Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Aku dan GST

Mulai 1 April 2015.
Satu sistem percukaian baru akan mula dikuatkuasakan.
Dulu ada Cukai Jualan 10%.
Dulu ada Cukai Perkhidmatan 6%.
Kedua2nya jika dicampurkan jumlahnya ialah 16%.
Kadang2 kita nampak cukai ini dalam resit.
Tapi biasanya kita memang tak nampak cukai ini dikenakan.
Kecuali kalau bayar bil di restoran makanan segera.
Ataupun bil2 bilik hotel.

Jadi mulai 1 April 2015.
Cukai2 ini akan dihapuskan.
Cukai ini akan diganti dengan sistem percukaian yang baru.
Cukai Barangan Dan Perkhidmatan ( GST- Good And Service Tax ).
Dan jika dilihat pada angka.
Cukai hanya 6% untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.
Nampak lebih untung.
Nampak lebih murah.
Nampak lebih jimat.
Tetapi sebagai seorang yang bukan pakar ekonomi,
sampai sekarang aku masih keliru.
Keliru dengan penerangan kerajaan.
Keliru dengan sanggahan parti pembangkang.


Pada pemahamanku.
Sistem cukai sekarang tidak cukup telus.
Sistem cukai sekarang tidak cukup menyeluruh.
Hanya sebahagian sahaja perkhidmatan yang kena b…

Aku dan Baby Z250ku

Hampir setahun yang lalu. Aku beli motosikal ini. Kawasaki Z250 naked. Juga dikenali sebagai Baby Z. Sebabnya? Sekali imbas rekabentuknya macam superbike bercc besar. Z800 ataupun Z1000. Tetapi rupa2nya ccnya kecil sahaja.

Rasanya aku pernah tulis. Kenapa aku terjebak dengan motosikal ini. Tetapi dalam tempoh setahun ini. Aku boleh kira berapa kali aku menunggang motosikal ini. Kekangan masa.  Kekangan cuaca. Juga minat yang semakin pudar. Menyebabkan aku jarang menunggangnya. Ada ramai yang ajak join group. Pergi konvoi sana-sini. Pergi attend event sana-sini. Tapi aku belum berkesempatan lagi. Lagipun motosikal aku cc kecik. Takut ketinggalan dan telan asap aje nanti.

Sebagai beginner, motosikal ni memang sesuai. Ianya sangat mudah dipandu. Ianya stabil diselekoh. Juga senang nak mencelah2 ketika jem. Masuk highway tak payah tol. Masuk highway boleh guna lorong kecemasan. Bila hujan berhenti bawah jambatan. Tapi bila dah tahap otai. Dan umur yang dah masuk 4 series ni. Motosikal ni …

Aku dan Melayu Yang Pemalas

Tun Mahathir bersuara lagi.
Kali ini lebih keras.
Lelaki Melayu pemalas.
Lelaki Melayu tak suka belajar.
Lelaki Melayu hanya suka jadi Mat Rempit.
Lelaki Melayu tak boleh dipercayai.
Lelaki Melayu pantang nampak duit.
Lelaki Melayu mudah hilang pertimbangan kerana duit.
Lelaki Melayu juga tak mahu bayar hutang.
Pandai pinjam tapi buat2 lupa bila suruh bayar.

Aku lelaki Melayu.
Tetapi aku bukan lelaki Melayu yang dia maksudkan.
Aku sebaliknya.
Ramai kawan2 sebangsaku begitu juga.
Mereka rajin berusaha.
Mereka rajin membaca.
Mereka berani bersaing.
Mereka mahu keluar daripada kepompong.
Mereka tak mahu duduk dizon selesa mereka sahaja.
Kini ramai daripada mereka telah berjaya.
Rasanya lebih 90% kawan sebangsaku telah berjaya.
Membina kehidupan mereka.
Menjadi bangsa Melayu yang berwibawa.

Tetapi manusia tetap manusia.
Tak kira apa bangsa dan warna kulit.
Ramai juga yang malas berusaha.
Ramai yang nak hidup senang dengan sedikit usaha.
Penjawat2 awam contoh paling nyata.
Pegawai2 kastam…

Aku Kembali ke Streamyx

Hampir 2 tahun dulu.
Aku potong line Streamyx kat rumah aku.
Konon nak lebih jimat.
Konon nak yang portable.
Konon nak senang dibawa kemana-mana.
Tetapi pakai tak sampai 2 minggu,
anak2 dah habiskan data plannya.
Biasalah budak2 zaman sekarang.
Internet 24 jam.
Makan berinternet.
Tidur berinternet.
Mandi pun nak berinternet.


4 hari yang lalu.
Aku lalu kat TM Point.
Nampak lengang tak macam selalu.
Lalu aku pun singgah dikaunter.
Nak bertanya pasal pakej Unifi kalau dah ada.
Dah beberapa kali bertanya,
Unifi masih belum ada dikawasan perumahanku.
Tapi Streamyx dah makin laju sekarang.
Harga pakej pun berpatutan.
Jadi aku pun pasang balik line Streamyx kat rumah aku.
Prosedurnya dah tak susah.
Tunjuk aje kad pengenalan.
Tak payah isi borang apa2.
Cuma tandatangan sahaja.
Tak payah bayar apa2 upfront.
Selang 2 hari.
En Azhar kontraktor TM call aku.
Dia dah ready nak pasang.


Maka bermula hari ini.
Aku kembali berStreamyx daripada rumah.
PortaWiFi aku potong.
Lagipun kontrak dah lama habi…

Aku dan 10 Pantang-Larang Untuk Mendapatkan MC

10. JANGAN TERLALU BERLEBIHAN DALAM BERDANDAN.
Orang sakit biasanya takda masa nak berdandan. Orang sakit biasanya takda mood nak solek tebal2. Orang sakit biasanya takda mood nak pakai tudung yang belit2 atas kepala. Orang sakit biasanya berpakaian ala-kadar. Takda logik kalau sakit senggugut boleh bermake-up tebal2. Takda logik kalau cirit-birit pakai jeans ketat. Takda logik kalau sakit pinggang pakai kasut tumit.
9. JANGAN TERLALU SIMPLE DALAM BERPAKAIAN.
Berpakaian seksi didepan doktor tidak akan membantu. Aku tahulah kau sakit kepala sangat2, tapi takkan pukul 5 petang masih pakai pakaian tidur?
8. JANGAN DATANG DALAM KUMPULAN. Peluang anda semakin tipis jika anda lihat ramai rakan2 sekerja sedang menunggu giliran.
Peluang anda semakin tipis jika anda pakat ajak kawan2 jumpa doktor yang sama. Doktor jarang menulis MC untuk semua pekerja daripada tempat kerja yang sama.
7. JANGAN SELALU DATANG DIKLINIK YANG SAMA. Jangan sampai anda dilabel sebagai MC seeker. Jangan hampir setiap …

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan SJCAM 4000

Aku bukan peminat Running Man.
Tapi anak2 aku peminat setia rancangan Running Man.
Tengok dan ulang banyak kali pun tak pernah jemu.
Kadang2 aku tengok jugak.
Terutama bila tiada movie baru di HBO dan FOX.
Atau tiada cerita baru di History.

Setiap kali aku tengok Running Man,
ada dua benda yang aku suka tengok.
Satu; persekitaran tempat rakaman.
Dua; aku suka kira berapa kamera yang mereka gunakan.
Running Man ni ratingnya tinggi.
Satu peserta sekurang2nya ada 2 jurukamera yang ikut dia.
Itu tak termasuk kamera letak kat kepala.
Kamera letak kat badan.
Dan satu kamera yang terbang dilangit.
Jadi memang tak jemu tengok rancangan ini.
Hampir semua moment dia boleh tangkap.
Riak, aksi dan wajah semua peserta boleh diflashback.
Padahal kisahnya cuma main batu seremban sahaja.

Dalam banyak2 kamera,
kamera GoPro yang kecil banyak kelihatan.
Hampir semua situasi boleh diguna pakai.
Di darat, di udara juga di dalam air.
Memang lasak gila kamera ini.
Tak sepadan dengan saiznya.
Dulu harganya …

Aku dah Update ke iOS 8

Ini cerita iOS 6 saya. Ini cerita iOS 7 saya.

Naik taraf lagi. Menuju kemajuan teknologi. Menuju kecanggihan ciptaan manusia.  Sambil menunggu iPhone 6 tiba di Malaysia.
iOS 8. Ada banyak ciri-ciri tambahan. Tapi ada dua yang aku paling perasan. Kamera bukan setakat ambil gambar sahaja sekarang. Dah boleh edit macam2. Ada self timer untuk mudah berselfie. Ada time lapse untuk ambil gambar jangkamasa lama. Maka makin berkaratlah DSLR aku.
Satu lagi kemudahan. Keyboard lebih advanced dan mesra pengguna. Ada suggestive word lebih lengkap. Bahasa Melayu juga Inggeris. Lebih cepat menulis. Lebih pantas menaip.
Cuma satu kelemahannya. Skrin iPhone 4 terasa makin kecil. Bila usia makin bertambah. Jari makin kembang. Mata makin rabun. Perlu skrin lebih besar.

Aku dan Cerita Hari Ini

A giant ship engine failed.  The ship’s owners tried one expert after another,  but none of them could figure but how to fix the engine. Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a young.  He carried a large bag of tools with him,  and when he arrived,  he immediately went to work.  He inspected the engine very carefully,  top to bottom. Two of the ship’s owners were there,  watching this man,  hoping he would know what to do.  After looking things over,  the old man reached into his bag and pulled out a small hammer.  He gently tapped something.  Instantly, the engine lurched into life.  He carefully put his hammer away.  The engine was fixed! A week later,  the owners received a bill from the old man for Rupees ten thousand . “What?!” the owners exclaimed.  “He hardly did anything!” So they wrote the old man a note saying,  “Please send us an itemized bill.” The man sent a bill that read: Tapping with a hammer…… ……… ……. Rs. 2.00 Knowing where to tap………. ……… …… Rs. 9, 998.00
Moral:…

Aku dan Wordless Wednesday

" Happy Malaysia Day "

Aku Singgah Di Kuala Lumpur

Rasanya aku pernah bercerita.
Percutian keluargaku tak dikira lengkap,
kecuali dapat jalan2 dalam shopping mall.
Window shopping itu dah jadi wajib kalau bercuti.
Bercuti kat mana2 pun,
mesti nak ke shopping mall juga.

Jadi turun daripada Cameron Highlands,
aku singgah berehat di Kuala Lumpur.
Perjalanan balik agak lancar.
Jalan hanya sesak terutama di kawasan menjual sayur di Brinchang.
Ini kerana kenderaan diletak sesuka hati.
Ini kerana kenderaan berhenti sesuka hati.
Selepas itu tiada lagi masalah.
Perjalanan di lebuhraya lancar sampai ke Kuala Lumpur.


Malam itu aku menumpang tidur di rumah anak saudara.
Bermalam dikondo kepunyaannya di Selayang.
Bermalam dirumah saudara ibarat duduk dirumah sendiri.
Lengkap dengan makan malam dan sarapan pagi.
Alhamdulilah.
Semoga Allah tambah lagi rezeki kepada mereka.

Pagi hari minggu.
Pukul 9 aku dah checked out.
Cadang nak bawa anak2 ke Berjaya Times Square.
Macam2 boleh dilihat di sana.
Macam2 boleh dibeli di sana.
Tak membeli pun takpa.
Yang…

Aku dan Kenangan di Cameron Highlands

Kenangan abadi bersama insan2 tersayang.
Semoga ini bukan yang terakhir. Semoga selepas ini akan ke tempat lebih jauh dan lebih sejuk.
*Salam siaran daripada Restoran Rasa Utara, *Berjaya Times Square, *Kuala Lumpur.

Aku di Century Pines Resort

Bila anak dah semakin besar, Bilik hotel pun kena yang lebih besar. Setakat Deluxe Room memang dah tak selesa. Bila aku semak di Agoda, Hotel ini terletak di ranking paling atas. Ada juga hotel2 lain tapi aku dah pernah try. Jadi aku pun booked yang ini.

Hotel ini letaknya di Tanah Rata. Senang nak cari lokasinya. Dari tepi jalan besar dah nampak signboard buruknya. Aku tengok luarannya nampak usang. Aku bimbang tak capai standard anak2 aku. Tapi bila masuk ke lobi, Segala2nya berubah. Perkhidmatannya menepati jangkaan.

Proses pendaftaran sangat mudah. Kaunter lengang. Walaupun dah cuti sekolah, Hanya famili aku sahaja yang kelihatan. Lobinya luas dan sangat bersih. Lifnya pantas. Laluan ke bilik juga cantik. Karpetnya tak berbau hapak. Dan paling penting. Biliknya memenuhi jangkaan kami sekeluarga. Ada ruang rehat. Ada balkoni. Ada pantri. Juga ada ekstra sofa bed.

WiFi disediakan disetiap bilik. Satu orang satu password. Dan memandangkan orang tak ramai, Connection sangat pantas. Guling2 anak2 ku berinternet.

Sebela…

Aku Kesejukan di Cameron Highlands

Cuti sekolah kali ini.
Anak2 sibuk ajak jalan.
Terutama yang baru balik daripada asrama. Tension belajar katanya. Mereka cadangkan ke Cameron Highland. Sebab dah lama tak ke sana.
Sebab nak rasa cuaca sejuk dingin beku.

Kali pertama ke CH lebih 15 tahun yang lalu. Masa itu anak baru satu. Kereta pun Saga Iswara sahaja. Semuanya main redah aje. Masa tu tengah kemaruk dengan kaktus. Nyonya nurseri di Kota Tinggi yang suggest aku ke CH. Bila sampai memang tak ingat lain. Pokok bunga, nurseri dan kaktus. Masa turun dari CH penuh boot dan seat belakang dengan pokok2 bunga.

Kali kedua ke CH pada bulan 6 tahun 2011.
Anak masa tu dah tiga. Itupun kebetulan. Cadangnya nak bercuti dengan kawan2 di Ipoh. Tetapi ramai yang cancel last minute. Jadi aku pun singgah ke CH. Masa tu pun tengah kemaruk. Pertama kali petik strawberi, petik sayur, petik daun teh. Dan tak lupa beli sayur2 segar dan murah.

Kali ketiga ke CH bulan 11 tahun yang sama. Balik dari majlis kahwin anak Uncle  Lai di Kampar. Masa …

Aku Belum Gila BerWhatsapp

Dunia dah berubah.
Hampir semua orang dah ada handphone. Hampir semua orang dah ada smartphone. Phone yang ada connection dengan internet. Segala apa yang berlaku dalam dunia.
Sekelip mata sahaja dah boleh tahu. Sekelip mata sahaja boleh disebarkan. Tak payah tunggu berita tv jam 8 malam. Tak payah tunggu suratkhabar esok pagi. Cari aje dalam internet. Berita2 terkini. Berita2 sensasi.
Bila semua orang dah ada smartphone. Bila semua orang dah ada capaian 3G. Connection jadi sangat pantas. Masing2 dah ada FB. Masing2 dah ada Twitter. Dan yang terkini, Masing2 dah ada group Whatsapp. Aplikasi paling pantas, murah dan serba-boleh. Tulis sekali semua orang boleh terima. Semua orang boleh baca. Semua orang boleh komen. Semua orang boleh tokok tambah. Semua orang boleh share. Satu cerita. Satu gambar. Satu statement. Boleh jadi viral dalam sekelip mata.

Soalan bocor UPSR.
Soalan hampir bocor UPSR. Soalan 'ramalan' UPSR. Berlaku setiap tahun. Setiap tahun ceritanya sama. Sana-sini men…