Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 September 2014

Aku Belum Gila BerWhatsapp

Dunia dah berubah.
Hampir semua orang dah ada handphone.
Hampir semua orang dah ada smartphone.
Phone yang ada connection dengan internet.
Segala apa yang berlaku dalam dunia.
Sekelip mata sahaja dah boleh tahu.
Sekelip mata sahaja boleh disebarkan.
Tak payah tunggu berita tv jam 8 malam.
Tak payah tunggu suratkhabar esok pagi.
Cari aje dalam internet.
Berita2 terkini.
Berita2 sensasi.

Bila semua orang dah ada smartphone.
Bila semua orang dah ada capaian 3G.
Connection jadi sangat pantas.
Masing2 dah ada FB.
Masing2 dah ada Twitter.
Dan yang terkini,
Masing2 dah ada group Whatsapp.
Aplikasi paling pantas, murah dan serba-boleh.
Tulis sekali semua orang boleh terima.
Semua orang boleh baca.
Semua orang boleh komen.
Semua orang boleh tokok tambah.
Semua orang boleh share.
Satu cerita.
Satu gambar.
Satu statement.
Boleh jadi viral dalam sekelip mata.


Soalan bocor UPSR.
Soalan hampir bocor UPSR.
Soalan 'ramalan' UPSR.
Berlaku setiap tahun.
Setiap tahun ceritanya sama.
Sana-sini mendakwa ada soalan bocor.
Soalan ramalan sebijik macam soalan sebenar.
Budak2 diarah menghafal jawapan objektif sebelum masuk dewan periksa.
Guru2 tuisyen suruh anak2 murid hafal karangan.
Namun masing2 buat tak endah.
Sebab masing2 nak jaga kepentingan.
Nama sekolah kena jaga.
Prestasi sekolah kena jaga.
Peratusan kena naik.
Kalau tidak gaji tak naik.
Kalau tidak pangkat tak naik.
Saban tahu sama sahaja.
Masa depan anak2 dicagarkan.
Demi nama dan wang ringgit.
Bahasa Malaysia boleh dapat A+.
Bahasa Inggeris pun boleh dapat A+.
Tapi cuba tanya soalan.
Tanya sakit apa pun tak tahu nak jawab.
Bangla kerja kilang lagi fasih bahasanya.


Minggu ini negara dikejutkan.
Soalan bocor hadir dengan bukti.
Ada gambar kulit muka depan sekali.
Lembaga Peperiksaan dah tak boleh nak sorok.
Bukti sahih dan tersebar melalui Whatsapp.
Kertas soalan sebijik macam kertas periksa sebenar.
Maka nak tak nak kertas terpaksa dibatalkan.
Murid2 kena ambik periksa semula.
Bukan satu tapi dua subjek.
Ramai ibubapa mengeluh.
Cikgu2 juga mengeluh.
Ramai memaki hamun dalam FB dan Twitter.
Bapak menteri pun kononnya marah.
Ada pihak nak sabotaj kementeriannya.
Dalang perlu dicari.
Dalang perlu terima balasan setimpal.
Dalangnya mungkin parti pembangkang.
Dalangnya mungkin sekutu Anwar Ibrahim.


Satu lagi yang terbaru dalam Whatsapp.
Kisah jururawat kena rogol di Hospital Mersing.
Dah tiada selindung lagi.
Report polis boleh dicopy paste dalam Whatsapp.
Cerita 100 peratus sama dengan police report.
Siap ada nama penuh dan gambar sekali.
Begitulah perangai kakitangan kerajaan.
Polis dah tak boleh dipercayai.

Inilah bahana Whatsapp.
Kadang2 berpuluh2 group dipaksa join.
Group sekolah tadika.
Group sekolah rendah.
Group sekolah menengah.
Group geng kolej.
Group geng motosikal.
Group geng kereta.
Group geng bas sekolah.
Group sahabat sejati.
Group lelaki macho.
Group lelaki poyo.
Dan macam2 group lagi.
Satu hari satu malam,
Beratus2 message masuk.
Beratus2 cerita dia orang share.
Beratus2 gambar dia orang post.
Pendek kata kalau dilayan,
Memang tak boleh buat kerja lain dah.
Asyik menghadap Whatsapp sahaja.
Dalam beratus2 cerita yang masuk,
Tak semuanya benar.
Ada yang separuh benar.
Ada yang sekadar spekulasi.
Yang fitnah dan penuh dengan maklumat meragukan sangat banyak.

Bangsa Melayu.
Memang tak boleh bersatu.
Dalam group Whatsapp pun masih nak berpolitik.
Masih nak berpuak2.
Ada yang boleh menerima pendapat.
Ada yang langsung tak boleh disanggah.
Ada yang terlalu emosi.
Ada yang memang pantang dibantah.
Ada sampai merajuk membawa diri.
Keluar group dan buat group baru. 

Aku belum gila berWhatsapp.
Aku cuma ada 3 group sahaja setakat ini.
Itupun sekadar pemerhati.
Aku tak hantar message pukul 2 pagi.
Aku juga tak baca message pukul 2 pagi.
Aku juga tak tanya khabar pukul 2 pagi.

Whatsapp adalah satu kemudahan.
Kemudahan untuk berhubung.
Kemudahan untuk menyampaikan maklumat.
Tapi ianya boleh disalahgunakan.
Apa2pun tepuk dada tanya hati.
Kena gunakan otak.
Bukan setakat gunakan jari sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan