Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2014

Aku ke Gomenchester


Pada satu petang Sabtu yang redup.
Aku dan famili.
Bersama seorang kawan lama.
Meredah hujan lebat.
Meredah jalan yang tak pernah aku lalui.
3 jam perjalanan daripada Kulaijaya.
Tujuannya mencari rumah seorang sahabat lama.
Yang bersusah payah membuat open house.
Untuk geng2 Whatsapp SRP 1986.
Sempena Aidil Fitri yang hampir dipenghujung.


Pertama kali aku sampai ke Gemencheh.
Aku ikut sahaja arahan daripada Waze.
Merlimau- Jasin- Selandar- Batang Melaka.
Semuanya ikut jalan kampung.
Kalau takda Waze.
Memang aku dah berpatah balik dah.


Pukul 6 petang.
Aku tiba di rumah Man Rimau.
Abang kawasan merangkap taiko Gemencheh.
Masa sembang2 di Whatsapp,
memang ramai yang beriya2 nak datang.
Tapi bila tiba masa dan ketikanya,
hanya 4 orang sahaja yang sampai dilokasi.
Cakap banyak pun tak guna.
Alasan macam2 pun tak guna.


Di atas meja makan,
dah dilaminate gambar reunion yang masuk suratkhabar tempohari.
Hidangan unik orang Gemencheh dihidangkan.
Daging Salai Masak Lemak.
Juga Rendang Ayam Maman Gemencheh.
Tiada di tempat lain kata tuanrumah.


Semasa aku tiba di sana,
hujan baru sahaja berhenti.
Anak2 baru nak berlari diluar rumah.
Bila ada apek jual aiskrim lalu,
masing2 terus serbu.
Takpa.
Tuanrumah belanja makan dessert.


Ini rumah Man Rimau.
Seorang anggota polis.
Seorang yang cukup patriotik.
Dia lebih sayangkan negaranya banding ahli2 politiknya.
Dia seorang penyokong kerajaan tegar.
Dia pantang betul kalau ada yang kutuk kerajaan depan dia.
Silap2 boleh kena penampar.
Sempena hari Merdeka ni,
rumahnya penuh dengan bendera.
Bendera beli bukan subsidi sergahnya.
Dan kami dipaksa bergambar didepan rumahnya.
Sambil memegang bendera.

Pukul 7 malam.
Aku terpaksa minta diri.
Nak kena memandu kembali ke Kulaijaya.
Ada yang kena masuk ofis.
Ada yang kena pergi sekolah.

Sebenarnya banyak lagi open house patut aku hadiri.
Tetapi demi janji dan taat setia kepada Tok Penghulu,
aku korbankan yang lain2.
Aku kasihankan dia suami isteri.
Bersusah-payah buat majlis ini.
Tetapi seorang demi seorang geng di Whatsapps menarik diri.
Aku faham perasaannya.

Sekian.
Kisah penutup Syawal tahun ini.
Jumpa lagi di tahun hadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan