Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Ogos 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang gadis berusia 15 tahun.
Kecil molek warga Myanmar.
Pelarian Rohingya.
Tiada dokumen sah.
Datang ke klinik ditemani ibubapanya.
Sambil membawa keputusan UPTnya.
Minta aku scan untuk confirmed betul ke dah mengandung.

Dia menafikan sekeras2nya pernah ada hubungan dengan lelaki.
Dan aku macam nak percaya ceritanya.
Mukanya sangat jujur.
Langsung tiada unsur2 penipuan.
Tapi.
Kandungannya dah bergerak2.
Dah lebih 3 bulan usianya.

Dia kata pernah bekerja sambilan di TJ Mart Saleng.
Katanya pernah disapa seorang lelaki semasa sedang menunggu bas.
Lepas tu dia kata tak ingat apa2.

Aku buntu.
Ibunya memang tak nak kandungan itu.
Tapi kalau dia tahu siapa lelaki jahanam itu,
Dia nak kahwinkan sahaja.
Tetapi dia langsung tiada clue.
Aku suruh report polis dia tak nak.
Aku nak rujuk ke hospital dia tak nak.
Dia cuma nak gugurkan bayi itu secepat mungkin.
Tetapi usia gadis ini baru 15 tahun.
Berat badannya pun tak lebih 35 kg.
Rasanya tiada doktor yang berani ambil risiko.

Aku memang buntu.
Ingat kisah2 seperti ini hanya berlaku dalam FB.
Rupa2nya benar2 berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan