Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 April 2014

Aku ke Pasar Selasa Pekan Nanas


Pada satu hari Selasa yang lapang.
Aku kena jadi driver.
Hantar wife ke Pekan Nanas.
Untuk menambah koleksi tudung.
Untuk mencari tudung kegemaran.


Setiap pagi Selasa.
Di sebelah masjid Pekan Nanas.
Ada pasar pagi khas untuk wanita.
Deretan gerai2 menjual kelengkapan wanita.
Semuanya warga melayu islam yang berniaga.


Pasar pagi ini rasanya baru diperkenal.
Sebab tak ramai sangat lagi pengunjungnya.
Hampir 80% pengunjung adalah wanita.
Hampir 100% adalah barangan wanita.
Mungkin juga sebab ianya hari bekerja.
Jadi tak ramai yang ada kelapangan.
Kecuali orang2 yang bukan kerja kerajaan.
Seperti aku.


Bila pengunjung tak ramai,
Senang nak memilih.
Penjual pun memberi sepenuh perhatian.
Taklah action sangat mereka.


Penjual tudunglah yang paling ramai di sini.
Macam2 fesyen.
Macam2 warna.
Macam2 jenis kain.
Harga pun sangat berpatutan.
Kalaulah MawarFizo datang ke sini.
Mungkin habis dicarutnya penjual2 tudung di sini.

Selepas penat menunggu wife membuat pilihan,
aku pergi bersarapan di gerai seberang jalan.
Ada gerai makcik jawa jual Soto dan Nasi Lemak.
Rasa Nasi Lemaknya macam mak mertua aku yang buat.
Soto Nasinya macam emak aku yang buat.
Sedap beb.
Aku tak bohong.

Hari Jumaat nanti.
Aku dah ada appointment.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan