Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Mac 2014

Aku ke Kuala Lumpur


Petang Khamis 6 Mac.
Sepatutnya aku masih berada diklinik.
Tetapi aku dah sampai di Senai Airport.
Kononnya ada conference di Kuala Lumpur.
Tetapi sebenarnya adalah A Paid Vacation.
Bilik hotel kawan tanggung.
Makan minum kawan tanggung.
Tiket kapalterbang wife tanggung.
Aku hanya enjoy the moment.


Rasanya ini kali pertama aku naik penerbangan MAS.
Tiket pergi balik beza 150 ringgit banding Air Asia.
Jadi boleh bayangkan perbezaan layanannya.
Aku naik MAS sebab nak samakan dengan tiket kawan aku.
Juga aku nak terus direct ke KL Central,
leceh kalau turun di LCCT.
Kena cari bas ataupun ambil teksi.
Penerbangan menggunakan MAS jauh lebih selesa.
Kapalterbang yang aku naiki agak baru.
Aku dapat duduk depan pintu kecemasan.
Sangat selesa.
Tapi kalau apa2 berlaku,
pramugari suruh aku tolong bukak pintu.
Penerbangan ke Kuala Lumpur sangat selesa.
Tak banyak harassment daripada pramugari.
Tak seperti dalam Air Asia.
Pramugari asyik berulang-alik sorong troli.
Setiap tempat duduk ada monitor sendiri.
Boleh pilih dan tengok movie kalau nak.
Boleh pilih dan tengok kartun kalau nak.
Boleh juga monitor penerbangan secara live.


Aku tiba di KLIA kira2 jam 9.20 malam.
Ini pertama kali aku sampai di KLIA.
Kalau aku rasa Changi Airport itu sangat cantik,
KLIA pun apa kurangnya?
Luas, bersih dan tenteram.
Kalau aku rasa Changi Airport tu dah maju,
Kuala Lumpur International Airport pun apa kurangnya.
Turun daripada kapalterbang,
jauhnya kena berjalan.
Luas sungguh KLIA ni rupanya.
Aku terus mencari kaunter tiket KLIA Ekspres.
35 ringgit untuk perjalanan 20 minit.
KLIA ke KL Central.
Berbaloi atau tidak?


Ini juga kali pertama aku naik KLIA Ekspres.
Kagum.
Pantas dan effisien.
Sekejap aje dah sampai di KL Central.
Tak terasa jauhnya.
Sebab train tak berhenti kat mana2 stesen.
Keluar daripada KL Central,
aku terus menuju ke hotel.
Jalan kaki aje ke Hilton Kuala Lumpur.


Pukul 10.30 malam.
Aku selamat tiba dibilikku.
Urusan check in dibuat oleh kawanku.
Dapat bilik di Tingkat 18.
Hebat kelengkapan biliknya.
Cantik pemandangannya.


Ini conference yang aku patut hadiri.
Kongres untuk pakar2 mata seluruh Malaysia.
Tapi hanya kawan aku yang pergi.
Bukan level General Practitioner seperti aku.
Jadi kawan aku pergi conference,
aku pergi buat aktiviti2 lain.
Tak buat apa2 pun sebenarnya.
Duduk bilik sambil memandang tingkap.
Inilah percutianku kali ini.
Tanpa anak.
Tanpa isteri.
Tanpa kenderaan.

Bersambung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan