Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Aku dan Isu Minggu Ini

Imej
Minggu ini heboh satu negara.
Coklat yang biasa dimakan tiba2 jadi haram.
Coklat yang ada logo halal JAKIM,
tiba2 ditarikbalik kehalalannya.
Ada mengandungi DNA babi.
Ramai yang terkejut.
Ramai yang marah.
Banyak NGO yang dah buat laporan polis.
Minta tindakan undang2 dikenakan.
Ada yang sampai menangis2 depan tv.
Konon nak saman syarikat coklat.
Malu dengan Tuhan rintihnya.
Nak minta gantirugi.
Nak minta cuci darah.

Sebagai seorang Islam.
Aku rasa sangat malu dengan perangai orang Islam sendiri.
Islam itu jadi sangat susah.
Islam itu kelihatan sangat payah.
Memanglah aku tahu.
Babi itu memang haram dimakan.
Dipegang pun jadi haram.
Bukan setakat babi.
DNA babi pun boleh jadi haram.
Tapi itu kalau kita tahu atau sengaja buat2 tak tahu.
Kalau secara tak sengaja ataupun betul2 tak tahu,
mana nak jatuh haramnya?


Sebagai orang Islam.
Carilah ilmu.
Belajarlah daripada yang alim.
Belajarlah daripada yang berilmu.
Jangan belajar daripada Google ataupun FB.
Mana ada sampai nak kena cuci dara…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Demam Piala Dunia kini kembali...


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pada suatu pagi yang sibuk,
seorang kakak lewat 40-an datang ke klinik.
Dia memang selalu datang jumpa aku.
Pendek kata penyakit2nya ada dalam kepalaku.
Tapi kali ini penyakitnya lain macam sedikit.
Dia membawa anak sulungnya.
Gadis berusia 20 tahun.
Terkena buatan orang.

Anaknya sepatutnya sedang belajar di Segamat.
Belajar kemahiran di sebuah pusat pembelajaran Mara.
Entah kenapa tiba2 dia mahu berhenti belajar.
Selidik punya selidik,
siasat punya siasat,
akhirnya diketahui puncanya.
Dia terkena buatan orang.
Dia sekarang sedang mengandung 6 bulan.

Akibat kehilangan punca,
dan tak tahu nak buat apa,
dia hanya mengurung anaknya didalam rumah.
Anaknya dilarang keluar rumah.
Malah dilarang untuk berjumpa dengan sesiapapun.
Dan entah apa mimpinya,
hari ini dia datang berjumpa denganku.
Meminta tolong selesaikan masalah.
Seboleh2nya.
Dia tak mahu sesiapa tahu pasal anak2nya.
Dia tak mahu melibatkan saudara-mara yang lain.
Dia juga tak mahu anaknya dikahwinkan pada usia muda.
Dia juga ta…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
"Happy Belated Nurses Day"

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang warga Nepal.
Usia 26 tahun.
Dah bekerja di Malaysia selama setahun setengah.
Tapi langsung tak tahu berbahasa Malaysia.
Kali pertama datang ke klinik,
dia dibawa oleh pekerja lain.
Orang Melayu yang hanya berbahasa melayu.
10 minit cuba berkomunikasi,
tapi aku langsung tak tahu apa masalahnya.
Jadi hari ini aku suruh dia datang semula.
Dia bawa kawan sebiliknya.
Dia jadi jurubahasa aku.

Kira2 sebulan yang lalu.
Dia pengsan di kilang.
Lalu dia dibawa ke hospital kerajaan daerah.
Tapi kemudiannya dirujuk ke hospital besar di JB.
Dia duduk diwad selama seminggu.
Selepas seminggu dia dibenarkan balik.
Banyak kali aku tanya.
Tapi dia kata,
tiada apa2 surat daripada doktor hospital.
Tiada apa2 follow up.
malah tiada ubat dibekalkan.

Selepas keluar wad,
dia masih tak sihat.
Pergi ke cawangan klinik panel yang lain.
Pun dia kata takda ubat.

Dah 3 hari dia tak bekerja.
Sentiasa sakit kepala dan pening.
Rasa kepala tak seimbang.
Selalu muntah selepas makan.
Tangan pun sering menggigil.

Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Kisah Benar No 1:

Kisah Benar No 2:

Seorang wanita awal 30-an.
Bekerja sebagai kerani di Majlis Perbandaran.
Suaminya seorang posmen.
Punya anak 2 orang.
Yang sulung dalam darjah 3.
Yang bungsu berusia 5 tahun.

Berikut adalah transkripsi percakapannya.
"Doktor, saya takda sakit apa2.
Tapi esok dan lusa saya kena ke Melaka.
Ada kursus pengucapan awam.
Masalahnya,
sekarang musim hujan.
Suami saya selalu balik lambat.
Anak sulung saya ada peperiksaan penggal.
Jadi saya nak MC dua hari.
Saya tak nak ke Melaka.
Anak saya nak ambil peperiksaan.
Takda sapa nak tengok2kan anak saya.
Itulah sahaja masalah saya."

Kisah Benar No 3:

Seorang wanita awal 30-an.
Seorang guru sekolah rendah.
Anak perempuannya berusia 5 tahun.
3 hari lepas anaknya jatuh disekolah.
Ada luka sepanjang 2 cm dikepalanya.
Lukanya telah dijahit oleh doktor dihospital kerajaan.
Anaknya sangat normal.
Langsung tiada mengadu apa2.
Lukanya pun hampir sembuh.
Tetapi beliau beriya2 sangat.
Minta saya tulis surat rujuka…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Antara sebab kenapa aku anti dengan jiran aku.

Aku Belum Gila BerSelfie

Imej
Mungkin dah jadi trend sekarang. Semua orang asyik nak bergambar. Pantang ada masa free, mesti nak tangkap gambar. Gambar diri sendiri terutamanya. Lepas tu update dalam FB. Update dalam Twitter. Update dalam Instagram.

Anak2 aku memang dah lama gila berselfie. Kadang2 aku sound jugak. Apalah faedahnya. Minggu lepas aku balik kampung. Anak sedara aku ada berniaga online. Dia jual monopod. Guna untuk berselfie. Boleh dipanjangkan lebih semeter. Memang lagi mudah nak ambik gambar sendiri.

Aku belum gila nak berselfie. Aku memang tak suka ambik gambar sendiri. Aku tahu aku bukannya handsome sangat pun. Ada orang buat kajian tentang aktiviti berselfie ni. Orang yang suka sangat ambil gambar sendiri, lebih berisiko untuk kena penyakit mental.

Tapi bila PM kita pun berselfie dengan Barrack Obama. Aku dah mula jadi kemaruk. Dulu iPhone aku penuh gambar pemandangan. Dulu iPhone aku penuh gambar makanan. Tapi sekarang, dah mula penuh dengan gambar diri sendiri.

Selamat berselfie kawan2.


Aku dan Family Reunion

Imej
1 Mei 2014 yang lepas.
Aku ambil cuti panjang sikit. Dah 2 bulan takda cuti am. Hari2 kena fikir pasal kerja. Hari2 kena fikir pasal klinik dan pesakit. Jadi sempena cuti Hari Buruh. Aku pun jadi buruh jugak.
Dah 2 hari adik aku yang tinggal di Labuan balik semenanjung. Dia cuti lagi panjang. 2 bulan. Untung kerja atas laut. Cutinya panjang2. Gajinya pun lumayan. Kenapalah aku tak minat nak kerja macam dia?

Bila dia balik semenanjung,
dia memang tak lekat kat rumah.
Memang nak berjalan sahaja.
Dialah yang mencadangkan. Buat Famili Reunion. Dia juga yang sponsor. 3 bilik besar di Lotus Desaru.
Petang hari Khamis 1 Mei. Lotus Desaru penuh sesak. Semua bilik rasanya fully booked. Nak parking susah. Nak check in lambat. Tapi apakan daya. Ikutkan sahaja.

Famili aku tak besar mana rupanya.
Adik beradik aku 5 orang sahaja.
Tinggal yang bungsu yang masih bersekolah.
Kakak aku hanya ada 2 orang anak. Adik2 aku masing2 ada seorang anak sahaja. Anak bungsu aku tak dapat nak join.
Dia lebih suka …