Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Aku dan Floria Putrajaya 2014

Imej
Dah lama aku tak pegang DSLR aku. Mungkin dah bercendawan didalam drybox aku. Teringin pulak nak mengasah skil yang berkarat.

Maka pada satu pagi Jumaat yang panas.
Aku bawa famili ke Presint 4 Putrajaya.
Ada pameran bunga.
Floria Putrajaya 2014.
Dah beberapa tahun nak pergi.
Tapi hanya kali ini boleh sampai.


Lepas Subuh aku bertolak daripada rumah.
Jalan memang lengang.
Pukul 9.30 pagi aku dah sampai.
Orang masih belum ramai.
Tempat parking pun masih lapang.
Tapi suhunya macam dah tengahari.
Sangat panas.
Terlupa pulak nak pakai sunblock.
Makin gelaplah aku.


Tahun ini mula dikenakan bayaran untuk masuk.
3 ringgit seorang.
Tapi berbaloi.
Banyak benda boleh ditengok.
Banyak tempat boleh dilawati.
Cuma sediakan kaki untuk menapak dan berjalan.
Ada buggy disediakan/kelihatan disana-sini.
Tapi bukan untuk kegunaan awam.


Banyak kawasan boleh dilawati.
Ada yang dalam kawasan berbumbung.
Ada yang dalam kawasan berhawa dingin.
Tetapi kebanyakan ditempat2 terbuka.


Pagi masa aku sampai.
Manusi…

Aku dan Jalan Jalan Kota Melaka

Imej
Keluar daripada Port Dickson, aku lebih suka ikut jalan dalam. Aku suka tengok pemandangan kampung. Kalau rasa nak singgah atau berhenti, aku akan singgah dan berhenti. Laluan Melaka-Port Dickson banyak kenangannya. Aku pernah naik motosikal kapcai aku seorang diri. Daripada Muar ke PD. Semata2 kerana ada reunion dengan geng aku. Aku juga ada keluarga angkat di kampung berdekatan dengan ALAM. Kampung yang selalu masuk drama di tv. Cuma aku dah tak ingat nama kampungnya.

Kali ini aku singgah di sebuah masjid di Alor Gajah. Masjid dah jadi macam sekolah. Setiap suis, kepala paip juga pintu ada label. Kebersihannya memang dijaga. Peralatannya pun dijaga dengan baik. Kagum aku dengan keperihatinan mereka.

Kalau ke Melaka, aku mesti singgah di Pantai Klebang. Ada satu warung kecil ditepi jalan. Menjual Coconut Shake tersedap didunia. Tiada tempat lain yang boleh lawan. Setiap kali sampai mesti ramai orang sedang berbaris. Menunggu giliran nak membeli.

Harga segelas baru RM 2.50. Tapi rasa…

Kali Kedua Aku di Grand Lexis Port Dickson

Imej
Aku pernah sampai di sini dua tahun yang lepas. Gila punya seronok dapat main air sepuas hati. Ada kolam persendirian. Ada kolam khas untuk kegunaan sekeluarga. Tak risau pasal waktu2 sesuai untuk mandi. 24 jam boleh berendam dalam kolam. Tiada siapa yang nak menegah. Juga tak perlu risau pasal aurat. Sebab tiada siapa nak curi pandang.

Minggu lepas.
Aku kembali lagi ke sini.
Dah banyak kali cuba booking tapi asyik full house sahaja.
Kali ini memang rezeki anak2 agaknya.
Disebabkan anak2 dah semakin membesar,
aku ambil bilik yang lebih besar.
Skypool Villa katanya.
Berada di tingkat 7 bangunan.
Ada dua katil King Size.
Ada ruang pantri.
Ada ruang keluarga.
Dan yang paling penting ada Private Pool.
Nak tahu harganya?
Boleh sewa sebuah rumah 3 bilik selama sebulan di Kulai.


Bila dah tiba di hotel ini.
Kemudahan yang lain dah tak penting dah.
Aku boleh duduk 24 jam dibilik.
Ada free WiFi.
Ada Astro Channel.
Dan yang paling penting,
ada Private Pool.


Suasana dipersekitaran hotel memang ny…