Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 April 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Jam sekitar 9.30 malam.
Salah seorang pesakit biasaku datang ke klinik.
Suami, isteri dan 4 orang anak.
Aku memang dah kenal sangat dengan mereka.
Kalau ke klinik memang datang sekeluarga.
Tapi kali ini ceritanya lain sikit.
Ini kisah anak sulung mereka.
Umurnya 12 tahun.
Mengadu dilempang oleh ustaznya petang tadi.
Atas tuduhan 'pegang motosikal ustaz'.
Emak bapaknya nampak sangat tak puashati.
Beriya2 nak pergi buat repot polis.
Beriya2 nak kenakan ustaz tersebut.
Beriya2 nak suruh ustaz tersebut dipindahkan sekolah.

Aku cuba menyabarkan mereka.
Mungkin betul ustaz itu yang salah.
Melempang anaknya atas alasan tak munasabah.
Tetapi.
Dapatkanlah penjelasan sebelah pihak lagi.
Jumpa ustaz tersebut.
Bertanya apa masalahnya.
Bukan hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Aku tak kata anak dia betul.
Aku tak kata anaknya macam malaikat.
Tetapi cerita anak mungkin tak semuanya benar.

Membuat laporan polis biarlah pilihan terakhir.
Banyak lagi pilihan yang ada.
Jumpa ustaz tersebut.
Jumpa pengetua.
Boleh bawa berunding.
Boleh bawa berbincang.
Bila dah jadi kes polis,
lebih panjang ceritanya.
Pasti ia takkan berakhir disini.
Pastinya tak habis sampai hujung tahun.
Anak mungkin diblacklist.
Anak mungkin diboikot.
Cikgu2 juga manusia biasa.

Bila aku lihat kecederaannya,
takdalah teruk sangat.
Luka pun takda.
Calar pun takda.
Lebam atau bengkak pun takda.

Kesudahannya.
Terpulanglah.
Aku cuma boleh menasihati.
Zaman dah berubah.
Zaman guru sentiasa betul dah takda.
Zaman sikit2 nak menyaman dah sampai di sini.
Zaman orang tahrim subuh pun nak repot polis.
Zaman tak puashati dengan layanan hospital pun nak repot polis.
Zaman anak kena sentuh dengan guru pun nak repot polis.

Aku teringat zaman aku dulu.
Kena tampar dengan cikgu sebab bising dalam kelas.
Takda nak mengadu pun kat emak.
Kena pukul dengan kayu sebab tak ikut arahan.
3 hari tak boleh tidur terlentang.
Seminggu tak berani nak buka baju.
Takut kawan2 nampak.
Tapi aku dah lama maafkan cikgu2 tersebut.
Kalau tak kerana mereka,
Aku mungkin tak jadi manusia seperti sekarang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan