Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Julai 2014

Aku dan Piala Dunia 2014

Kitaran 4 tahun sekali datang lagi.
Pesta sebulan tengok bola.
Perlawanan bola paling kompetitif didunia.
Makan bola, tidur bola, tapi jangan minum Coca-Cola.
Tahun ini jatuhnya dalam bulan Ramadhan.
Ada bagus dan ada tak bagusnya.
Tak bagus sebab menganggu ibadah.
Bagusnya sebab mudah nak bangun awal pagi.
Tapi itu tak penting.
Yang penting niat.
Yang penting berfikir secara positif.
Boleh sembahyang Tahajud dulu baru tengok bola.
Boleh tolong wife masak sahur dulu sambil tengok bola.


Piala Dunia 2014 di Brazil.
Antara pertandingan paling meriah dan paling sengit.
Bermula dengan kekalahan besar Sepanyol.
Dan berakhir dengan kekalahan lagi besar Brazil.
Sesungguhnya bola itu bulat.
Tiada siapa yang menjangka Sepanyol balik awal.
Tiada siapa yang menjangka Brazil boleh jadi lauk.
Tapi siapa yang paling untung?
Tentunya tauke2 judi dan para bookienya.

Musim Piala Dunia klinik agak meriah.
Ramai datang cari MC.
Datang petang2,
muka sembab bangun tidur,
mengadu sakit kepala,
mengadu sakit2 badan,
mengadu pening kepala.
Diagnosis aku,
Sepanyolitis,
Englanditis,
Portugalitis.
Memang tak syak lagi.


Perlawanan peringkat kumpulan dimulakan waktu tengah malam.
Ada juga yang mula pukul 3 pagi.
Ada juga yang mula pukul 6 pagi.
Aku hanya tengok Brazil main live.
Yang lain2 aku tengok highlight sahaja.
Takda pasal nak bangun awal atau tidur lewat.
Semata2 kerana bola sepak.
Lagipun geng takda.
Cepat ngantuk kalau tengok sorang2.

Semasa perlawanan peringkat kumpulan,
hanya beberapa kejutan berlaku.
Sepanyol kalah besar 5-1 dengan Belanda.
Yang lain2 seperti boleh diagak keputusannya.
England awal2 lagi dah bungkus.
Begitu juga Itali.
Team Asia pun sama.
Semuanya balik awal.
Team Afrika hanya Algeria yang menyengat.
Yang lain2 lebih pentingkan duit banding negara.
Tapi team Amerika Selatan banyak yang menyerlah.
Columbia terutamanya.
Juga team Costa Rica yang sampai ke suku akhir.
Tapi insiden Suarez menggigit player Itali disensasikan.
Akhirnya Suarez digantung 4 bulan dan Uruguay balik awal juga.
Gambar2 pemain Algeria berbuka diatas padang.
Juga mereka bersujud selepas menjaringkan gol cukup mengharukan.
Sesungguhnya Islam itu mudah dan cukup indah.
Tetapi ramai orang Islam yang menjadikannya susah.
Dan menyebabkan orang kafir makin takut dengan Islam.


Pertandingan kali ini menyaksikan banyak gol dijaringkan.
Gol2nya pun cantik2.
Mungkin sebab bolanya.
Mungkin sebab kasutnya.
Mungkin sebab padangnya.
Tapi rasanya sebab skil mereka sangat baik.
Aku suka saat2 mereka meraikan jaringan gol mereka.
Gila punya seronok.
Lelaki sama lelaki berpeluk2an.
Kadang2 naik geli juga tengok.

Dari awal lagi aku memang sokong Brazil.
Walaupun aku penyokong lalang,
tapi dari awal aku agak Brazil boleh menang.
Namun kehilangan Neymar yang patah pinggang,
juga ketua pasukan Silva kerana 2 kad kuning mengubah segala2nya.
Pukul 4.30 pagi aku sedar dari tidur.
Aku terus tengok handphone.
Baru minit ke 30,
Brazil dah ketinggalan 4-0?
Aku gosok2 mata aku.
Ini mimpi ke kenyataan ni?
Rupa2nya itulah kenyataannya.
Brazil bolos 4 gol dalam tempoh 6 minit.
Apa dah jadi?
Aku ingat kekalahan besar Sepanyol dah cukup pahit.
Rupa2nya ini lagi pahit untuk ditelan.
Tamat perlawanan Brazil kalah 7-1.
Kekalahan pertama dipadang sendiri.
Kekalahan terbesar di peringkat separuh akhir.


Kekalahan besar Brazil memecahkan banyak rekod.
Rekod kejohanan juga rekod2 dunia.
Yang pecahkan tv jangan kiralah.
Rekod di FB juga Twitter khabarnya turut pecah.
Seluruh dunia bercerita tentangnya.
Beratus juta update dan tweet di internet.
Bermacam2 gambar disebar di Whatapps.
Semuanya menggambarkan kekecohan.
Juga keseronokan bila team Brazil kalah.


Selepas kekalahan Brazil,
Piala Dunia 2014 padaku dah tamat.
Kekalahan 7-1 itu adalah klimaks Piala Dunia kali ini.
Aku dah tak kisah siapa yang menang.
Jerman ke, Argentina ke itu tak penting dah.
Poster perlawanan aku dah tanggalkan.
Selamat tinggal Brazil.
Kita jumpa 4 tahun lagi di Russia.
Mana tahu boleh menyokong pasukan sendiri.
Mana tahu team Malaysia boleh layak.
Kan bola itu bulat.
Kan wang boleh buat segala2nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan