Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2014

Aku dan The Journey: End Credit



Lama sungguh tak tengok local movie.
Lama sungguh tak beli movie di AstroFirst.
Sebenarnya dah lama aku nak tengok movie ini.
Khabarnya ini filem no 1 Malaysia di abad ini.
Kutipannya mengalahkan KL Gangster.
Dah cecah puluh juta rasanya.

Aku pernah beli CDnya yang 5 ringgit.
Bila bawa balik rumah,
copy daripada AstroFirst rupanya.
Haram&@%@# punya lanun.
Lepas tu takda sarikata Melayu.
Haram tak faham jalan ceritanya.

Bila aku beli di AstroFirst,
aku bukan sahaja tengok movie ini.
Aku dapat tengok cara pembikinannya.
Itu yang lebih seronok.
Itu yang lebih menyentuh perasaan.
Bagaimana mereka mencari lokasi penggambaran.
Bagaimana mereka memilih pelakon.
Bagaimana susahnya nak terbangkan belon panas buatan sendiri.

Aku sebak tengok cerita ini.
Pelakon2nya semua dah tua2.
Umur mereka ramai yang melebihi 60 tahun.
Muka bukannya pan-Asia.
Semuanya tipikal cina bukit.
Semuanya tipikal cina2 yang kita jumpa hari2.
Tapi walaupun muka cina bukit,
mereka semua penuh pengalaman.
Ada yang pernah mengembara sampai Kanada.
Ada yang pernah tinggal di Jepun.
Ada yang pengetua tadika.
Ada yang pengkaji burung.
Ada yang pengumpul barang2 antik.
Ada yang menjual mee daging lebih 50 tahun.
Dan yang paling sedih,
kisah tuanpunya rumah di Cameron Highlands.
Dia hidup seorang diri.
Hidupnya sangat sepi.
Kedatangan crew penggambaran kerumahnya,
sangat menceriakan kehidupannya.
Dan dia kembali sepi dan menyendiri.
Bila penggambaran dah habis.
Itu yang ditunjukkan dalam dokumentari Journey: Credit End.

Aku sebak mengikuti perjalanan cerita ini.
Seorang tua yang telah kehilangan isterinya.
Hanya punya seorang anak gadis.
Yang dihantarnya ke England untuk belajar.
Kerana dia takut tak boleh membesarkannya.
Bila anaknya balik,
dibawa bersamanya seorang mat salih.
Bakal suaminya.
Demi memenuhi janji dan menyokong adat,
dia merantau satu Malaysia.
Menghantar kad2 jemputan kahwin,
kepada semua rakan2 sekelasnya.

Dia mengembara naik motosikal dengan bakal menantunya.
Pulau Pinang seterusnya ke Johor Bahru.
Bila ketua kelasnya meninggal dunia,
dia cuba menunaikan hajat ketua kelasnya.
Iaitu menerbangkan belon panas disekolah lamanya.

Kemuncak ceritanya ialah majlis makan besar.
Semua kawan2 lamanya datang ke rumahnya.
Dan realitinya,
yang datang adalah saudara-mara kepada para pelakon.
Mereka bukan sahaja bersama2 meraikan pengantin,
mereka meraikan para pelakon yang kali pertama berlakon.

Aku gila taksub dengan movie ini.
Jalan ceritanya sangat simple.
Para pelakonnya semua berwajah Malaysia.
Lokasi penggambarannya pun berwajah Malaysia.
Tiada rumah banglo dalam cerita ini.
Tiada kereta mewah dalam cerita ini.
Tiada ibu mertua bermekap tebal dalam cerita ini.
Tiada stunt terbang2 dalam cerita ini.
Tiada kelibat hantu pocong dalam cerita ini.

Aku berharap kepada pengarah2 Melayu kita.
Cubalah buat filem seperti ini.
Filem yang ada isi.
Filem yang ada hala tuju.
Filem yang berwajah Malaysia.
Filem yang bukan sekadar cari makan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan