Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 September 2014

Akhirnya Aku Mengalah

Dua bulan lamanya aku bertahan.
Kononnya dah tak nak kerja malam.
Nak kerja waktu pejabat sahaja.

Sememangnya dua bulan ni,
aku cukup rehat.
Aku jarang sakit kepala.
Aku dah tak sakit2 badan.
Aku juga kurang sakit hati.
Mood pun lebih stabil.
Aku ada banyak masa di rumah.
Aku ada banyak masa bersama keluarga.
Syukur Alhamdulilah.

Tetapi dalam tempoh ini,
penat aku melayan soalan2 dan pertanyaan.
Ramai hairan bila aku dah tak kerja malam.
Ramai juga mengeluh bila aku dah tak kerja malam.
Ramai yang merayu meminta aku kerja malam semula.
Macam2 alasan aku dengar.
Macam2 rayuan aku dengar.


Aku sebenarnya dah tak larat.
Nak berulang-alik ke klinik.
Walaupun jarak perjalanan tak lebih 10 minit,
tapi bila dah sampai kat rumah,
aku dah jadi malas.
Terutama bila nampak bantal dan kerusi malas.
Aku juga tak nak ambil locum diklinik aku.
Itu satu lagi dilemma.
Bila aku letak doktor locum,
macam2 cerita sampai ke telinga aku.
Emak aku kat kampung pun tolong menyampaikan cerita.

Akhirnya aku pun mengalah.
Mulai semalam,
aku mula kerja malam semula.
Aku rehat pukul 6pm.
Pukul 7pm aku dah start tengok pesakit semula.
Alhamdulilah.
Ramai juga pesakit aku malam tadi.

Mulai bulan ini,
Staf aku kembali 5 orang.
2 staf lama aku kembali bekerja denganku semula.
Sesungguhnya perancangan Allah cukup cantik.
Semua staf aku dah kira otai.
Dah kenal sangat hati budi masing2.
Harap dah takda gaduh2.
Harap dah takda parti politik.
Harap dah takda adegan2 atau isu2 negatif.

Selamat kembali kerja malam Boss!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan