Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Jun 2014

Kali Kedua Aku di Grand Lexis Port Dickson


Aku pernah sampai di sini dua tahun yang lepas.
Gila punya seronok dapat main air sepuas hati.
Ada kolam persendirian.
Ada kolam khas untuk kegunaan sekeluarga.
Tak risau pasal waktu2 sesuai untuk mandi.
24 jam boleh berendam dalam kolam.
Tiada siapa yang nak menegah.
Juga tak perlu risau pasal aurat.
Sebab tiada siapa nak curi pandang.


Minggu lepas.
Aku kembali lagi ke sini.
Dah banyak kali cuba booking tapi asyik full house sahaja.
Kali ini memang rezeki anak2 agaknya.
Disebabkan anak2 dah semakin membesar,
aku ambil bilik yang lebih besar.
Skypool Villa katanya.
Berada di tingkat 7 bangunan.
Ada dua katil King Size.
Ada ruang pantri.
Ada ruang keluarga.
Dan yang paling penting ada Private Pool.
Nak tahu harganya?
Boleh sewa sebuah rumah 3 bilik selama sebulan di Kulai.


Bila dah tiba di hotel ini.
Kemudahan yang lain dah tak penting dah.
Aku boleh duduk 24 jam dibilik.
Ada free WiFi.
Ada Astro Channel.
Dan yang paling penting,
ada Private Pool.


Suasana dipersekitaran hotel memang nyaman.
Gaya Bali dengan pokok2 hijau cukup menenangkan.
Landskapnya dijaga rapi.
Tapi kerani kat kaunter pendaftaran memang spoilt.
Moody semacam aje.
Walaupun ada ramai yang suka membantu,
makhluk yang seorang ni memang patut campak ke laut.
Muncungnya sedepa.
Bahasanya langsung tak friendly.
Aku tahu mungkin dia tengah datang bulan.
Tapi tak payahlah nak tunjuk.


Aku tiba dilobi kira2 jam 2.20 petang.
Prosedur daftar masuk tak susah.
Sebab aku dah bayar secara online.
Cuma nak tunggu bilik agak lambat.
Maklumlah aku pun datang awal sangat.
Aku tak salahkan mereka.
Kira2 20 minit kemudian,
mereka call aku.
Bilik aku dah siap.


Sampai dibilik memang tiada tujuan lain.
Private Pool itu yang dituju dahulu.
Pemandangan dari bilik memang cantik.
Nampak air laut Selat Melaka.
Bilik memang cantik dan bersih.
Gaya Bali cukup mendamaikan.
Kalau aku ada banyak duit,
aku nak buat sebuah rumah seperti ini.
Lengkap dengan Private Pool.


Sepanjang dihotel,
aku memang tak kemana2.
Anak2 semua duduk kat bilik sahaja.
Aku ada try sarapan pagi mereka.
Itupun sebab dah sekali dalam pakej.
Banyak pilihan makanan.
Tapi padaku semuanya standard.
Takda beza dengan hotel2 tempat lain.
Juga tak berbaloi dengan harganya.


Keesokan harinya aku dah check out.
Kebetulan masa aku nak turun,
lif pulak rosak.
Ada paip pecah menyebabkan short circuit pada sistem lif.
Staf mereka memang prihatin.
Mereka suruh aku tunggu di tingkat 5.
Mereka datang bawa Nissan Serena untuk aku sekeluarga.
Beberapa kali mereka memohon maaf atas kesulitan.

Aku suka suasana privasi dihotel ini.
Harga bilik agak mahal banding tempat2 lain.
Tapi dua tiga tahun sekali apa salahnya kan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan