Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Ogos 2014

Aku dan Kerja Malam


Bermula sejak zaman medical student dulu,
aku memang dah biasa kena kerja malam.
Istilah on call, night duty dan night shift dah biasa sangat.
Rasanya dah hampir 20 tahun dah.
Jadinya dah lali sangat.

Sejak zaman medical student dulu,
aku memang dah dibiasakan.
Tidur tak tentu masa.
Kerja tak tentu masa.
Tapi mungkin ini yang aku kehendakkan.
Jadi redha sahajalah.

Masa aku kerja Houseman di Muar,
hostelku berada didepan hospital.
Bilik memang ada katil dan tilam.
Tetapi nak tidur kat bilik sendiri memang boleh dikira.
Rasanya seminggu 1-2 kali sahaja.
Selebihnya aku tidur dimerata2 tempat.
Tidur di bilik on call dah biasa sangat.
Tidur dalam ambulans pernah.
Tidur kat depan kaunter nurse pun pernah.
Cuma tidur kat bilik air yang tak pernah.

Masa aku kerja di Johor Bahru,
aku berulang-alik Kulai dan JB setiap hari.
6 bulan pertama,
aku bekerja di Unit Kecemasan.
Kerja 3 shif; pagi, petang dan malam.
Kalau kena shif malam aku kerja 9 malam hingga 7 pagi.
Kalau hujung minggu memang busy.
Banyak kes2 mabuk, gaduh juga accident.
Kalau tak busy, pukul 12 aku dah boleh tidur.
Tapi biasanya kena jadi burung hantu.

6 bulan berikutnya,
aku kena pindah ke wad Urologi.
Kena on call 2 minggu straight.
Kena standby 24 jam 2 minggu berturut2.
Memang gila.
Sekejap2 pager berbunyi.
Tak kira masa.
Setiap kali pager berbunyi jantung aku jadi laju.
Takut kalau2 ada kes emergency.
Bil telefon aku pernah cecah 300 ringgit sebulan.
Tak boleh claim pulak tu.
Kadang2 tengah2 malam kena drive pergi JB.
Kadang2 berbuka dalam kereta.
Tidur dalam kereta dah biasa.
Tidur dalam tandas bilik bedah aku pernah buat.
Memang gila.

Cukup 6 bulan aku dipindahkan.
Aku minta pindah sebenarnya.
Aku dapat kerja di hospital daerah.
Aku dapat rumah banglo dibelakang hospital.
3 hari sekali kena on call.
Tetapi memandangkan rumah dekat,
aku boleh balik rumah walaupun on call.
Ada kes2 serius aku patah balik ke hospital.

Itulah rutin hidupku sepanjang 10 tahun bekerja dengan kerajaan.
Bekerja tak tentu masa.
Tidur tak tentu masa.
Makan tak tentu masa.
Antara sebab aku berhenti kerja kerajaan,
aku dah tak sanggup kerja malam.
Gila babi punya stress.
Pesakit collapsed kat wad.
Kemalangan teruk di wad kecemasan.
Baby lemas di bilik bersalin.
Ibu tumpah darah dalam bilik bersalin.
Itu belum kira gangguan daripada VVIP.
Yang semuanya nak urgent.
Yang semuanya nak cepat.

Bila aku buka klinik sendiri,
episod baru pun bermula.
Waktu kerja aku lebih fleksibel.
Tapi aku masih kena kerja malam jugak.
Pukul 10 malam baru tutup klinik.
Kadang2 terlajak sampai pukul 11.
Pesakit aku memang ramai yang suka datang malam.
Kena tunggu lepas habis kerja.
Baru boleh bawa anak ke klinik.
Mula2 dulu aku kerja setiap malam.
Lepas beberapa tahun aku kurangkan sehari.
Lepas beberapa tahun aku kurangkan lagi sehari.

Aku bukan tak suka kerja malam.
Tapi banyak perkara aku tertinggal.
Pelajaran anak2.
Kenduri-kendara.
Jemputan mesyuarat.
Berjemaah di masjid.
Dan yang utama masa bersama keluarga.


Rasanya dah hampir 20 tahun aku korbankan masa aku.
Jadi sejak awal ramadhan tempohari,
klinik aku hanya beroperasi sampai pukul 6 sahaja.
Aku dah berhenti kerja malam.
Niatnya nak berterawih.
Niatnya nak bersama2 keluarga.
Alhamdulilah.
Cukup terawih aku tahun ini.

Bila dah tak bekerja malam,
Kepala jadi lapang.
Badan pun rasa ringan sikit.
Sempat aku balik berbuka dikampung berkali-kali.
Sempat aku memasak berbuka sekali- sekala.
Pagi2 pergi kerja tak rasa stress atau penat sangat.

Naik cuti raya aku mula terfikir.
Bagusnya kalau aku tak payah kerja malam seterusnya.
Jadi aku suruh staf adjust waktu kerja masing2.
Kita kerja siang sahaja seterusnya.
Dah 2 minggu aku tak kerja malam.
Dah tak terkira yang bertanya.
Melalui telefon mahupun SMS.
Masing2 mengeluh.
Masing2 tak sabar bila aku nak kerja malam semula.
Ramai yang kata aku dah kaya.
Aku mengaminkan sahaja.
Bukan kira duit sahaja sebenarnya.
Duit banyak manapun memang tak cukup.
Tapi aku rasa cukuplah setakat ini.
Dah cukup puas berbakti kepada pesakit.
Dah puas bekerja malam.
Dah tiba masanya.
Aku kena fikir tentang diriku sendiri.

Money feeds the pocket.
Wealth feeds the ego.
But what feeds the soul?

Renung2kan dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan