Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mei 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pada suatu pagi yang sibuk,
seorang kakak lewat 40-an datang ke klinik.
Dia memang selalu datang jumpa aku.
Pendek kata penyakit2nya ada dalam kepalaku.
Tapi kali ini penyakitnya lain macam sedikit.
Dia membawa anak sulungnya.
Gadis berusia 20 tahun.
Terkena buatan orang.

Anaknya sepatutnya sedang belajar di Segamat.
Belajar kemahiran di sebuah pusat pembelajaran Mara.
Entah kenapa tiba2 dia mahu berhenti belajar.
Selidik punya selidik,
siasat punya siasat,
akhirnya diketahui puncanya.
Dia terkena buatan orang.
Dia sekarang sedang mengandung 6 bulan.

Akibat kehilangan punca,
dan tak tahu nak buat apa,
dia hanya mengurung anaknya didalam rumah.
Anaknya dilarang keluar rumah.
Malah dilarang untuk berjumpa dengan sesiapapun.
Dan entah apa mimpinya,
hari ini dia datang berjumpa denganku.
Meminta tolong selesaikan masalah.
Seboleh2nya.
Dia tak mahu sesiapa tahu pasal anak2nya.
Dia tak mahu melibatkan saudara-mara yang lain.
Dia juga tak mahu anaknya dikahwinkan pada usia muda.
Dia juga tak mahu membela anak yang bakal dilahirkan.
Dia bercadang hendak menghantar anaknya ke negeri lain.
Ke pusat2 jagaan wanita yang jauh daripada rumah.
Biar dia duduk di sana sampai bersalin.
Bila dah selamat semuanya,
barulah dia nak fikir pasal masa depan anaknya.

Anaknya alhamdulilah sihat.
Kandungannya dah berusia 6 bulan.
Perutnya pun sudah mula kelihatan.
Tetapi perangainya masih keanak2kan.
Dia belum kelihatan bersedia untuk menjadi ibu.
Dia kelihatan cukup bersahaja.
Seolah2 tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tapi aku tak salahkan dia sahaja.
Budak lelakinya pun patut disalahkan juga.
Kalau kena hukum hudud memang patut pun.

Dengan bantuan cik Google,
segala maklumat boleh aku perolehi.
Aku call Pusat Jagaan Wanita Majlis Agama Islam Johor.
Sebuah rumah wakaf kelolaan Jabatan Agama.
Mereka ada satu pusat jagaan di Taman Perling.
Prosedur kemasukan tak susah sangat.
Tapi kena isi borang.
Kena sediakan beberapa dokumen penting.
Dan juga perlu hadir temuduga.
Yang penting,
kelulusan kemasukan adalah 100%.
Cuma lambat dan cepat sahaja prosesnya.

Terkejut kakak itu bila aku call dia.
Separuh daripada urusannya dah aku selesaikan.
Borang kemasukan aku dah print kan.
Malah pusat jagaan pun dah aku confirmkan.
Tentang bayi yang bakal dilahirkan pun takda masalah.
Ramai dah ibu2 yang sanggup mengambilnya.

Aku cuba bersikap profesional.
Aku cuba tidak mahu menyalahkan sesiapa.
Aku cuba tidak mahu prejudis.
Kejadian telah pun berlaku.
Memang tak boleh nak delete ataupun buat2 tak tahu.
Sesuatu perlu dilakukan.
Masa depan gadis berusia 20 tahun masih menjadi keutamaan.
Masyarakat sekeliling hanya tahu bercakap2 belakang.
Masyarakat sekeliling hanya tahu bercerita yang buruk.
Tetapi tak ramai yang akan membantu.
Inilah masyarakat kita.
Kepada kakak itu aku berpesan.
Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri.

Semoga masih ada sinar harapan.
Untuk gadis berusia 20 tahun ini.

9 ulasan:

  1. alhamdulillah, akak tu dipertemukan dgn org yg betul
    ye, tak guna salahkan sana sini
    apa yang penting adalah hari depan
    moga anak itu dapat keluarga angkat yg bakal mendidiknya dgn sempurna
    gadis tu sedar akan dosanya dan berubah ke arah lebih baik
    si ibu tu mmh tabah

    BalasPadam
  2. Ini adalah realiti kehidupan. Di dalam mana2 masyarakat sekali pun, perkara seperti ini tetap akan berlaku. Baguslah jumpa Doc yang rasional. Baguslah kakak tu teringat untuk jumpa Doc. Baguslah kerana Doc menjadi orang kepercayaan kakak tu. Semoga Doc dan keluarga akan sentiasa diberkati Allah.

    Doc, kenapa lama sangat sunyi sepi...? Privatekan blog ekk?

    BalasPadam
  3. Salam, doktor.. Ada satu pusat jagaan utk gadis terlanjur.. OrphanCare di BBU.. dan ada babyhatch juga..

    BalasPadam
  4. Bravo bro!
    Moga Allah membalas pertolongan yg diberi..
    Benda dah jadi, jadi mmg betul,kita mencemuh pun tak guna..
    At least, kita dah cuba kurangkan statistik " Bayi Di Buang"..
    Moga gadis itu dpt bina hidup baru..
    Moga baby itu, menjadi manusia berguna..

    BalasPadam
  5. Lama Doktor tak update blog..tertunggu-tunggu..

    BalasPadam
  6. glad your blog back online dr.zoul..
    tertanya-tanya gak hari tu ke mana menghilang.. :)

    BalasPadam
  7. welcome back doc..lama keluar tabligh..heheheh

    BalasPadam
  8. welkan back tuan dr

    BalasPadam