Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Ogos 2014

Aku dan Reunion Geng SRP 1986 SSA

Pagi Dua Syawal.
Aku dah pun balik ke rumah.
Menyambung membuat persediaan.
Untuk meraikan kawan2 lama masa sekolah menengah dahulu.
Majlis Perjumpaan Semula Geng SRP 1986.
Sek Men Sultan Alauddin.
Felda Bukit Besar.
Ini kali ke 4 kami buat reunion setiap kali cuti raya.
Setiap tahun ada sahaja yang jadi tuan rumah.
Dan tahun ini aku dan wife menawarkan diri pula.


Untuk pertama kalinya,
majlis dibuat pada sebelah malam.
Bermula jam 8 malam.
Berakhir jam 11 malam.
Kebiasaannya dalam 8-10 famili yang hadir.
Tetapi kali ini paling ramai kehadirannya.
20 famili kesemuanya.
Semuanya gara2 FB dan Whatsapps.
Alhamdulilah.


Untuk majlis sebesar ini,
hanya aku dan wife yang saling membantu.
Tiada bantuan siapa2.
Tiada saudara-mara.
Tiada jiran2.
Tiada maid.
Hanya kami berdua sahaja.
Bermula dengan urusan menyediakan tempat.
Urusan makan dan minum.
Urusan peralatan.
Urusan menyambut tetamu.
Pendekata dari mula sampai selesai majlis,
Semuanya kami berdua yang uruskan.


Masakan kebanyakannya kami masak sendiri.
Aku buat Yong Tau Fu dan sup.
Wife buat Nasi Goreng dan Ayam Goreng Berempah.
Manakala satay kami order 500 cucuk.
Alhamdulilah.
Berkat tawakal kepada Allah.
Makanannya cukup2 untuk tetamu yang hadir.
Ibubapa 20 orang.
Anak masing2 ada 5 orang.
Lebih kurang 100 orang berkampung dirumah aku malam itu.


Kawan2 yang datang semuanya anak2 peneroka Felda.
Selepas SRP 1986 ramai yang berpindah sekolah.
Ada yang masuk sekolah vokasional.
Ada yang masuk sekolah teknik.
Ada yang stay sampai tingkatan 5.
Manakala aku pindah ke sekolah sains di Kluang.
Sebab itu aku sebut Geng SRP dan bukannya geng SPM.
Dalam ramai2 berkawan,
cuma aku dan wife yang kekal bercouple sampai ke pelamin.
Yang lain2 kebanyakkannya sekadar cinta monyet.


Bila dapat berjumpa semula seperti ini,
cerita yang best ialah cerita masa zaman sekolah dulu.
Cerita pasal kerjaya ataupun keluarga dah tak best.
Cerita kena rotan dengan cikgu.
Cerita ponteng sekolah.
Cerita curi makanan kat kantin.
Itu lebih menarik banding cerita2 terkini.
Dalam ramai2,
kesemuanya berjaya menjadi manusia.
Ada jadi jurutera, pegawai bank, guru, pembantu perubatan, polis.
Tetapi hanya aku seorang yang berjaya menjadi doktor.
Walaupun cuma sekadar doktor cabuk sahaja.
Alhamdulilah.


Group ini memang ramai yang gila2.
Kalau tak percaya,
join group Whatsapps mereka.
Masing2 tak habis2 bercerita.
Setiap masa dan ketika.
Ada sahaja modal bercerita.
Ada sahaja yang menyampuk.
Ada sahaja yang menokok-tambah.


Sebagai tuanrumah,
aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada wife yang bertungkus-lumus.
Terima kasih kepada anak2 yang ringan tulang membantu.
Terima kasih kepada sahabat2 yang hadir.
Terima kasih kepada anak2 sahabat yang menghabiskan makanan.
InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi.
Mungkin bukan ditempat yang sama.
Kerana tuan rumah 2015 telah pun dipilih.


Geng SRP 1986.
Andalah yang terbaik.

Sambung cerita reunion di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan