Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 September 2014

Aku dan 10 Pantang-Larang Untuk Mendapatkan MC



10. JANGAN TERLALU BERLEBIHAN DALAM BERDANDAN.
Orang sakit biasanya takda masa nak berdandan.
Orang sakit biasanya takda mood nak solek tebal2.
Orang sakit biasanya takda mood nak pakai tudung yang belit2 atas kepala.
Orang sakit biasanya berpakaian ala-kadar.
Takda logik kalau sakit senggugut boleh bermake-up tebal2.
Takda logik kalau cirit-birit pakai jeans ketat.
Takda logik kalau sakit pinggang pakai kasut tumit.

9. JANGAN TERLALU SIMPLE DALAM BERPAKAIAN.
Berpakaian seksi didepan doktor tidak akan membantu.
Aku tahulah kau sakit kepala sangat2,
tapi takkan pukul 5 petang masih pakai pakaian tidur?

8. JANGAN DATANG DALAM KUMPULAN.
Peluang anda semakin tipis jika anda lihat ramai rakan2 sekerja sedang menunggu giliran.
Peluang anda semakin tipis jika anda pakat ajak kawan2 jumpa doktor yang sama.
Doktor jarang menulis MC untuk semua pekerja daripada tempat kerja yang sama.

7. JANGAN SELALU DATANG DIKLINIK YANG SAMA.
Jangan sampai anda dilabel sebagai MC seeker.
Jangan hampir setiap bulan datang jumpa doktor yang sama.
Jangan sampai disergah dengan doktor sebab asyik muka yang sama datang klinik.

6. JANGAN TERLEBIH/OVER DRAMATIK SEMASA BERCERITA.
Kalaulah sakit pinggang, janganlah sampai jalan tegak pun tak boleh.
Kalaulah batuk pun, tak payahlah asyik nak batuk bila dalam bilik doktor.
Kalaulah selsema pun, tak payahlah asyik nak sedut hingus yang tak wujud depan doktor.
Kalaulah sakit mata pun, tak payahlah simpan air mata sampai bergenang untuk jadi bukti.
Zaman sekarang kan ada CCTV.
"Tadi masa kat luar nampak sihat walafiat."

5. JANGAN BAWA BOYFRIEND/GIRLFRIEND/TUNANG SEBAGAI TEMAN.
Kadang2 yang jadi teman pulak yang berlebih2an.
Kadang2 yang jadi teman yang sibuk bercerita.
*Selalunya merekalah yang mengamuk dulu bila temannya tak dapat MC.
Kalau bawa anak pun janganlah yang dah pandai bercakap.
" Tadi masa kat luar ayah sihat aje..."
Dah pecah tembelang.

4. JANGAN TANYA SOALAN2 YANG TIDAK BERKAITAN.
Ada pesakit yang sebenarnya takda sakit apapun.
Bila jumpa doktor tanya pasal sakit itu dan ini.
Bila jumpa doktor tanya pasal kanserlah, tumorlah.
Bila jumpa doktor tanya pasal sakit saudar-mara yang lain.
Kau ingat doktor ni ada banyak masa nak bersembang ke?

3. JANGAN BERCERITA TENTANG SIMPTOM2 YANG SUDAH TIADA.
Ada pesakit yang sebenarnya takda sakit apapun.
Bila jumpa doktor mereka cerita pasal simptom yang lepas2.
"Malam tadi demam sampai gigil2. Sekarang dah kebah."
"Pagi tadi cirit-birit sampai 10 kali. Sekarang dah OK."
"Dua hari lepas ada demam sikit. Sekarang dah OK."
"Bulan lepas selalu sakit kepala. Hari ini takda."
Jadi buat apa susah2 datang klinik?
Buang masa sahaja melayan.

2. JANGAN TUNJUK KEBODOHAN DIRI SENDIRI.
MC adalah atas budi bicara doktor.
Doktor juga manusia biasa.
Doktor juga ada hati perut dan perasaan.
Tak salah berterus-terang.
Tak salah cakap baik2 dengan doktor.
Tapi kalau muka asyik pandang siling.
Tangan asyik mengeletar.
Lepas tu cerita yang bukan2,
anda hilang hormat kepada doktor.

1. JANGAN MENGANGGAP DOKTOR ITU BODOH.
Ramai beranggapan doktor ni macam robot.
Langsung takda perasaan.
Apa rasa kalau diri sendiri ditipu?
Apatahlagi jika ditipu secara terang-terangan?
Doktor berjumpa lebih kurang 50 orang setiap hari bekerja.
Cuba kira dengan 10 tahun hari bekerja.
Cuba kira dengan 20 tahun hari bekerja.
Jadi berapa ratus ribu orang dah doktor jumpa?
Sebagaimana polis boleh kenal orang salah masa buat road block,
doktor pun boleh kenal orang sakit yang tak sakit.
Doktor boleh kenal orang yang buat2 sakit.

Jadi tolonglah,
hormatilah doktor anda.
Fahamilah perasaan seorang doktor.
Doktor belajar lebih 5 tahun.
Doktor kena kerja wajib dengan kerajaan 3 tahun baru boleh buka klinik.
Doktor kena duduk klinik pagi sampai malam menunggu pesakit datang.
Tiba2 anda datang.
Menganggap bahawa wang 20-30 ringgit yang anda bawa cukup besar nilainya.
Itu takpa.
Tapi anda sanggup merendahkan nilai moral diri anda.
Anda juga sanggup merendahkan nilai diri seorang doktor.
Demi sekeping MC.
Tiada nilai untuk sekeping MC.
Walau sejuta ringgit sekalipun.



Zouldahan — feeling exhausted.


2 ulasan: