Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Aku dan Wordless Wednesday

Aku ke Gomenchester

Pada satu petang Sabtu yang redup.
Aku dan famili. Bersama seorang kawan lama. Meredah hujan lebat. Meredah jalan yang tak pernah aku lalui.
3 jam perjalanan daripada Kulaijaya. Tujuannya mencari rumah seorang sahabat lama. Yang bersusah payah membuat open house. Untuk geng2 Whatsapp SRP 1986.
Sempena Aidil Fitri yang hampir dipenghujung.

Pertama kali aku sampai ke Gemencheh. Aku ikut sahaja arahan daripada Waze. Merlimau- Jasin- Selandar- Batang Melaka. Semuanya ikut jalan kampung. Kalau takda Waze. Memang aku dah berpatah balik dah.

Pukul 6 petang. Aku tiba di rumah Man Rimau. Abang kawasan merangkap taiko Gemencheh. Masa sembang2 di Whatsapp, memang ramai yang beriya2 nak datang. Tapi bila tiba masa dan ketikanya, hanya 4 orang sahaja yang sampai dilokasi. Cakap banyak pun tak guna. Alasan macam2 pun tak guna.

Di atas meja makan, dah dilaminate gambar reunion yang masuk suratkhabar tempohari. Hidangan unik orang Gemencheh dihidangkan. Daging Salai Masak Lemak. Juga Rendang Ayam Ma…

Aku dan Wordless Wednesday

Menerima kunjungan hormat. Pakar2 bedah tersohor Malaysia abad ini.

Aku dan Sajak Itulah Politik Namanya

" Itulah Politik Namanya "
Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka. Jika kamu berwang banyak, aku kata, kuat kamu berusaha. Jika kamu berkereta lawa, aku kata, itu berkat rezeki bekerja. Jika kamu berumah mewah, aku kata, untuk tamu yang melimpah.
Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka. Jika kamu berwang banyak, aku kata, duit orang kamu lanyak. Jika kamu berkereta lawa, aku kata, kamu mengada-ada. Jika kamu berumah mewah, aku kata, itu duit rasuah.
Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju. Jika kamu bercakap kasar, aku kata, mereka memang patut diajar. Jika kamu cakap berputar, aku kata, mereka itu yang celupar. Jika kamu berdusta, aku kata, bohong mereka lebih berganda. Jika kamu bersumpah, aku kata, itu tanda mereka bersalah. Jika kamu berdansa, aku kata, itu hanya untuk rakyat bersuka.
Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu. Jika kamu bercakap lunak, aku kata, kamu memang nak berlagak. Jika kamu bercakap lurus, aku kata, harapan kamu dah putus. Jika ka…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang gadis berusia 15 tahun.
Kecil molek warga Myanmar. Pelarian Rohingya. Tiada dokumen sah. Datang ke klinik ditemani ibubapanya. Sambil membawa keputusan UPTnya. Minta aku scan untuk confirmed betul ke dah mengandung.
Dia menafikan sekeras2nya pernah ada hubungan dengan lelaki. Dan aku macam nak percaya ceritanya. Mukanya sangat jujur. Langsung tiada unsur2 penipuan. Tapi. Kandungannya dah bergerak2. Dah lebih 3 bulan usianya.
Dia kata pernah bekerja sambilan di TJ Mart Saleng. Katanya pernah disapa seorang lelaki semasa sedang menunggu bas. Lepas tu dia kata tak ingat apa2.
Aku buntu. Ibunya memang tak nak kandungan itu. Tapi kalau dia tahu siapa lelaki jahanam itu, Dia nak kahwinkan sahaja. Tetapi dia langsung tiada clue. Aku suruh report polis dia tak nak. Aku nak rujuk ke hospital dia tak nak. Dia cuma nak gugurkan bayi itu secepat mungkin. Tetapi usia gadis ini baru 15 tahun. Berat badannya pun tak lebih 35 kg. Rasanya tiada doktor yang berani ambil risiko.

Aku memang buntu…

Aku dan Kerja Malam

Bermula sejak zaman medical student dulu,
aku memang dah biasa kena kerja malam.
Istilah on call, night duty dan night shift dah biasa sangat.
Rasanya dah hampir 20 tahun dah.
Jadinya dah lali sangat.

Sejak zaman medical student dulu,
aku memang dah dibiasakan.
Tidur tak tentu masa.
Kerja tak tentu masa.
Tapi mungkin ini yang aku kehendakkan.
Jadi redha sahajalah.

Masa aku kerja Houseman di Muar,
hostelku berada didepan hospital.
Bilik memang ada katil dan tilam.
Tetapi nak tidur kat bilik sendiri memang boleh dikira.
Rasanya seminggu 1-2 kali sahaja.
Selebihnya aku tidur dimerata2 tempat.
Tidur di bilik on call dah biasa sangat.
Tidur dalam ambulans pernah.
Tidur kat depan kaunter nurse pun pernah.
Cuma tidur kat bilik air yang tak pernah.

Masa aku kerja di Johor Bahru,
aku berulang-alik Kulai dan JB setiap hari.
6 bulan pertama,
aku bekerja di Unit Kecemasan.
Kerja 3 shif; pagi, petang dan malam.
Kalau kena shif malam aku kerja 9 malam hingga 7 pagi.
Kalau hujung minggu memang busy

Aku dan Wordless Wednesday

Utusan Malaysia semalam. Gambar warna. Memang jelas muka masing2. Masing2 update status dalam FB. Muka masuk suratkhabar.
Cerita lanjut di sini

Aku dan #prayforgaza #supportgaza

Dah lebih sebulan.
Tiada tanda2 dunia akan membantu. United Nation. Organization Islamic Council. Al Qaeda. Semuanya takda telur. Aku setuju dengan satu pendapat. Semua negara Islam adalah didalam genggaman Israel. Kecuali Palestine.

Dunia akan aman jika tiada Israel. Dunia akan aman jika tiada Yahudi. Kerana setiap kekacauan dibumi ini. Pasti ada agen Yahudi menjadi dalangnya.

Aku hanya manusia kerdil. Aku tak berani nak mengangkat senjata. Aku tak berani nak mati syahid. Tapi. Aku dah berhenti minum di Starbucks. Aku dah berhenti minum di McD. Aku dah berhenti berbelanja di Tesco. Aku sedang mencuba berhenti membeli produk2 Nestle. InsyaAllah. Kemenangan pasti dipihak yang benar. Cuma bila masanya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Perang ciptaan Israel adalah berat sebelah.
Sesungguhnya Israel adalah dayus dan penakut.
Mereka hanya berani menyerang sekolah, masjid dan tempat2 awam.
Mereka membunuh kanak2 dan wanita tanpa belas kasihan.
Habis semua peraturan perang dilanggarnya.
Se…

Aku dan Riang Ria Hari Raya 5

5 Syawal.
Hari Jumaat.
Hari terakhir percutian rayaku.
Aku menerima kunjungan ipar duai pula.
Dah 3 tahun mereka tak datang beraya kat rumahku.
Tahun ini aku kena kembalikan tradisi.
Seperti tahun2 sebelum ini.
Memang aku yang kena memasak.
Wife sediakan bahan2.
Aku yang memasak.
Tomyam Campur.
Kailan Ikan Masin.
Ayam Padprik.
Itu pun satu tradisi jugak.

Hari sabtu.
Aku mula kerja separuh hari.
Gila punya berat nak masuk klinik.
Syioknya bercuti.
Syioknya beraya.
Tapi memandangkan poket dah kosong.
Aku gagahkan juga masuk klinik.



Aku dan Riang Ria Hari Raya 3

Tiga Syawal.
Aku balik beraya dikampung.
Menziarah saudara-mara belah emak/abah mertua.
Walaupun kereta banyak sepanjang perjalanan,
perjalanan sangat lancar.
Hujan lebat menyambut kedatangan kami.
Program dan jadual sedikit lari.
Hujan punya pasal.
Tapi yang penting,
ikatan silaturahim terus terjalin.
Perut juga kenyang.
Jumpa lagi ditahun hadapan.



Aku dan Riang Ria Hari Raya 2

Ini gambar2 suasana pagi raya. Sambutan hari raya 1Malaysia. Tiada alasan untuk menyambutnya. Walaupun berlainan agama dan bangsa. Tabik hormat kepada keluarga Hj Yusop sekeluarga.

Aku dan Riang Ria Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin
Daripada Kami Sekeluarga.

Aku dan Reunion Geng SRP 1986 SSA

Pagi Dua Syawal. Aku dah pun balik ke rumah. Menyambung membuat persediaan. Untuk meraikan kawan2 lama masa sekolah menengah dahulu. Majlis Perjumpaan Semula Geng SRP 1986. Sek Men Sultan Alauddin. Felda Bukit Besar. Ini kali ke 4 kami buat reunion setiap kali cuti raya. Setiap tahun ada sahaja yang jadi tuan rumah. Dan tahun ini aku dan wife menawarkan diri pula.

Untuk pertama kalinya, majlis dibuat pada sebelah malam. Bermula jam 8 malam. Berakhir jam 11 malam. Kebiasaannya dalam 8-10 famili yang hadir. Tetapi kali ini paling ramai kehadirannya. 20 famili kesemuanya. Semuanya gara2 FB dan Whatsapps. Alhamdulilah.

Untuk majlis sebesar ini, hanya aku dan wife yang saling membantu. Tiada bantuan siapa2. Tiada saudara-mara. Tiada jiran2. Tiada maid. Hanya kami berdua sahaja. Bermula dengan urusan menyediakan tempat. Urusan makan dan minum. Urusan peralatan. Urusan menyambut tetamu. Pendekata dari mula sampai selesai majlis, Semuanya kami berdua yang uruskan.

Masakan kebanyakannya kami …

Syawalku Kali Ini

Tiga hari sebelum Syawal tiba. Aku dah mula bercuti. Aku dah tutup klinik. Kali ini seminggu genap aku berehat. Lupakan klinik dan para pesakit. Tetapi seminggu bercuti pun, aku tak berehat langsung. Ada sahaja program diatur sepanjang hari cuti.

Tiga hari sebelum Syawal tiba. Aku sentiasa sibuk mengemas rumah. Depan dan belakang. Atas dan bawah. Luar dan dalam. Kerana untuk kesekian kalinya. Aku nak jemput sahabat handai datang beraya. Dah lebih 3 tahun aku tak buat open house. Jadi tahun ini aku mencabar keupayaan diri. Menjadi hos terbaik untuk sahabat-handai.

Syawal pertama kali ini. Aku beraya di Bandar Tenggara. Tahun ini giliran berkumpul dirumah wife. Maklumlah emak dan abah dah duduk sendiri. Jadi masing2 berkumpul sejak malam raya lagi. Bergotong-royong memasak. Bergotong-royong makan2. Meriah tapi penat.

Pagi Satu Syawal. Aku ke masjid agak awal. Memang niat nak duduk depan2. Saf ke 3 sekurang2nya. Balik daripada masjid nampak dah ada tetamu dirumah.  Abang emak yang darip…