Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mei 2014

Aku dan Isu Minggu Ini


Minggu ini heboh satu negara.
Coklat yang biasa dimakan tiba2 jadi haram.
Coklat yang ada logo halal JAKIM,
tiba2 ditarikbalik kehalalannya.
Ada mengandungi DNA babi.
Ramai yang terkejut.
Ramai yang marah.
Banyak NGO yang dah buat laporan polis.
Minta tindakan undang2 dikenakan.
Ada yang sampai menangis2 depan tv.
Konon nak saman syarikat coklat.
Malu dengan Tuhan rintihnya.
Nak minta gantirugi.
Nak minta cuci darah.

Sebagai seorang Islam.
Aku rasa sangat malu dengan perangai orang Islam sendiri.
Islam itu jadi sangat susah.
Islam itu kelihatan sangat payah.
Memanglah aku tahu.
Babi itu memang haram dimakan.
Dipegang pun jadi haram.
Bukan setakat babi.
DNA babi pun boleh jadi haram.
Tapi itu kalau kita tahu atau sengaja buat2 tak tahu.
Kalau secara tak sengaja ataupun betul2 tak tahu,
mana nak jatuh haramnya?


Sebagai orang Islam.
Carilah ilmu.
Belajarlah daripada yang alim.
Belajarlah daripada yang berilmu.
Jangan belajar daripada Google ataupun FB.
Mana ada sampai nak kena cuci darah?
Mana ada sampai kena minum air tanah?

Sebagai orang Islam.
Jagalah akhlak kita.
Jadilah contoh yang baik2 kepada orang sekeliling.
Sekarang ini orang Islam dan bukan islam sama sahaja perangainya.
Malah yang Islam lebih buruk perangai pun ramai.
Malah yang nama Islam tapi perangai macam Yahudi pun ramai.
Orang bukan Islam mentertawakan kita.
Hal2 kecil diperbesarkan.
"Aku makan babi hari2 pun takda bising."
Kita tak boleh salahkan mereka.
Mereka tidak faham tentang Islam.
Kita pun patut salahkan diri sendiri.
Langsung tak nak beri mereka faham.

Sebenarnya ada banyak lagi isu halal haram yang patut diperbesar.
Bukan setakat DNA babi sahaja.
Rokok dah difatwakan haram.
Tapi mana ada yang berani tampil.
Membuat sidang akhbar.
Membuat laporan polis.
Minta gantirugi.
Nak cuci paru-paru yang dah penuh dengan nikotin.


Riba, judi malah makan harta kerajaan pun haram jugak.
Tapi ada siapa yang kisah?
Para pembesar semakin bermegah dengan kekayaan mereka.
Para pemegang amanah suka2 seleweng harta2 yang diamanahkan.
Duit zakat, duit cukai pendapatan betulkah dibelanjakan dengan adil?

Kepada para pemakan gaji.
Juga pekerja2 kilang.
Muhasabahlah diri sendiri.
Perlukah setiap bulan datang ke klinik?
Berpura2 sakit sebab nak MC.
Sakit kepala.
Sakit senggugut.
Sakit badan.
Malah nak MC atas sebab2 bukan perubatan.
Nak balik kampung.
Nak melawat saudara-mara.
Nak pergi ke bank.
Nak pergi buat pasport/IC baru.
Anak tiada yang jaga.
Anak nak ambik periksa.
Anak nak ambik sijil tamat sekolah tadika.
Malah 1001 alasan yang tidak berapa munasabah.
Jadi berkatkah gaji yang diambil setiap hujung bulan?
Jadi halalkah gaji yang diambil setiap hujung bulan?

Sebagai seorang doktor yang menjaga klinik panel.
Kadang2 aku berada dalam dilemma.
Bersihkah pendapatan aku setiap bulan?
Haramkah wang yang aku terima setiap bulan?
Aku terperangkap antara tuntutan pesakit, tuntutan agama juga tuntutan perikemanusiaan.
Setiap 10 MC yang aku keluarkan,
lebih separuh adalah atas dasar perikemanusiaan.
Bukannya atas dasar kesihatan.
Itu realitinya.
Itu dah jadi budaya masyarakat kita.
Kalau buntu dan dah tiada jalan keluar,
MC adalah penyelamat.
Hanya doktor yang boleh membantu.
Tolonglah saya.
Bukan setakat pekerja2 bawahan.
Pekerja2 atasan malah pengetua sekolah pun berkelakuan sama.
Jadi dimana nak dapat keberkatan rezeki tersebut?


Selamat bercuti sekolah.
Ramai kawan2 hantar status kat FB.
Masing2 punya anak berada dirumah.
Yang duduk asrama semuanya berkumpul di rumah.
Tapi aku...


5 ulasan:

  1. well said... eh, written

    BalasPadam
  2. Berzina...berjudi dan minum arak depa tak bising pulak....???? Xrasa bersalah ponnnn???!!!

    BalasPadam
  3. salam pagi kemis abg doc., ehhee., tinted gelap JPJ pon dh haramkann., kannns ;-p

    BalasPadam
  4. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/05/part-2-we-are-what-we-eat.html

    Kesian melayu islam mcm ni.. Buat malu je.

    BalasPadam
  5. ape bole buat.. org kte suke yg gempaq2x.. projek nk juta2x.. mnda kecik highlight lbey2x.. mnda yg patut di perbesarkn, di senyapkan.. sobar yo lah.. -_-''

    BalasPadam