Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2014

Aku Ada Kasut Baru


Tidak seperti orang perempuan,
Aku jarang beli kasut baru.
Biasanya sepasang kasut aku beli,
boleh bertahan 2-3 tahun.
Selagi boleh dipakai,
kasut itulah yang aku pakai ke sana-sini.
Hari bekerja,
hari bersantai,
hari menunggang motosikal,
kasut kanvas yang sama aku lanyak.

Kira2 5 tahun dulu.
Aku pernah beli sepasang kasut.
Ada potongan 70% di AEON Taman U.
Harga selepas 'potongan' tinggal 70 ringgit.
Kasutnya memang cantik.
Tetapi tak sampai seminggu,
tapaknya dah terkopak.
Masa tu aku jarang simpan resit.
Jadi susah sikit nak claim balik.

Dua minggu lepas aku berjalan2 di AEON depan klinik.
Lalu aku terpadang ada jualan murah didepan AEON Stores.
Kasut jenama DrCardin.
Potongan 50%.
Walaupun ada 'potongan' setengah harga,
harganya masih seratus lebih.
Adik yang jaga booth tu anak murid wife aku.
Lalu aku pun terbeli sepasang kasut kulit.
Dah lama aku tak beli kasut kulit.
Terasa nak pakai kasut kulit masa diklinik.

Malangnya.
Tak sampai pun 3 hari,
kasut berharga seratus lebih dah koyak.
Padahal aku belum lanyak lagi.
Hujan pun belum kena.
Nasib baik resitnya aku belum buang.
Aku pun mencuba nasib.
Nak minta tukar yang baru.

Mula2 aku ke kaunter pertanyaan.
Lepas tu aku ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
Mereka langsung tak tengok kasut yang koyak.
Mereka hanya tengok resit yang dah renyuk tu.
Lepas tu mereka suruh aku ke booth.
Adik yang jaga masih orang yang sama.
Tanpa banyak bicara,
aku dapat ganti yang baru.
Bagus betul AEON.
Cuma satu aje masalah.
Saiz dan warna yang aku nak semua takda stok.
Kasut bertukar warna hitam.
Saiz pun lebih satu cm.
Nasiblah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan