Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 April 2014

Aku dan National Medical Care Survey 2014


23 April 2014.
Aku dan staf klinik buat kerja sukarela.
Mengumpul data2 daripada pesakit.
Untuk tujuan yang murni.
Kajian peringkat kebangsaan.
National Medical Care Survey 2014.

Ini kali kedua aku terlibat dalam survey sebegini.
Kali pertama kira2 5 tahun dulu.
Aku siap hadir ke taklimat mereka.
Patriotiklah sangat.
Survey yang tu susah sikit.
Masa tu semua kena buat online.
Ramai doktor yang komplen.
Terutama doktor2 senior yang buta IT.
Juga doktor2 lama yang dah rabun dekat.
Yang tak berapa jelas tengok tulisan diskrin komputer.


Untuk kali yang kedua ini.
Aku tak hadir ke taklimat perdana.
Konon boleh mengelak.
Rupa2nya tidak.
Beberapa kali mereka telefon klinik.

Untuk kali yang kedua ini.
Dokumentasinya mudah sedikit.
Hanya isi borang.
Tak payah nak masuk data online.
Setiap pesakit yang datang pada hari tersebut,
aku isikan satu borang.
Sedikit biodata.
Jenis penyakit.
Ubatan yang diberi.
Dapat MC ke tidak.
Bayar tunai ke panel.
Itu sahaja.


Ada juga soalan tambahan.
Pasal penyakit Asthma.
Juga pasal Depression.
Tapi itu semua soalan kacang.
Boleh tanya lebih kurang kat pesakit.


Sepanjang hari tersebut,
Ada lebih kurang 60 pesakit yang datang ke klinik.
Bermakna ada 60 borang perlu diisi.
Aku bawa borang tu kehulu kehilir.
Konon nak buat bila sempat.
Tapi habuk pun tarak.
Dah dekat seminggu pun tak juga siap.
Takpa.
Dateline dua minggu.


Rasanya.
Aku pun ada masalah tekanan.
Aku ada sedikit simptom kemurungan.
Rasa bosan dan hilang semangat.
Terutama awal pagi bila bangun daripada tidur.
Rasa malas sangat nak buat apa2.
Rasa malas sangat nak pergi kerja.
Rasa malas sangat nak masuk klinik.
Jadi semenjak dua menjak ni,
aku makin lambat masuk klinik.
Duduk rumah bukan buat apa pun.
Termenung tak tentu pasal.

Aku masih mencari semangat baru.
Kawan2 dah ramai yang ke Mekah.
Semalam seorang lagi kawanku pergi.
Satu famili lagi.
Rasanya aku pun perlu ke sana.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan