Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Mei 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kisah Benar No 1:


Kisah Benar No 2:

Seorang wanita awal 30-an.
Bekerja sebagai kerani di Majlis Perbandaran.
Suaminya seorang posmen.
Punya anak 2 orang.
Yang sulung dalam darjah 3.
Yang bungsu berusia 5 tahun.

Berikut adalah transkripsi percakapannya.
"Doktor, saya takda sakit apa2.
Tapi esok dan lusa saya kena ke Melaka.
Ada kursus pengucapan awam.
Masalahnya,
sekarang musim hujan.
Suami saya selalu balik lambat.
Anak sulung saya ada peperiksaan penggal.
Jadi saya nak MC dua hari.
Saya tak nak ke Melaka.
Anak saya nak ambil peperiksaan.
Takda sapa nak tengok2kan anak saya.
Itulah sahaja masalah saya."

Kisah Benar No 3:

Seorang wanita awal 30-an.
Seorang guru sekolah rendah.
Anak perempuannya berusia 5 tahun.
3 hari lepas anaknya jatuh disekolah.
Ada luka sepanjang 2 cm dikepalanya.
Lukanya telah dijahit oleh doktor dihospital kerajaan.
Anaknya sangat normal.
Langsung tiada mengadu apa2.
Lukanya pun hampir sembuh.
Tetapi beliau beriya2 sangat.
Minta saya tulis surat rujukan.
Nak pergi ke hospital pakar.
Dia takut ada apa2 kecederaan dalaman.
Aku cuba yakinkan dia tetapi dia tak nak terima.
Rupa2nya agen insurans dia yang suruh.
Rugi kalau tak guna.
Rugi kalau tak claim.

Untuk ketiga2 kejadian,
aku jadi sangat emosional.
Walaupun ini musim Hari Ibu.
Patut2lah kalau nak jadi ibu sejati sekalipun.
Nasib baik hanya ada Hari Jururawat.
Tiada Hari Doktor.
Kalau tidak seminggu aku cuti.

Aku tak menyambut Hari Ibu.
Aku juga tak suka perayaan Hari Ibu diheboh2kan.
Nampak sangat satu propaganda.
Nampak sangat motifnya.
Hari2 sepatutnya hari ibu.
Bukannya setahun sekali.


3 ulasan:

  1. dah lah nak MC semalam!!!!!!
    cikgu pulak tu..

    bikin hati panas..

    BalasPadam
  2. aku dah stop bagi private no. pada patient. bagi no klinik atau h/p yang aku bagi pembantu klinik. Niat baik yang banyak salah guna, ada yang ctc tgh malam tanya anak demam nak bagi apa dan macam2 lagi :D

    BalasPadam
  3. hihi
    nak gelak je boleh?

    BalasPadam