Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Jun 2014

Aku dan Jalan Jalan Kota Melaka


Keluar daripada Port Dickson,
aku lebih suka ikut jalan dalam.
Aku suka tengok pemandangan kampung.
Kalau rasa nak singgah atau berhenti,
aku akan singgah dan berhenti.
Laluan Melaka-Port Dickson banyak kenangannya.
Aku pernah naik motosikal kapcai aku seorang diri.
Daripada Muar ke PD.
Semata2 kerana ada reunion dengan geng aku.
Aku juga ada keluarga angkat di kampung berdekatan dengan ALAM.
Kampung yang selalu masuk drama di tv.
Cuma aku dah tak ingat nama kampungnya.


Kali ini aku singgah di sebuah masjid di Alor Gajah.
Masjid dah jadi macam sekolah.
Setiap suis, kepala paip juga pintu ada label.
Kebersihannya memang dijaga.
Peralatannya pun dijaga dengan baik.
Kagum aku dengan keperihatinan mereka.


Kalau ke Melaka,
aku mesti singgah di Pantai Klebang.
Ada satu warung kecil ditepi jalan.
Menjual Coconut Shake tersedap didunia.
Tiada tempat lain yang boleh lawan.
Setiap kali sampai mesti ramai orang sedang berbaris.
Menunggu giliran nak membeli.


Harga segelas baru RM 2.50.
Tapi rasanya memang tak boleh blah.
Aku pernah cuba ditempat2 lain.
Harga ada sampai 4 ringgit.
Tapi langsung takda rasa.
Rasa minum air gula sahaja.


Depan sikit daripada warung tadi,
ada pula gerai menjual kuih keria.
Kuih keria tahap antarabangsa.
50 sen satu.
Inipun dah jadi kemestian kalau aku ke sini.


Satu lagi kemestian kalau ke Melaka.
Mesti nak ke Banda Hilir.
Lepak2 kat Dataran Pahlawan.
Cari DVD pirate.
Cari aksesori handphone China-made.
Tengok gelagat orang.
Tapi kali ini lain sikit.
Sedang kami duduk makan di McD Mahkota Parade.
Datang seorang perempuan muda.
Pakaiannya sendat.
Rambut panjang.
Muka boleh tahan cantiknya.
Dia datang menghulurkan sekeping kad.
Minta derma untuk anak yatim.
Aku sekeluarga kehairanan.
Mula2 cakap melayu.
Lama2 tukar slang Indon pulak.
Minta derma seberapa ikhlas.
Tapi berubah mukanya bila wife beri seringgit.


Aku memang tak percaya golongan minta derma sebegini.
Kalau beri seringgit pun,
tak tahu berapa persen masuk poket sendiri.
Derma anak yatim ke derma anak Mohd Yatim?
Aku selalu ingat pesan Ustaz Kazim.
Kalau ada orang minta derma,
janganlah dihalau atau diperli.
Berilah seikhlas hati.
Kalau ikhlasnya seringgit,
berilah seringgit.
Aku lupa nak dokumenkan momen tersebut.
Tapi beberapa hari juga anak2 bercerita pasal ini.


Selepas Melaka,
aku singgah sebentar di Tangkak.
Konon nak tengok tekstil yang berlambak2.
Mungkin juga ada jualan murah.
Tetapi.
Tangkak sekarang dah tak semeriah dulu.
Orang dah tak ramai berkunjung di sini.


Demikianlah.
Cerita percutian pendekku kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan