Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Aku dan National Medical Care Survey 2014

23 April 2014. Aku dan staf klinik buat kerja sukarela. Mengumpul data2 daripada pesakit. Untuk tujuan yang murni. Kajian peringkat kebangsaan. National Medical Care Survey 2014.
Ini kali kedua aku terlibat dalam survey sebegini. Kali pertama kira2 5 tahun dulu. Aku siap hadir ke taklimat mereka. Patriotiklah sangat. Survey yang tu susah sikit. Masa tu semua kena buat online. Ramai doktor yang komplen. Terutama doktor2 senior yang buta IT. Juga doktor2 lama yang dah rabun dekat. Yang tak berapa jelas tengok tulisan diskrin komputer.

Untuk kali yang kedua ini. Aku tak hadir ke taklimat perdana. Konon boleh mengelak. Rupa2nya tidak. Beberapa kali mereka telefon klinik.
Untuk kali yang kedua ini. Dokumentasinya mudah sedikit. Hanya isi borang. Tak payah nak masuk data online. Setiap pesakit yang datang pada hari tersebut, aku isikan satu borang. Sedikit biodata. Jenis penyakit. Ubatan yang diberi. Dapat MC ke tidak. Bayar tunai ke panel. Itu sahaja.

Ada juga soalan tambahan. Pasal penya…

Aku dan Wordless Wednesday

"Aku harap kisah cinta aku berakhir begini."



Aku ke Medan Steamboat Dataran Bandaraya

Pada satu malam minggu. Aku jalan2 sampai ke bandaraya Johor Bahru. Jalan-jalan cari makan. Kerana lama tak merasa. Steamboat Pantai Lido.
Sebelum Pantai Lido bertukar nama jadi Danga Bay, banyak van2 berhenti di tepi pantai. Mereka menjual benda2 yang sama. Berjenis2 tauhu, sayuran juga makanan laut. Dicucuk dengan lidi. Dicelur dalam sup. Lalu dicicah dengan sambal kacang. Ramai peminatnya.

Bila Pantai Lido mula ditambak. Ia kehilangan identitinya. Pantai Lido pun dah tak wujud. Jadi van2 menjual steamboat terpaksa dipindahkan.  Namun lokasi barunya senang dicari. Di tempat parkir kereta. Betul2 disebelah Dataran Bandaraya.

Ada lebih 20 van berniaga setiap malam. Suasananya sangat meriah. Hampir setiap meja dipenuhi pelanggan. Selain menjual steamboat, ada van menjual pelbagai mee/nasi goreng. Ada van menjual bakso. Ada van menjual pelbagai jenis sup. Ada van menjual air minuman sahaja. Pendek kata, macam-macam ada.

Aku mencuba van no 14. Pelbagai jenis tauhu boleh dipilih. Harga a…

Aku ke Vivo Pizza AEON Kulaijaya

Pertama kali ke Vivo Pizza.

Mencuba hidangan kombo.

Percuma Mushroom Soup.

Teriyaki Chicken Chop.

Crispy Chicken Panini.

Dan yang paling sedap, 8" Chicken BBQ Pizza.

Lunch bersama anak2. Yang baru pulang daripada sekolah.

Suasana 8/10. Servis 8/10. Makanan 9/10. Harga 7/10.
*Ada free WiFi yang pantas di sini.

Aku dan Wordless Wednesday

Hebat kisah pakcik ni. Boleh buat filem.

Aku ke Pasar Selasa Pekan Nanas

Pada satu hari Selasa yang lapang. Aku kena jadi driver. Hantar wife ke Pekan Nanas. Untuk menambah koleksi tudung. Untuk mencari tudung kegemaran.

Setiap pagi Selasa. Di sebelah masjid Pekan Nanas. Ada pasar pagi khas untuk wanita. Deretan gerai2 menjual kelengkapan wanita. Semuanya warga melayu islam yang berniaga.

Pasar pagi ini rasanya baru diperkenal. Sebab tak ramai sangat lagi pengunjungnya. Hampir 80% pengunjung adalah wanita. Hampir 100% adalah barangan wanita. Mungkin juga sebab ianya hari bekerja. Jadi tak ramai yang ada kelapangan. Kecuali orang2 yang bukan kerja kerajaan. Seperti aku.

Bila pengunjung tak ramai, Senang nak memilih. Penjual pun memberi sepenuh perhatian. Taklah action sangat mereka.

Penjual tudunglah yang paling ramai di sini.
Macam2 fesyen. Macam2 warna. Macam2 jenis kain. Harga pun sangat berpatutan. Kalaulah MawarFizo datang ke sini. Mungkin habis dicarutnya penjual2 tudung di sini.
Selepas penat menunggu wife membuat pilihan, aku pergi bersarapan di ge…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Jam sekitar 9.30 malam.
Salah seorang pesakit biasaku datang ke klinik.
Suami, isteri dan 4 orang anak.
Aku memang dah kenal sangat dengan mereka.
Kalau ke klinik memang datang sekeluarga.
Tapi kali ini ceritanya lain sikit.
Ini kisah anak sulung mereka.
Umurnya 12 tahun.
Mengadu dilempang oleh ustaznya petang tadi.
Atas tuduhan 'pegang motosikal ustaz'.
Emak bapaknya nampak sangat tak puashati.
Beriya2 nak pergi buat repot polis.
Beriya2 nak kenakan ustaz tersebut.
Beriya2 nak suruh ustaz tersebut dipindahkan sekolah.

Aku cuba menyabarkan mereka.
Mungkin betul ustaz itu yang salah.
Melempang anaknya atas alasan tak munasabah.
Tetapi.
Dapatkanlah penjelasan sebelah pihak lagi.
Jumpa ustaz tersebut.
Bertanya apa masalahnya.
Bukan hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Aku tak kata anak dia betul.
Aku tak kata anaknya macam malaikat.
Tetapi cerita anak mungkin tak semuanya benar.

