Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Mac 2014

Aku ke Superheroes Art Gallery

Kalau aku ke Melaka,
aku mesti ke Dataran Pahlawan.
Window shopping.
Tempat favorite aku,
Kedai menjual pakaian Marvel Superheroes.
Tiga kali aku masuk kedai,
tiga kali aku berkenan dengan jaket Ironman.
Sangat sesuai dipakai bila bermotosikal .
Akhirnya,
Selepas memecah tabung ayamku,
aku berjaya memilikinya.
Terkejut jugak mamat kedai tu bila aku kata,
aku nak membelinya.
Dah jadi rezeki aku dan anak2.
Kami dapat pula pas percuma.
Masuk ke Galeri Adiwira di Jonker Street.
Pameran gambar2 3D.


Seperti semua orang sedia maklum.
Aku memang fanatik dengan Superheroes.
Peluang seperti ini takkan aku lepaskan.
Walaupun jalan sekitar Jonker Street dah jem petang itu,
aku redah juga.
Aku parking di bangunan sebelah Hard Rock Cafe.
Mak oii! Sepuluh ringgit.


Ini tempatnya.
Betul2 ditengah kawasan Jonker Street.
Disebelah bawah menjual barangan.
Disebelah atas kedai itulah galerinya.
Rasanya baru bukak kot.
Sebab takda orang yang ada disitu masa aku sampai.


Kalau takda pas percuma,
kena beli tiket untuk masuk.
Berbaloi ke tidak,
terpulang kepada diri masing2.
Dewasa 10 ringgit.
Kanak-kanak 5 ringgit.


Sebenarnya ada lebih kurang 10 sahaja bahan pameran.
Lukisan dan arca dipersembah dalam bentuk 3D.
Jadi apa lagi,
kita boleh masuk dalam gambar itu sekali.
Semua gambar2 berkait dengan Superheroes.
Ada Hulk mengayuh beca.
Ada Hulk dibalik pintu tandas.
Ada Hulk kena curi seluar.
Ada Hulk keluar daripada tembok.
Gila punya kreatif.


Anak2 aku bukan pelakon.
Jadi gambarnya semua kaku sahaja.


Bilalah aku nak tinggi ni?
Mungkin itu keluhan anak bungsuku.
Hari2 bergayut,
Hari2 makan kacang panjang,
Hari2 makan vitamin kalsium.
Masih tak tinggi2 jugak.


Pintu ini sangat kreatif.
Ada Hulk disebalik pintu tersebut.


Arca Ironman War Machine.
Kalau ada jual,
Aku nak beli satu.


Hulk kehilangan seluar.


Thor kehilangan tukul.


Dan aku teringin nak jadi Wolverine.

Petang hari Jumaat.
Aku terus balik ke JB.
Dah tak singgah kemana2 dah.
Pagi Sabtu aku kena kerja.
Petang Sabtu kena hantar anak balik asrama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan