Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 April 2014

Aku ke Medan Steamboat Dataran Bandaraya

Pada satu malam minggu.
Aku jalan2 sampai ke bandaraya Johor Bahru.
Jalan-jalan cari makan.
Kerana lama tak merasa.
Steamboat Pantai Lido.

Sebelum Pantai Lido bertukar nama jadi Danga Bay,
banyak van2 berhenti di tepi pantai.
Mereka menjual benda2 yang sama.
Berjenis2 tauhu, sayuran juga makanan laut.
Dicucuk dengan lidi.
Dicelur dalam sup.
Lalu dicicah dengan sambal kacang.
Ramai peminatnya.


Bila Pantai Lido mula ditambak.
Ia kehilangan identitinya.
Pantai Lido pun dah tak wujud.
Jadi van2 menjual steamboat terpaksa dipindahkan. 
Namun lokasi barunya senang dicari.
Di tempat parkir kereta.
Betul2 disebelah Dataran Bandaraya.


Ada lebih 20 van berniaga setiap malam.
Suasananya sangat meriah.
Hampir setiap meja dipenuhi pelanggan.
Selain menjual steamboat,
ada van menjual pelbagai mee/nasi goreng.
Ada van menjual bakso.
Ada van menjual pelbagai jenis sup.
Ada van menjual air minuman sahaja.
Pendek kata,
macam-macam ada.


Aku mencuba van no 14.
Pelbagai jenis tauhu boleh dipilih.
Harga antara seringgit hingga dua ringgit secucuk.
Pilih punca pilih,
dekat 30 ringgit jugak hasilnya.


Aku lebih suka jenis berkuah.
Yang datang dalam sup.
Cicah pula dengan sos cili.
Cicah dengan sambal kacang kurang menyengat pada tekakku.


Selama 45 minit di sini.
Beberapa kali aku didatangi orang minta derma.
Minta sedekah pun ada.
Menjual kitab2, kismis juga stiker agama.
Nak derma atau tidak,
nak percaya atau tidak,
terpulang pada diri masing2.

Sedang aku duduk makan,
tiba2 suasana jadi riuh-rendah.
Rupa2nya polis trafik sedang naik angin.
Habis kereta2 yang diparkir ditepi jalan disamannya.
Hairan aku.
Tempat parkir kereta dah jadi tempat berniaga.
Jadi kereta terpaksalah parkir ditepi jalan.
Bukannya menghalang lalu lintas pun.

Suasana 6/10.
Makanan 6/10.
Layanan 7/10.
Harga 6/10.

Kepada sesiapa yang tiba dibandaraya JB.
Singgahlah di sini.
Lokasi wajib cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan