Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2014

Aku dan Sebulan Sudah Berlalu


Seperti ramai sedia maklum,
dah hampir sebulan aku privatekan blog ini.
Dan kalau anda dapat baca blog ini,
bermakna aku dah bersedia untuk berkongsi kembali.
Cerita2 dan kisah2 kehidupanku semula.
Banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan ini.
Semuanya peribadi untuk dikongsi di sini.
Tetapi dalam sebulan ini,
jiwaku agak tenteram.
Tiada email.
Tiada soalan2.
Tiada nota2.
Tiada salah anggapan.
Malah masih tiada jawapan.
Kenapa aku boleh jadi begini.

Seminggu dua ini aku sibuk dengan urusan income tax.
Akauntan aku masih yang sama.
Akauntan aku masih macam dulu.
Tiada boleh cilok.
Lurus bendul.
Jadinya.
Bila pendapatan bertambah,
income tax pun bertambah.
Walaupun kos overhead bertambah,
gaji staf bertambah,
ubatan makin naik harga,
income tax tetap juga bertambah.
Nak buat camna?
Dah begitu undang2nya.

Walaupun aku tak seperti dulu.
Aku masih passion dengan kerjayaku.
Aku masih minat dengan kerjayaku.
Merawat orang sakit.
Berjumpa dengan ramai orang.
Mendengar masalah2 orang.
Cuba menyelesaikan masalah2 orang.
Cuba mengubati keresahan hati2 orang yang sakit.
Tetapi doktor pun manusia biasa juga.
Tetapi doktor pun insan biasa juga.
Tak dapat lari daripada kelemahan.

Tak susah nak jadi doktor bertauliah.
Tapi tak senang nak jadi doktor yang tulen.
Doktor bertauliah hanyalah diatas kertas sahaja.
MBBS hanyalah sekeping kertas.
Tetapi doktor yang tulen perlukan lebih daripada itu.
Doktor bukan setakat perlukan ilmu.
Doktor perlukan jiwa.
Doktor perlukan sifat2 kedoktoran.
Doktor juga perlukan pengalaman.
Pengalaman yang bukan datang daripada buku yang dibaca.
Pengalaman yang bukan datang daripada kelas tutorial.
Pengalaman yang bukan datang daripada para pengajar.
Tetapi pengalaman yang datang daripada para pesakit.
Pesakitlah yang banyak mengajar doktor sebenarnya.

Ramai yang kata senangnya jadi doktor seperti aku.
Duduk didalam bilik sahaja.
Ada aircond.
Ada internet.
Tak perlu buat ward round.
Tak perlu jalan sana-sini.
Tunggu pesakit datang membawa rezeki.
Tetapi tak ramai yang tahu.
Pesakit yang datang sebenarnya membawa beban masalah.
Ada masalah yang senang nak selesaikan.
Ada masalah yang sukar diselesaikan.
Ada juga masalah yang menjadikan doktor serba-salah.
Itu semua perlukan budi bicara.
Itu semua perlukan pengalaman.
Dan selalunya.
Doktor menjadi mangsa keadaan.
Ditelan tak boleh, diluah pun tak boleh.

Apa itu MC?
Sijil Sakit.
Sijil Sakit bermakna perlukan rehat.
Sama ada tinggal diwad ataupun di rumah.
Tetapi ianya terang-terangan dah disalahgunakan.
Dah banyak sangat contoh aku beri.
Dah malas aku nak cerita.

Apa itu klinik panel?
Kemudahan untuk rawatan kesihatan secara 'percuma'.
Percuma bermakna tak perlu keluarkan wang tunai.
Pihak syarikat atau insurans akan tanggung kos rawatan.
Bila percuma ramailah yang ambil kesempatan.
Bila percuma ramailah yang menyalahgunakan.
Tetapi kenapa disalahgunakan?
Klinik panel jadi tempat memohon Sijil Sakit.
Klinik panel jadi tempat ambil vitamin2 kesihatan.
Klinik panel jadi tempat ambil pil2 perancang keluarga.
Klinik panel jadi tempat ahli keluarga bertandang.

Adatlah.
Manusia tetap manusia.
Walau di mana sahaja tempatnya.
Sebab itu ada pahala dan dosa.
Sebab itu ada syurga dan neraka.

Salam hari minggu kawan-kawan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan