Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Piala Dunia 2014

Kitaran 4 tahun sekali datang lagi.
Pesta sebulan tengok bola.
Perlawanan bola paling kompetitif didunia.
Makan bola, tidur bola, tapi jangan minum Coca-Cola.
Tahun ini jatuhnya dalam bulan Ramadhan.
Ada bagus dan ada tak bagusnya.
Tak bagus sebab menganggu ibadah.
Bagusnya sebab mudah nak bangun awal pagi.
Tapi itu tak penting.
Yang penting niat.
Yang penting berfikir secara positif.
Boleh sembahyang Tahajud dulu baru tengok bola.
Boleh tolong wife masak sahur dulu sambil tengok bola.


Piala Dunia 2014 di Brazil.
Antara pertandingan paling meriah dan paling sengit.
Bermula dengan kekalahan besar Sepanyol.
Dan berakhir dengan kekalahan lagi besar Brazil.
Sesungguhnya bola itu bulat.
Tiada siapa yang menjangka Sepanyol balik awal.
Tiada siapa yang menjangka Brazil boleh jadi lauk.
Tapi siapa yang paling untung?
Tentunya tauke2 judi dan para bookienya.

Musim Piala Dunia klinik agak meriah.
Ramai datang cari MC.
Datang petang2,
muka sembab bangun tidur,
mengadu sakit kepala,
mengadu sakit…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini sambungan kisah pakcik tempohari.


Dua minggu selepas aku rujuk dia ke hospital,
dia datang kembali ke klinik aku.
Doktor kerajaan tak buat apa2.
Beri antibiotik sahaja.
Ubat kencing manis pun tak diberi.


Maka bermulalah episod baru hidup aku.
Kembali menjadi Houseman.
Buat Desloughing dan Dressing setiap hari.
Kalau ikutkan pengalaman,
memang nak hantar ke wad.
Beri bius.
Buat proper desloughing kat dalam Bilik Bedah.
Tapi pakcik ni dah pasrah.
Dah taubat tak nak ke hospital lagi dah.
Dia dah berserah kepadaku.
Doktor buatlah apa yang terbaik.
Jangan potong kaki sudahlah.

Alhamdulilah.
Pakcik ni dah kurang degilnya.
Makan dah mula berpantang.
Malah wife kata dia takut nak makan.
Paras gulanya kadang2 sangat rendah. Takda selera makan katanya.
Sambil aku dressing kakinya,
aku nasihatkan dia serba-sedikit.
Aku juga beri perangsang kat dia.
Dan paling aku suka,
dia tak beli ubat2 supplement.
Dia tak beli ubat2 MLM. Duit anaknya beri, Dia buat beli Kaltostat dan Duoderm. Dia juga beli…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 58 tahun.
Tiada pekerjaan tetap.
Punya anak 5 orang.
Isterinya dulu bekerja kilang.
Tetapi kini sudah tidak bekerja.
Aku kenal pakcik ini lebih 10 tahun.
Aku juga yang mendiagnosis penyakit kencing manisnya.
Itupun semasa pemeriksaan kesihatan percuma dikampungnya.
Mula2 dulu dia memang rajin ke klinik aku.
Tetapi sejak isterinya tak bekerja,
dia semakin jarang ke klinik.
Dia kata ambil ubat kencing manis di farmasi.
Check pun di farmasi juga.
Aku suruh ke klinik kerajaan tapi dia tak nak.
Kena tunggu lama.
Lepas tu bukan dapat jumpa doktor pun.
Lepas tu asyik kena bebel dengan nurse.
Itu alasannya.

Sebulan yang lalu.
Dia rasa sakit dan kebas2 dikaki kanannya.
Lalu dia pergi berurut dengan seorang warga Indonesia.
Dilumur dengan minyak panas.
Selang beberapa hari,
kulit kakinya bertukar jadi biru gelap.
Sakitnya tidak juga berkurangan.
Nak jalan pun semakin sukar.

Selepas 2 minggu,
dia datang berjumpa denganku.
Sakit kakinya tidak tertahan.
Kaki kanannya berwarna…

Aku dan Wordless Wednesday