Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Julai 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini sambungan kisah pakcik tempohari.


Dua minggu selepas aku rujuk dia ke hospital,
dia datang kembali ke klinik aku.
Doktor kerajaan tak buat apa2.
Beri antibiotik sahaja.
Ubat kencing manis pun tak diberi.


Maka bermulalah episod baru hidup aku.
Kembali menjadi Houseman.
Buat Desloughing dan Dressing setiap hari.
Kalau ikutkan pengalaman,
memang nak hantar ke wad.
Beri bius.
Buat proper desloughing kat dalam Bilik Bedah.
Tapi pakcik ni dah pasrah.
Dah taubat tak nak ke hospital lagi dah.
Dia dah berserah kepadaku.
Doktor buatlah apa yang terbaik.
Jangan potong kaki sudahlah.

Alhamdulilah.
Pakcik ni dah kurang degilnya.
Makan dah mula berpantang.
Malah wife kata dia takut nak makan.
Paras gulanya kadang2 sangat rendah.
Takda selera makan katanya.
Sambil aku dressing kakinya,
aku nasihatkan dia serba-sedikit.
Aku juga beri perangsang kat dia.
Dan paling aku suka,
dia tak beli ubat2 supplement.
Dia tak beli ubat2 MLM.
Duit anaknya beri,
Dia buat beli Kaltostat dan Duoderm.
Dia juga beli Unasyn original kat farmasi.


Mula2 dulu,
setiap hari dia datang.
Sekarang aku suruh dia datang 2 hari sekali.
Rumahnya kira2 setengah jam perjalanan ke klinik aku.
Biasanya adiknya yang kerja kilang menghantar ke klinik.
Kadang2 anaknya yang hantar.
Tengok siapa yang sempat.


Aku dah kenal sangat tentang dirinya.
Tentang keluarganya.
Jadi aku langsung tak berkira pasal kos rawatan.
Wife dia pernah cakap,
dia baru sahaja dapat duit EPF.
Tapi bukan niat aku mengambil keuntungan daripadanya.
Aku yakin pada rezeki Allah beri.
Jadi setiap kali datang,
aku charged paling minimum.
Memandangkan dia duduk dikampung,
macam2 buah tangan wife dia bawakan untuk aku.
Pucuk ubi dan pucuk turi,
pisang untuk digoreng,
kuih-muih,
malah kek coklat pun dia beri masa harijadi aku.


Dah lebih sebulan dia bersamaku.
Datang ikut jadual.
InsyaAllah sebulan dua lagi,
tutuplah lukanya.
Aku dah malas nak cakap banyak.
Aku juga malas nak tulis surat panjang2.
Aku cuba sebaik mungkin.
Berkat doa dan kesabaran,
pakcik ini pasti akan sembuh.

Hari ini ada seorang lagi pakcik.
Selang beberapa rumah daripada rumah pakcik tadi.
Dia pun ada kencing manis dan darah tinggi.
Dia pun jenis degil jugak.
Ada luka dikaki kirinya.
Dah sebulan tak baik2.
Lalu aku tunjuk gambar kaki pakcik tadi.
Pakcik nak jadi seperti ini?
Aku harap dia tak degil lagi.
Aku harap dia kurangkan minum air bergas.
Aku harap dia makan ubat ikut arahan.

Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan