Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Mac 2014

Aku dan Thistle Port Dickson

Pada suatu hari.
Wife aku bercuti.
Anak2pun bercuti jugak.
Tapi aku kena kerja macam biasa.
Lalu aku mendapat perkhabaran.
Daripada akauntan bertauliah aku.
Audit tahun lepas dah hampir siap.
Income tax tahun lepas naik lagi.
Bersedia untuk bayar lebih.
Itu pesanannya.


Lalu aku jadi sangat malas.
Nak duduk merawat pesakit diklinik.
Jadi aku mengeluarkan arahan.
Esok semua pekerja isi borang cuti.
Aku suruh anak2 kemas beg.
Doktor nak pergi bercuti.
Doktor nak pergi release tension.


Tengahari hari Khamis.
Aku dah sampai di Port Dickson.
Last minute punya planning.
Bila last minute,
aku tak dapat hotel yang aku hajatkan.
Grand Lexis dah fully booked.
Avillion mahal sangat.
Jadi aku ambil hotel yang ini.
Thistle Port Dickson.


Khabarnya hotel ini 4 bintang.
Suasananya lebih kurang macam Le Grandeur Senai.
Pintu masuknya, ruang legarnya.
Tapi lebih besar dan menarik.
Aku suka registration counternya.
Tak perlu berdiri lama2 untuk mendaftar.
Ada kerusi disediakan.


Aku ambil bilik Superior.
Ada dua katil single dan satu day bed ditepi tingkap.
Cukup untuk 5 orang sekeluarga.
Juga ada balkoni menghadap kolam renang/pantai.
Aku kena tambah 100 ringgit untuk dapat view ini.


Hotel ini memang sesuai untuk percutian keluarga.
Segala2nya serba lengkap.
Ada kolam dengan pelbagai kedalaman.
Ada kolam/slide untuk kanak2.
Ada kolam infiniti.
Ada juga pantai kalau teringin nak terjun ke laut.


Hotel ini sangat bersih.
Semuanya kelihatan baru.
Warna2 tanah digunakan di sana-sini.
Sangat sesuai dengan jiwa/naluriku.
Banyak juga kemudahan2 lain.
Anak2 sempat main interactive games guna Wii console.
Aku pun ikut sama juga.
Tennis, baseball, bowling juga boxing.
Semuanya depan tv sahaja.


Aku juga sempat masuk ke kolam renang.
Jalan2 tepi pantai pun aku buat jugak.
Semuanya membuatkan aku lupa sekejap.
Pada hal2 dunia yang tak berkesudahan.
Aku hanya nak keluargaku.
Aku hanya nak anak2ku.
Aku hanya nak isteriku.
Yang lain2 tak penting di sini.


Aku suka tilamnya.
Tebal dan lembut.
Begitu juga dengan aircondnya.
Sangat senyap tetapi sejuk gila.
Tekanan air pun kuat.
Walaupun aku tak nampak nyamuk,
Setiap bilik disediakan dengan ubat nyamuk karan.


Beberapa perkara kecil.
Saluran tv adalah terhad.
Tiada movie channel.
WiFi percuma disediakan tetapi tenggelam timbul.
Pakej aku ambil tak disertakan sarapan pagi.
Jadi kena cari breakfast diluar.
Sekeluarga tak sampai 20 ringgit.
Padaku itu lebih berbaloi.
Daripada bersarapan dihotel 40 ringgit++ seorang. 


Ini percutianku yang paling pendek setakat ini.
Tapi sempat juga aku baca bacaan terbaruku.
Duduk dibalkoni sambil minum kopi.
Sambil ditemani suara kanak2 dikolam.


Rasanya kalau aku bukan doktor,
aku boleh jadi Serial Killer.
Bunuh orang macam bunuh nyamuk.
Langsung tanpa perasaan bersalah.

Tengahari hari Jumaat.
Aku meninggalkan Port Dickson.
Aku nak singgah Melaka.
Sekejap betul percutian kali ini.

Bersambung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan