Langkau ke kandungan utama

Aku dan Family Reunion


1 Mei 2014 yang lepas.
Aku ambil cuti panjang sikit.
Dah 2 bulan takda cuti am.
Hari2 kena fikir pasal kerja.
Hari2 kena fikir pasal klinik dan pesakit.
Jadi sempena cuti Hari Buruh.
Aku pun jadi buruh jugak.

Dah 2 hari adik aku yang tinggal di Labuan balik semenanjung.
Dia cuti lagi panjang.
2 bulan.
Untung kerja atas laut.
Cutinya panjang2.
Gajinya pun lumayan.
Kenapalah aku tak minat nak kerja macam dia?


Bila dia balik semenanjung,
dia memang tak lekat kat rumah.
Memang nak berjalan sahaja.
Dialah yang mencadangkan.
Buat Famili Reunion.
Dia juga yang sponsor.
3 bilik besar di Lotus Desaru.

Petang hari Khamis 1 Mei.
Lotus Desaru penuh sesak.
Semua bilik rasanya fully booked.
Nak parking susah.
Nak check in lambat.
Tapi apakan daya.
Ikutkan sahaja.


Famili aku tak besar mana rupanya.
Adik beradik aku 5 orang sahaja.
Tinggal yang bungsu yang masih bersekolah.
Kakak aku hanya ada 2 orang anak.
Adik2 aku masing2 ada seorang anak sahaja.
Anak bungsu aku tak dapat nak join.
Dia lebih suka jumpa tok guru silat Omar Din di Mersing.
Nasib baik adik aku bawa anak2 tirinya sekali.
Rasa ramai sikit.
Rasa meriah sikit.

Tengahari hari Khamis.
Aku bertolak ke Desaru.
Sebelum tu aku singgah dikampung dahulu.
Nak pinjam kerusi roda untuk abah.
Senang untuk dia nak bergerak nanti.
Maklumlah usianya dah banyak.
Asyik sakit lutut aje aduannya.
Sure lagi bising kalau kena jalan sana-sini.


Perjalananku ke Desaru agak lancar.
Walaupun kereta banyak,
Selagi takda accident,
Selagi itulah perjalanan lancar.
Tapi bila ada kereta terbabas di simpang highway Desaru,
Jalan 2 lorong jadi 3 lorong.
Masing2 nak tengok apa berlaku.

Aku tak ikut highway.
Aku ikut jalan biasa.
Lalu gugusan Felda Air Tawar dan sekitarnya.
Sejam juga nak sampai.
Adik-beradik aku mereka jalan dulu.
3 kereta berasingan.
Bila aku sampai di Lotus Desaru,
urusan check in dah hampir selesai.
Aku dapat bilik diblok S.
Jauh daripada swimming pool.
Tapi dekat dengan tempat parking.


Masuk bilik aje,
masing2 dah kelaparan.
Nasib baik dah siap bawa bekalan.
Tinggal bentangkan tikar.
Lepas tu makan ramai2.
Bila dah kenyang,
masing2 dengan aktiviti2 masing2.
Yang ada anak kecik,
semua dah bersiap nak ke kolam.
Yang anak2 dah besar2,
duduk bersembang aje dalam bilik.

Kat sini ada HyppTV.
Channel NatGeoPeopleHD paling menarik.
Satu hari duduk depan tv aku boleh tahan.
Kisah pengembaraan unik.
Kisah unik manusia2 berjiwa besar.
Manusia yang lari daripada kebiasaan.
Aku nak cari channel ini.
Nanti habis kontrak Astro aku,
aku cadang nak tukar ke HyppTVlah.

Khamis Malam Jumaat.
Aku bawak semua keluar dinner kat Bandar Penawar.
Tak banyak pilihan makan malam di sini.
Makanan pun biasa2 sahaja.
Tapi inilah kali pertama.
Aku dapat himpunkan semua adik-beradik dan saudara-mara belah aku.
Makan tak penting.
Yang penting suasananya.

Keesokan harinya,
masing2 membawa haluan masing2.
Lepas sarapan pagi,
aku sambung tengok NatGeo Channel.
Langsung takda mood nak ambil gambar.
Langsung takda mood nak jalan2.
Kerana umat manusia ramai sangat.
Di kolam mandi,
di tepi pantai,
di dalam gym.
Jadi duduk bilik lagi selesa.
Sebelum pukul 12,
aku dah check out.
Nak kena kejar masa sebab hari Jumaat.

Kalau ke Desaru,
aku mesti tak lupa singgah ke gerai buah2an di RnR Penawar.
Ada jambu air yang manis.
Ada nangka yang lemak manis.
Harganya sangat berpatutan.
Hantu buah seperti aku dan wife memang tak lepas peluang.

Ini Famili Reunion paling jauh famili aku pernah pergi.
Sebelum ni biasanya buat kat rumah emak sahaja.
Ini pertama kali bawa abah tidur hotel.
Melayan karenahnya seperti melayan budak baru pandai berjalan.
Memang pening.
Memang kena banyak sabar.
Memang Allah nak beri kita pahala banyak2.
Banyak benda yang terlalu personal untuk ditulis di sini.
Biarlah ianya menjadi rahsia.

Apa2pun,
aku seronok tengok adik-beradik dapat berkumpul.
Walaupun masing2 sibuk dengan keluarga masing2,
sesekali berkumpul begini memang akan menjadi sejarah.
Aku pernah hidup susah dulu.
Adik-beradik pernah merasa hidup susah dulu.
Emak dan abah pun sama.
Dan kini segalanya dah berubah.
Walaupun tak sekaya mana,
kami semua hidup aman bahagia.

Alhamdulilah.

Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…