Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Ogos 2014

Syawalku Kali Ini

Tiga hari sebelum Syawal tiba.
Aku dah mula bercuti.
Aku dah tutup klinik.
Kali ini seminggu genap aku berehat.
Lupakan klinik dan para pesakit.
Tetapi seminggu bercuti pun,
aku tak berehat langsung.
Ada sahaja program diatur sepanjang hari cuti.


Tiga hari sebelum Syawal tiba.
Aku sentiasa sibuk mengemas rumah.
Depan dan belakang.
Atas dan bawah.
Luar dan dalam.
Kerana untuk kesekian kalinya.
Aku nak jemput sahabat handai datang beraya.
Dah lebih 3 tahun aku tak buat open house.
Jadi tahun ini aku mencabar keupayaan diri.
Menjadi hos terbaik untuk sahabat-handai.


Syawal pertama kali ini.
Aku beraya di Bandar Tenggara.
Tahun ini giliran berkumpul dirumah wife.
Maklumlah emak dan abah dah duduk sendiri.
Jadi masing2 berkumpul sejak malam raya lagi.
Bergotong-royong memasak.
Bergotong-royong makan2.
Meriah tapi penat.


Pagi Satu Syawal.
Aku ke masjid agak awal.
Memang niat nak duduk depan2.
Saf ke 3 sekurang2nya.
Balik daripada masjid nampak dah ada tetamu dirumah. 
Abang emak yang daripada Singapura dah sampai.
Awal betul mereka sampai.
Janjinya tengahari.
Tetapi sebelum pukul 9 dah sampai.
Takut jem di tambak kata mereka.
Pukul 11 pagi.
Saudara-mara cina daripada Parit Sulung juga sampai.
Ini tradisi sejak 4 tahun yang lalu.
Mereka datang makan2 dan sembang2 sampai tengahari.
Lepas Zuhur baru mereka bertolak balik.


Petang Syawal pertama.
Aku dan semua adik-beradik wife baru dapat berkumpul.
Bersalam2an dan bermaaf2an.
Mana yang dah bekerja membahagi2 duit raya.
Mana2 yang belum bekerja,
menadah tangan menerima sampul duit raya.
Setiap tahun,
keluarga Hj Yusop semakin berkembang.
Cucu2 semuanya semakin membesar.
Sampul duit rayaku semakin kurang.
Setiap tahun juga,
aku kena jadi fotografer.
Mengabadikan saat2 indah bersama2 ahli keluarga.
Akhirnya,
diri sendiri tak masuk dalam gambar.
Keluarga sendiri terpinggir.


Malam Syawal pertama.
Aku balik ke rumah emak sendiri di Bukit Besar.
Adik-beradik aku masih berkumpul dirumah emak.
Jadi aku ulang kembali skrip yang sama.
Bersalam dan bermaaf2an.
Menghulur sampul duit raya.
Lepas tu baru makan ketupat rendang.
Masakan emak yang telah menjadi kemestian.


Malam Syawal pertama.
Aku singgah ke rumah arwah Wak Mis di Sungai Sibol.
Antara lokasi wajib saban tahun.
Banyak memori pahit manis terpahat dirumah ini.
Kerana aku membesar di sini.
Kerana keluarga ini banyak berjasa kepadaku.
Kerana tanpa mereka,
aku tak mungkin menjadi seperti sekarang.


Syawal Kedua: Reunion geng SRP 1986.
Syawal Ketiga: Beraya di Muar.
Syawal Keempat: Menerima kunjungan keluarga.
Syawal Kelima: Menerima kunjungan keluarga wife.
Syawal Keenam: Mula bekerja





Tiada ulasan:

Catat Ulasan