Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mei 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang warga Nepal.
Usia 26 tahun.
Dah bekerja di Malaysia selama setahun setengah.
Tapi langsung tak tahu berbahasa Malaysia.
Kali pertama datang ke klinik,
dia dibawa oleh pekerja lain.
Orang Melayu yang hanya berbahasa melayu.
10 minit cuba berkomunikasi,
tapi aku langsung tak tahu apa masalahnya.
Jadi hari ini aku suruh dia datang semula.
Dia bawa kawan sebiliknya.
Dia jadi jurubahasa aku.

Kira2 sebulan yang lalu.
Dia pengsan di kilang.
Lalu dia dibawa ke hospital kerajaan daerah.
Tapi kemudiannya dirujuk ke hospital besar di JB.
Dia duduk diwad selama seminggu.
Selepas seminggu dia dibenarkan balik.
Banyak kali aku tanya.
Tapi dia kata,
tiada apa2 surat daripada doktor hospital.
Tiada apa2 follow up.
malah tiada ubat dibekalkan.

Selepas keluar wad,
dia masih tak sihat.
Pergi ke cawangan klinik panel yang lain.
Pun dia kata takda ubat.

Dah 3 hari dia tak bekerja.
Sentiasa sakit kepala dan pening.
Rasa kepala tak seimbang.
Selalu muntah selepas makan.
Tangan pun sering menggigil.

Aku pun ikut sakit kepala.
Tak tahu nak buat apa kat dia.
Hospital daerah sudah.
Hospital besar pun sudah.
Tinggal hospital pakar swasta yang belum.
Tapi siapa nak tanggung kos rawatan?

Jadi aku tulis surat cinta kepada majikannya.
Dia perlu rawatan lebih lanjut.
Mungkin ada masalah dalam kepala otaknya.
Mungkin perlu CT Scan ataupun MRI.
Aku dah bincang dengannya melalui sahabatnya.
Minta sahaja cuti dan balik kampung.
Balik berubat dikampung halaman.
Lebih murah belanjanya.

Aku tak tahu nak salahkan siapa.
Masalah bahasa adalah punca utamanya.
Sepatutnya dia dilayan sebagai seorang manusia.
Bukannya setakat seorang warga asing.
Yang hanya diperah tenaganya bila dia sihat.
Yang dipinggirkan bila dah tak upaya.
Tapi inilah hakikat dunia sekarang.
Segala2nya wang, wang dan wang.


Tapi.
Semalam aku angin dengan satu mamat Nepal.
Aku baru aje ganti pintu bilik air aku.
Belum ada 2 bulan.
Entah macamana dia kata boleh terkunci didalamnya.
Mungkin sebab panik dia patahkan selak pintunya.
Ingat free agaknya harga pintu tu?

Kadang2 aku benci dengan warga asing.
Terutama bila mereka dalam group yang ramai.
Klinik dah jadi macam pasar.
Mereka tak mahu memahami budaya kita.
Mereka tak menghargai kebersihan.
Mereka tak menghargai alam.
Bilik air klinik dah jadi tandas awam bila mereka guna.
Tandas duduk pun dicangkungnya.
Pam tandas dipatahnya.
Sinki pun disumbatnya.
Sampah sarap bebas buang merata2.
Itu belum lagi bau badan dan bau stokin mereka.

Kat kampung emak mertua aku.
Ada ramai warga Vietnam.
Hujung minggu mereka jalan2 pusing satu kampung.
Mereka jalan sambil bawa kayu dan beg plastik.
Pantang nampak pokok yang berbuah,
dengan tak malunya mereka minta.
Jambu, rambutan, betik, belimbing.
Masalahnya.
Bila dah beri sekali,
mereka akan datang berkali2.
Itu tak brutal sangat.
Lebih brutal kalau rasa nak membuang hajat.
Kat tepi longkang pun jadi.
Kalau lelaki bolehlah diampunkan.
Ini perempuan.
Selamba aje mencangkung tepi longkang.

Salam hujung minggu kawan2.


7 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Kenapa sebulan tak boleh nak access blog ni doc...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Doc,

    Share sket citer motor baru.

    BalasPadam
  3. pergh.. membuang tepi longkang

    BalasPadam
  4. Bila mereka brutal, kita pun terpaksalah brutal juga Doc.... Dah pergi ride ke Doc?

    BalasPadam
  5. Mmg hangin bila satu bas mai klinik nak buat FOMEMA!

    BalasPadam