Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Jun 2014

Aku dan Floria Putrajaya 2014

Dah lama aku tak pegang DSLR aku.
Mungkin dah bercendawan didalam drybox aku.
Teringin pulak nak mengasah skil yang berkarat.


Maka pada satu pagi Jumaat yang panas.
Aku bawa famili ke Presint 4 Putrajaya.
Ada pameran bunga.
Floria Putrajaya 2014.
Dah beberapa tahun nak pergi.
Tapi hanya kali ini boleh sampai.


Lepas Subuh aku bertolak daripada rumah.
Jalan memang lengang.
Pukul 9.30 pagi aku dah sampai.
Orang masih belum ramai.
Tempat parking pun masih lapang.
Tapi suhunya macam dah tengahari.
Sangat panas.
Terlupa pulak nak pakai sunblock.
Makin gelaplah aku.


Tahun ini mula dikenakan bayaran untuk masuk.
3 ringgit seorang.
Tapi berbaloi.
Banyak benda boleh ditengok.
Banyak tempat boleh dilawati.
Cuma sediakan kaki untuk menapak dan berjalan.
Ada buggy disediakan/kelihatan disana-sini.
Tapi bukan untuk kegunaan awam.


Banyak kawasan boleh dilawati.
Ada yang dalam kawasan berbumbung.
Ada yang dalam kawasan berhawa dingin.
Tetapi kebanyakan ditempat2 terbuka.


Pagi masa aku sampai.
Manusia belum ramai.
Jadi sangat mudah untuk bergerak.
Apatahlagi untuk mengambil gambar.
Tak banyak gangguan.


Banyak lokasi yang menarik.
Wife dapat banyak idea baru.
Untuk bantu cikgu2 menghias kelas masing2.
Orang kita sebenarnya tak kurang imaginasinya.
Banyak hiasan dibuat drp bahan2 terbuang.
Kreatif.
Kreatif tahap maksimum.


Layan ajelah gambar2 berikut.


Menara dibuat daripada sisa2 kayu buangan.


Botol2 diisi air warna-warni.


Aku datang pada hari2 terakhir.
Bunga banyak yang dah kering dan layu.
Pam air dah tak berfungsi.
Kolam buatan pun dah kering.
Rumput pun banyak yang dah mati.


Antara banyak2 tempat,
tempat jualan paling meriah sekali.
Ada banyak gerai menjual pokok2.
Bunga2an juga pokok2 buah.
Pelbagai jenis baja ada dijual.
Harga pun sangat berpatutan.
Ada satu tempat agak sejuk disebelahnya.
Pameran juga jualan produk2 tempatan.
Baju2 batik juga kraftangan.
Rambang mata tengok corak batik berwarna-warni.
Boleh dibeli jika berminat.


Pukul 1 tengahari.
Aku meninggalkan tapak pameran.
Pergi sembahyang jumaat di Masjid Besi Sultan Mizan.
Terletak kira2 800 meter daripada tapak pameran.
Ini antara masjid yang aku memang ingin nak singgah.
Masjidnya sangat besar.
Walaupun aku datang agak lambat,
aku masih dapat duduk didepan.
Ramai kakitangan kerajaan turut bersembahyang.
Waktu imam dah naik atas mimbar,
mereka masih duduk dibawah tangga.
Sambil main handphone.


Pukul 3 petang.
Aku bertolak balik ke Johor.
Sebelum itu singgah dulu ke Kajang.
Mencari sate kajang Hj Samuri.
Dah lebih setahun aku tak ke Kajang.
Pembangunan dah semakin pesat.
Tapi bangunan Hj Samuri masih camtu jugak.
Walaupun baru pukul 3.30 petang.
Dah ramai yang beratur nak makan sate.
Ingatkan aku seorang sahaja.


Lepas Maghrib aku tiba di rumah.
Kepenatan.
Kepanasan.
Kehausan.
Esok anak2 ada sekolah ganti.
Aku pun kena kerja macam biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan