalasPadam
  5. pernah sorang datang kat saya
    bawak traxenamic acid satu ampoule..
    nak cucuk..
    nak putihkan kulit..

    gilaaa....
    iv Tren yang selalu saya guna adalah di ICU , post surgery patient..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same thing happened to me last week. Sedih sebab tukang jual datang dari kalangan kakitangan perubatan berdaftar..

      Padam
  6. dia tahu tak placenta tu apa?!

    BalasPadam

  7. Selain patient dtg mintak cucuk IV Vit C /collagen,ada juga budak2 lelaki yg baru belajar angkat besi,bawak testosterone suruh saya cucuk..hahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada mak nyah.
      Datang suruh cucuk hormon.
      Progesterone kalau tak silap.
      Beli dengan kawan katanya.
      Berani betul mereka.

      Padam