Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mac 2014

Aku dan Selamat Tinggal Kawan-Kawan

Setiap manusia perlu ada hobi.
Hobi untuk mengisi masa yang terluang.
Hobi untuk menyibukkan diri.
Hobi untuk menghilangkan kebosanan.
Hobi untuk merangsang minda berfikir.
Hobi untuk merangsang penghasilan hormon2.

Hobi aku menulis.
Tiada hobi lain.
Aku tak pandai bersukan.
Aku tak pandai bersosial.
Aku tak pandai berkawan.
Juga hidupku sepenuhnya di sini.
Didalam bilik diklinikku.
Semua orang datang berjumpa denganku membawa masalah.
Ada masalah yang mudah.
Ada masalah yang sukar.
Ada masalah yang boleh selesai.
Ada masalah yang tak boleh selesai.
Kalau sehari aku tengok 60 pesakit,
sekurang2nya 10 orang akan memberiku sakit kepala.
Justifikasi pemberian MC.
Justifikasi surat rujukan.
Justifikasi surat sokongan.
Semuanya bukan masalah yang mudah.
Tetapi tak siapa yang faham.
Dilemma menjadi seorang doktor.

Untuk menghilangkan ketensionan.
Untuk menghilangkan kebosanan.
Aku menulis diblog ini.
Aku menulis apa sahaja yang terlintas dikepala.
Aku menulis apa yang berlaku disekelilingku.
Dulu aku menulis untuk diri sendiri.
Tetapi lama-kelamaan,
aku mula menulis untuk bacaan khalayak.
Dulu tak ramai sudi baca blog aku.
Tetapi lama-kelamaan semakin ramailah pulak.
Ini semua bukannya dalam kekuasaan aku.
Aku tak minta untuk popular.
Aku tak minta orang follow blog aku.
Aku tak minta orang tinggalkan komen diblog aku.
Dan dah namanya manusia,
kita perlu berkawan.
Kita perlu berinteraksi.
Tetapi semua ini telah disalahanggap oleh sesetengah pihak.
Ada yang kata aku mengejar glamour.
Ada yang kata aku mula menyimpang.
Ada yang kata aku dah tersasar.

Sebagai jalan penyelesaiannya.
Aku dah padam akaun Instagram aku.
Dan kini aku dah privatekan blog aku.
Dah tiada siapa boleh baca blog aku.

Mungkin pada suatu hari.
Hatiku akan terbuka semula.
Untuk membenarkan khalayak membaca tulisanku semula.
Selamat tinggal kawan-kawan mayaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan