Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mac 2014

Aku dan Throwback Kuala Lumpur


Sepanjang aku berada di Kuala Lumpur,
aku hanya duduk dibilik sahaja.
Tapi bila kawan aku datang jemput,
barulah aku berani keluar berjalan-jalan.

Tengahari hari Jumaat.
Aku bersembahyang Jumaat di Masjid Wilayah.
Sebelum sembahyang,
aku pergi lunch Nasi Briyani dulu.
Makan bersila atas tikar.
Disekitar Masjid Wilayah,
ada bazar jualan setiap hari Jumaat.
Macam2 barang orang berniaga.
Dan Nasi Briyanilah antara tarikan utamanya.

Masjid Wilayah sangat luas.
Suasana didalamnya senyap dan sejuk.
Sungguh selesa untuk beribadat.
Juga sungguh selesa untuk tidur ditengahari.
Selepas sembahyang,
kawan aku ajak cari cendol pulak.
Untung duduk Kuala Lumpur.
Semuanya ada.
   

Malam hari Jumaat.
Selepas reunion di TGIF,
aku ke Taman Desa Minang.
Menziarah Dr Samril dirumah emak mertuanya.
Aku sambung sembang lagi sampai tengah malam.
Maklumlah dah beberapa tahun tak jumpa. 
Mana boleh habis bercerita?

Selepas tengah malam hari Sabtu.
kawan aku bawa aku ronda2 satu Kuala Lumpur.
Aku ke KFC Jalan Raja Laut.
KFC pertama aku belajar makan ayam tanpa nasi.
Lepas tu singgah ke Dataran Merdeka.
Tempat aku mencuci mata pada malam minggu.
Lepas tu aku lalu di Pantai Dalam.
Melihat kawasan perumahan aku menyewa dulu.
Sangat2 berbeza.
banding 20 tahun dulu.
  

Pagi hari Sabtu.
Kawan aku datang lagi.
Dia bawa aku shopping di Plaza Low Yat.
Tempat lelaki2 macho membeli-belah.
Tempat lelaki2 macho mudah tenggelam dialam nyata.
Barang2 elektronik dan gajet2 disini cukup menggoda.
Tak payah letak perempuan cantik2 untuk menarik perhatian.
Tak payah letak perempuan baju ketat untuk melaris jualan.
Tak payah letak perempuan make up tebal2.
Letak mamat Bangla busuk sekalipun,
memang laku barang yang dijual.

Bersambung.


1 ulasan:

  1. alhamdulillah ada kawan2 ramai kat KL yang rajin melayan!

    BalasPadam