Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mac 2014

Aku di Hilton Kuala Lumpur


Hilton Kuala Lumpur.
Terletak disebelah KL Sentral.
Tahap 5 Bintang.
Aku tak jumpa orang pakai selipar di sini.
Aku tak jumpa orang pakai t-shirt di sini.
Kecuali aku.
Di kawasan lobi penuh dengan orang2 korporat.
Di kawasan lobi penuh dengan orang hebat2.
Lelakinya sentiasa berkemeja dan berkot.
Perempuannya berpakaian formal.
Kecuali aku.
Rasanya aku tak cukup layak berada di sini.


Aku suka suasana dibiliknya.
Biliknya kemas dan sangat lengkap.
Tilamnya tebal, 
bantalnya lembut.
Aircondnya senyap.
Bilik airnya sangat luas.
Tekanan airnya kuat.
Nak berendam dalam bath tub pun boleh.
Air panasnya boleh dikawal suhunya.


TVnya lekat didinding.
Pilihan channel pelbagai.
Ada kartun,
ada berita,
ada movie,
ada bola sepak,
ada rencana.
Pilih sahaja.


Peralatan untuk buat kopi disediakan secukupnya.
Air mineral ada yang disediakan percuma.
Air mineral yang sebotol 30 ringgit pun ada.
Dalam fridge penuh dengan air tin.
Yang tak mabuk.
Yang nak mabuk pun ada.
Harga jangan tanyalah.
Tak tercapai dek akal.


Kebanyakan masa aku duduk dibilik.
Bercuti seorang diri cukup menyenangkan.
Duduk ditepi tingkap sambil tengok pemandangan.
Duduk ditepi tingkap tanpa buat apa2.
Tiada anak2 mengganggu.
Tiada isteri mengganggu.
Enjoying the quiet moment keseorangan.


Memang ini antara tujuanku ikut kawanku.
Lari sekejap daripada masalah2 dan rutin biasa.
Aku tak nak fikir tentang kerja.
Aku tak nak fikir tentang klinik.
Aku tak nak fikir tentang pesakit.
Aku hanya nak melapangkan fikiran.

Bersambung.



1 ulasan:

  1. Memang ada masanya kita perlu berseorangan....

    Nice hotel, berbaloi dengan harganya...

    BalasPadam