Membuat laporan polis biarlah pilihan terakhir.
Banyak lagi pilihan yang ada.
Jumpa ustaz tersebut.

Aku Ada Kasut Baru

Tidak seperti orang perempuan, Aku jarang beli kasut baru. Biasanya sepasang kasut aku beli, boleh bertahan 2-3 tahun. Selagi boleh dipakai, kasut itulah yang aku pakai ke sana-sini. Hari bekerja, hari bersantai, hari menunggang motosikal, kasut kanvas yang sama aku lanyak.
Kira2 5 tahun dulu. Aku pernah beli sepasang kasut. Ada potongan 70% di AEON Taman U. Harga selepas 'potongan' tinggal 70 ringgit. Kasutnya memang cantik. Tetapi tak sampai seminggu, tapaknya dah terkopak. Masa tu aku jarang simpan resit. Jadi susah sikit nak claim balik.
Dua minggu lepas aku berjalan2 di AEON depan klinik. Lalu aku terpadang ada jualan murah didepan AEON Stores. Kasut jenama DrCardin. Potongan 50%. Walaupun ada 'potongan' setengah harga, harganya masih seratus lebih. Adik yang jaga booth tu anak murid wife aku. Lalu aku pun terbeli sepasang kasut kulit. Dah lama aku tak beli kasut kulit. Terasa nak pakai kasut kulit masa diklinik.
Malangnya. Tak sampai pun 3 hari, kasut berharga s…

Aku dan Sebulan Sudah Berlalu

Seperti ramai sedia maklum,
dah hampir sebulan aku privatekan blog ini.
Dan kalau anda dapat baca blog ini,
bermakna aku dah bersedia untuk berkongsi kembali.
Cerita2 dan kisah2 kehidupanku semula.
Banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan ini.
Semuanya peribadi untuk dikongsi di sini.
Tetapi dalam sebulan ini,
jiwaku agak tenteram.
Tiada email.
Tiada soalan2.
Tiada nota2.
Tiada salah anggapan.
Malah masih tiada jawapan.
Kenapa aku boleh jadi begini.

Seminggu dua ini aku sibuk dengan urusan income tax.
Akauntan aku masih yang sama.
Akauntan aku masih macam dulu.
Tiada boleh cilok.
Lurus bendul.
Jadinya.
Bila pendapatan bertambah,
income tax pun bertambah.
Walaupun kos overhead bertambah,
gaji staf bertambah,
ubatan makin naik harga,
income tax tetap juga bertambah.
Nak buat camna?
Dah begitu undang2nya.

Walaupun aku tak seperti dulu.
Aku masih passion dengan kerjayaku.
Aku masih minat dengan kerjayaku.
Merawat orang sakit.
Berjumpa dengan ramai orang.
Mendengar masalah2 orang.
Cuba meny…

Aku dan The Journey: End Credit

Lama sungguh tak tengok local movie.
Lama sungguh tak beli movie di AstroFirst.
Sebenarnya dah lama aku nak tengok movie ini.
Khabarnya ini filem no 1 Malaysia di abad ini.
Kutipannya mengalahkan KL Gangster.
Dah cecah puluh juta rasanya.

Aku pernah beli CDnya yang 5 ringgit.
Bila bawa balik rumah,
copy daripada AstroFirst rupanya.
Haram&@%@# punya lanun.
Lepas tu takda sarikata Melayu.
Haram tak faham jalan ceritanya.

Bila aku beli di AstroFirst,
aku bukan sahaja tengok movie ini.
Aku dapat tengok cara pembikinannya.
Itu yang lebih seronok.
Itu yang lebih menyentuh perasaan.
Bagaimana mereka mencari lokasi penggambaran.
Bagaimana mereka memilih pelakon.
Bagaimana susahnya nak terbangkan belon panas buatan sendiri.

Aku sebak tengok cerita ini.
Pelakon2nya semua dah tua2.
Umur mereka ramai yang melebihi 60 tahun.
Muka bukannya pan-Asia.
Semuanya tipikal cina bukit.
Semuanya tipikal cina2 yang kita jumpa hari2.
Tapi walaupun muka cina bukit,
mereka semua penuh pengalaman.
Ada yang p…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 30-an.
Dirujuk ke klinik kerajaan oleh doktor klinik panel.
Ada bengkak/ketumbuhan dilehernya.
Dia dah 4 kali berulang alik ke hospital.
Ambil darah setiap kali ada temujanji.
Tetapi sampai sekarang tak tahu apa penyakitnya.
Kini dia dapat tarikh temujanji baru.
Nak kena buat x-ray katanya.
Hampir pukul satu tengahari dia sampai diklinik aku.
Dah setengah hari tunggu diklinik kerajaan.
Masih tiada keputusan.
Langsung tiada ubat.
Dan tujuannya datang cari aku,
doktor diklinik kerajaan tak nak beri dia MC.
Walaupun daripada 7 pagi dah berada dihospital.
Dia masih tak layak dapat MC.

Aku memang pantang orang datang cari MC.
Aku memang tanya macam2.
Aku memang tak nak senang buat duit.
Biar mereka kata soalan doktor macam inspektor polis.
Biar mereka kata soalan doktor macam peguam pendakwa.
Yang penting aku nak justifikasi pemberian MC aku.

Aku rasa bengkak tu datang daripada kelenjar tiroidnya.
Bukan yang merbahaya.
Bukan yang boleh jadi kanser.
Mungkin lema…

Aku dan Wordless Wednesday

Hebat.