Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mac 2014

Aku dan Reunion di TGIF Seri Hartamas


Jumaat Malam Sabtu.
Agenda utama aku ke Kuala Lumpur.
Menghadiri perjumpaan semula.
Kawan2 lama masa di UM.
Kawan2 lama masa duduk di Pantai Dalam.
Kawan2 lama masa zaman jahiliyah.


Lokasinya Dr Jemie yang pilih.
TGIF Seri Hartamas.
Mungkin sebab kat Johor Bahru takda TGIF.
Mungkin sebab kat Johor Bahru takda steak berharga 50 ringgit.


Cepat sungguh masa berlalu.
Dr Jemie dah jadi Pakar ENT di Selayang.
Dr Neil dah jadi Pakar Colorectal di Alor Setar.
Dr Ezanee dah jadi Pakar Mata di Johor Bahru.
Manakala Samsul dah jadi Pakar Kualiti Air.
Tapi bila berjumpa dan bersembang.
Semuanya jadi budak2 masa zaman belajar dulu.


Dunia seolah2 terhenti.
Masa seolah2 kembali pada zaman belajar dulu.
Hidup bebas tanpa banyak tanggungjawab.
Hidup bebas tanpa banyak tanggungan.
Hidup bebas tanpa banyak hutang.
Walaupun masa itu duit takda,
hidup memang senang dan mudah.


Ini kali pertama aku ke TGIF.
Ada yang kata tiada sijil halal.
Ada yang kata makanan di sini campur dengan alkohol.
Ada yang kata TGIF menyokong Israel.
Entahlah.
Tepuk dada tanya selera.
Warna dalam restoran ini macam Pizza Hut.
Dekorasinya memang bercirikan Amerika.
Tapi suasananya agak bising.
Ada muzik juga ada televisyen dipasangkan.
Layanannya boleh tahan.
Makanannya pun boleh tahan sedap.
Tapi kalau sepotong steak dah 50 ringgit,
memang tak boleh selalulah datang ke sini.


Lama juga kami bersembang.
Rasanya kamilah orang terakhir keluar daripada restoran.
Terima kasih kepada jurupandu.
Terima kasih kepada tukang bayar.
Giliranku akan tiba bila ada reunion di JB nanti.

Bersambung.




2 ulasan:

  1. Tak pernah ke TGIF juga.... Tapi keinginan tu ada...

    BalasPadam
  2. TGIF JB ada kat wisma JOTIC, Jalan Ayer Molek..

    BalasPadam